25 Mei 2011

Kenapa wanita mudah menangis ?!

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan.   


makanya..hargailah wanita didalam kehidupan kamu..

24 Mei 2011

tips: dapatkan tidur malam yang baik.



Perbaiki tidur malam andaBerikut adalah perkara-perkara yang patut anda cuba dan peka demi mendapat tidur malam yang lebih baik! 

 mari saya kasi tipsssss nya 1


-Jangan tidur siang hari. 
Jika anda sukar untuk tidur di malam hari, cuba untuk tidak tidur di waktu siang – tidur siang akan mengganggu keadaan kebiasaan badan dan akan menyebabkan kesukaran yang lebih untuk tidur di waktu malam. Jika terlalu letih, dan keadaan mengantuk yang terlalu berat dan tidak boleh dielak, maka tidur sekejap sahaja di waktu siang (kurang dari 30 minit). Ini boleh dilakukan pada awal waktu siang.



-Hadkan pengambilan caffeine dan alcohol. 
Elakkan pengambilan bahan-bahan ini beberapa jam sebelum tidur malam. Walaupun ia boleh menenangkan, ia juga bertindak mengganggu corak tidur normal anda!

 kalu yang addict coffee tu..tak pe kalu minum siang.Untuk malam sebelum tido JANGAN! 
heheheh... sememangnya!

-Jangan merokok. 
Ia mengandungi nikotina yang akan menyukarkan tidur anda.Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari atau cahaya yang terang sebaik sahaja anda bangun tidur. Ini bagi melatih badan anda supaya menerima keadaan gelap sebagai tidur, dan terang sebagai bangun.



-Bersenam di awal pagi. 
 Ambil masa selama 20 – 30 minit untuk bersenam setiap hari, dan pastikan anda melakukannya di pagi atau di petang hari sahaja. Jangan lakukan sebelum tidur. (haaaaaaaaaaaaa tak baik b4 tido okay~)


-Periksa kandungan besi di dalam darah anda di klinik atau hospital. Kandungan besi yang kurang akan menyukarkan tidur anda. Oleh itu, pengambilan pil zat besi diperlukan. 
  haa.. ni dia.. 


Maknanya.. selepas ini..  anda harus guna waktu siang dengan baik..supaya waktu malam juga anda dapat diguna dengan tidur yang cukup ;) 

bila tidur tidak lena.... BEGINILAH!

#SELALUNYA ANDA BEGINI KANNNN?? hihihi

#lol

23 Mei 2011

I ♥ HANA TAJIMA !

heylooo !

Seronoknya bila dapat rehat dirumah pada hari tak keje..Lagi² hari senin ni.Hari ni aku rajin sikit... hihi sikittt lah pagi- pagi dah  bangun aku terus gi pakaian...dengan harapan baju aku akan kering dengan kasihnya matahari yang memancar terik ni.Confirm lah ampaian aku terbaik hari ni.. sehingga kini masih panas lagi.


ehemm... nak story neh.. hehe! 2 3 hari lepas aku asyik jer tengok vlog 
HANA TAJIMA
Tengok camne  dia pakai tudung. Kunon-kunon nak belajar lah kan.. even tak bertudung sekarang,sekurangnya tak ketinggalan ler nak ikut fesyen yang sangat simple ini.Kekadang tengok macam orang yang tak reti nak pasang tudung jer fesyen tudung tu kan.. tapiii memang gempak bila orang cantek bawa fesyen yang muslimah dengan sesimple ini. sapa sangka sekarang ini sudah jadi ikutkan bagi yang bertudung. ;) wahh TAHNIAH!!


meh layan dulu gambar Hana. sangat cantek wanita berdarah jepun + omputeh ni!












Bagi aku,cara permakaian ia bertudung tidak berat. sangat rasa mudah dan tidak keterlaluan aksoserinya.
Yang paling simple dia guna 2 pin jarum kepala tu jer.. dan scarf! (eh tol ke aku sebut ni..) bukan pin baju ok.. itu paling simple.. dan dia lilit² je kain tudung/hijab perghhh terus menjadi. sangat mudah dan selesa.


hehhe.. nak jugak KIKI HANAKO ni.. =) jangan mareeeeee

ayuuu tak? ceh .. ayat mintak hammer!! haha
Kalu dah perhati-hatikan teorinya tu.. kenelah mencuba..naaaaaaaaaaaa.. begini donkkkkk!! InsyaAllah...

22 Mei 2011

Butter Chicken Rice yang enak !

Last friday saya makan tengahri bersama ZIE. Memandangkan say nampak status Facebook dia.. mengiaw² cakap lapar dan mencari teman untuk makan. hihi Saya ni kalu ade teman makan lagi syiOK,yang penting perut terisi dengan nyaman ;)


Okay..kali ni kami ke TUN GUJAH JUGAH.

kasi dia posing dulu... Aku malas je nak bergambar..(mata punya pasal) bila ambik gambarr muka mesti cam bengkak! UOOHH! tak suka cam orang menangis pun ado. eee.. so,jangan harap nak tatap muka saya.
cik.zie!
milik saya. Dengan harap biar pulun segala yang ado. dan ternyata lesap semuanya. zie pun sama.  Sah kami sangat lapar. Dua-dua makan dengan kushyuknya.
butter chicken rice!

zie memang suka makan mee. Bila lame dah tak jumpa ni.. ade je cerita. Begitulah.. Masa begini je ade waktu untuk berjumpa. Hujung minggu non-ado dah. saya sekrang pun memang jarang sangat dah nak jenjalan. Lagipun.. hujung minggu kerja, aku rasa dah takde mood nak gi ke mana-mana. seperti semangat yang hilang. ceh.hhihihi ;) tapi saya tetap gembira disamping keluarga. (ayatttttt )
Aksi seorang blogger :P Kemana..apapun tetap jadi bahan untuk diupdate ;)


Kisah jumaat ini cukup sampai disini,dengan itu sekadar tanda kamu merindukan saya.. tetap ku paparkan wajah kesayangan korang. HAHHAHHAH~
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
V
Orang dah bilanggg muka cam orang pas nangis.. tak caye! haaaaaaa tatap lah puas-puas! hihi :)

21 Mei 2011

Mata sudah sembuh ;)


-mata sudah baik.(sikit je nun belah kanan tu merah...tapi mata dah normal tak sepettttt sebelah.. hehe)
-tak perlu pakai spec dah.rimas tauk!

Okay,makanya... happy lah hati saya.... boleh SENYUM sampai KL dahhhh(lol)

--------- selamat berhujung minggu kawan-kawanku!  

20 Mei 2011

Itu Kamu




Bukan aku hanya mengutusimu di waktu susahku. Tidak endahkanmu di saat senangku. Adakalanya kekusutan yang ku alami, tak dapat ku jelaskan pada orang lain. Barangkali , aku enggan mereka mengadili perasaanku, melihat sisi rapuhku. Dan di fikiran ini terlintas satu nama. Iaitu kamu.

Kenapa aku pilih kamu? Kerana kamu ku percayai, untuk menyimpan rahsia hati. Kerana kamu seringkali dapat memahami. Kerana kamu tak pernah jemu mendengari, luahan tentang hidup, tentang perasaan. Kerana kamu layak.untuk dekat dihati aku.

hanya kerna itu...

Aku belum bersedia melihat kamu pergi. Janganlah kamu hilang tiba-tiba, mendiamkan diri. Kecuali kalau kamu sampai hati, membiarkan aku tertanya dan buntu sendiri. Namun ku akui, seharusnya ku fahami. Bahawa kamu takkan selamanya dapat menemani diri ini.


(rahsiahati)-by kikihanako 

Detik tanpa detik

kita tidak ubah seperti 4 musim yang indah..
Segalanya ku rasa indah walaupun terpaksa memendam semuanya.
Ada orang kata bila cinta itu di luah takut ianya semakin jauh.
Aku takut ianya kan jauh dari aku..
Walau hanya bayang2nya aku mampu merasa satu rasa..
Aku BAHAGIA melihatnya walau tanpa sebarang kata..
Hanya yang lebih mengerti adalah perasaan..jiwa yang aku miliki.
Entah selama mana ia terus bersarang dalam kep0mp0ng hati ni.
Aku relakan kalau ia terus bersemadi disini juga.
4 musim adalah musim2 yang di lalui dengan syukurnya.
Cuma 4 kata aku tidak bisa ungkapkn pada dunia..
Dan tidak akan pernah aku sampaikan..
Moga sejak ia hidup dalam detik aku terus kukuh satu nama yang tidak pernah terhapus oleh masa.

-detiktanpadetik- by kikihanako

Bermalam kat rumah kakakku..

Isnin lepas aku angkut anak buah aku yang laki² gi tidor kat umah my sis diKota Samarahan. agak-agak dalam 45minit jugak dari rumah mak. Aku bawak kereta memang steady 80km/jam.. so ade lah lambat sikit nak sampai.Aku kalu nak drive lalu² memang tak reti.. nak pergi ke mana jugak nak lagu².. bukan ade yang kejar pun. Kecuali aku mengejarkan masa aku yang kelewatan untuk masuk ofis. masa tu.. berserahhhhhhhhhhhhhhhhh! (ayatttt)

 Bertolak dari rumah dalam 2pm... ingatkan sampai² tuan rumah sampai dulu.. rupanya kami yang terpaksa bertenggek kat luar ni.. Dalam mata aku sakit gini... aku memang takde hal nak jenjalan.. kecuali nyawa tu rasa nak demam. itu memang tak leh ke mana dah aku.. tapi takat sakit mata no hal nak jenjalan.. ;) Apa guna Spec wohhh!!

so layan dulu gamabr kami yang sangattttt mengeluh kehadiran tuan rumah!
-body guard HAKU!
bukan saya yang kecik tapi dia yang besar!!!!!!
macam-macam dah posing iiii tau..lamenye.. panasnyeee.. tak sabar nak rest! (itulah keluahan yang merintih)

Nasib baeik anak buah aku satu kepala.. rasa nak bolos saja pagar itu! hahaha

OHHH.. akhirnya setelah setengah jam barulah akak aku sampai.Hadoilaaa... buka jer pagar.. berderetttt nak tunggu masuk.. hihi panas siot! panas bukan sebarang panas sekarang ni. panas yang membawa penyakit.


Kami bermalam kat rumah akak aku... sebab keesokannya kan selasa..(wesak day) cutiii... makanya aku ditugaskan untuk membawa angkatan hero-hero aku balik jugak. ;) 

gangguan cermin mata !

Sejak 2 menjak aku pakai cermin mata ni.. tak berapa luas penglihatanku. Yela........... dengan bingkai yang menghalang mata tu.. eeee.. tak suka tak suka. Nak tanggalkan boleh..tapi mata tak baik 100% lagi.. how la.? lagi 5% untuk pulih... Kalu nak tanggalkan pun..macam pelik  mataku.. sepet sebelah.. hihihi... kang orang ingat aku n..tak cukup tido.. ke pas nangis ke.. ke kene penumbok.. hehe! TAK NAK!

HMmmm.. orang tak besa pakai spec beginilah.. Bukan tak reti.. tapi ni maunya 24jam aku pakai sejak sakit mata ni..mana tidaknya dah rasa seperti orang menarik hidung bila nak melihat objek.. LOL!


OKay..sempena hari pagi jumaat yang mulia ni.. semoga kita dibukakan pintu hati untuk memaafkan kesilapan orang lain semoga orang lain pun dapat memaafkan kesalahan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee + be positive ! 

sekadar gambar hiasan ! ceh!



19 Mei 2011

UNDi SAYA- "PIcture of the year"-DiGi WWWOW AWARDS


ehem... kengkawan yang baik hati.. saya pun join DiGi WWWOW AWARDS .

Makanya saya bertaruhkan 2 katogeri.. Kalu nak dapat peluang menang kat Blogger of the year tu memang mustahil.tapiiii... picture of the year mungkin berpeluang sikit nak menang. cehhhh tak agak² confidentnyeee.. HAHAH mungkin boleh masuk dalam senarai yang dibanggakan jugak kot..even sekali pun tak menang.

Tapi jangan mengalah sebelum mencuba.. haaa.. pa lagi saya berharap kengkawan saya kat sini boleh sam sama vote saya ok. ;) Jasa korang dikenang selalu... 



okay,tugas korang.. kotak klik vote  (tak paksa yerr)

terima kasih semua! i love uolssssssssssss ;p

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx