7 Ogos 2011

“U TEKAN I” dalam CINTA


 “Keep your options open!”

apa ni... JOmm mari saya kongsi pada korang artikel yang saya baca. dan saya memang suka baca penulisan beliau. hehe sape sape.. ??! haaaa baca dulu k.. :)





Bismillahhirahmanirahim…
Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita. That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U”  hehe terasa macam familiar je?
Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I”
  • Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak?

Sesetengah contoh yang berlaku :-
  • Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu.
  • Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar.
  • Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi!
  • Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak.
  • Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen!
  • Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat.
  • Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!”naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak“diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – A DOI!
Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE! Tertekan wo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan.
JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga.
Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda  tu, amacam?? Hehehe…
Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI”  – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri.
Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa”
Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi!
U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! - Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


----------------------------------------------------hheheh...renung²kan.. :)



SUMBER:Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



dinding pun boleh bolos,bila kekuatan hati terpancar dimata.

Kiri kanan kiri kanan,
pandangan melakar siling kamar,
banyak tanda tanya..juga tegaknya tanda seru,
sesekali terhenti ..
mengeluh sendiri.
ternyata ia tetap disini,
hadir dalam jauh jasadnya.

-hatiterbangtanpasayap:04.47am | 070811.

..........................................................................................................

Assalammualaikum...

alhamdulillah sahur hari ke-7 da pun dilaksanakan. mata ngantok lagi ni,apakata sambung tido sat.hehe btw,selamat berhari minggu.. dan happy fasting. xoxo.

6 Ogos 2011

kesian,berbuka cincai jer tadi!

Hari berbuka kat dalam saloon jer tadi. ingatkan sempat siap b4 berbuka.. jadi saya hanya berbuka dgn mineral.lepas settle suma, saya tapau je beger mcd untuk isi perut sementara sampai rumah. hoho

da lama tak blik lewat2.kalu dulu da malam bru nampak wajahku dirumah. start awal tahun 2011,saya lebih senang blik ke rumah trus lepas keja.

dasarsingledokdiamdiamkatrumahlerr!

tapi esok berbuka dengan kawan2..yayay!!

11 tahun derita rindu TRAGEDI TANAH RUNTUH TEMUKAN SUZANA DENGAN PUTERA KESAYANGAN

sangat sedih kisah ni....



Kasih, sayang dan rindunya tidak pernah pudar. Doa jua tidak pernah putus dititipkan semoga suatu hari akan dipertemukan semula dengan permata hati tercinta yang sudah 11 tahun tidak bertemu. Malah, pernah beberapa kali Nor Suzana Abdullah, 37 tahun cuba menjejaki semula dua orang putera tersayang, Muhammad Aliff Zafran Abdul Karim, 14 tahun dan Muhammad Aizzad Qushairri Abdul Karim, 13 tahun, namun tidak ketemu jua sehinggalah tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat tanggal 21 Mei lalu.

Menurut Suzana, perpisahan ini berlaku awal 2000 apabila kemelut rumah tangganya tidak mampu lagi diselamatkan. Malam kejadian, Suzana keluar rumah dalam keadaan sehelai sepinggang dan sejak itulah juga dia terputus hubungan dengan dua orang putera tersayang yang ketika itu masing-masing berusia 2 dan 3 tahun. Malah, ketika keluar dari rumah itu, Suzana yang merupakan saudara baru tidak menyedari rupa-rupanya sedang hamil sebulan lebih anak ketiga. Sepanjang tempoh itu, Suzana menumpang tinggal di rumah adik lelakinya yang juga saudara baru sehingga kelahiran Nur Aerryssa Fabyanna Abdul Karim yang kini berusia 11 tahun.

“Sepanjang tempoh berkenaan, tidak putus-putus saya berdoa agar dapat dipertemukan dengan Aliff dan Aizzad. Malah, semasa sedang sarat mengandungkan Aerryssa, beberapa kali juga saya kembali ke Semenyih untuk berjumpa anak-anak, namun tidak berkesempatan jua. Begitu juga selepas bersalin, beberapa kali juga saya cuba menghubungi dan balik ke rumah untuk bertemu, namun tetap hampa. Kalau boleh saya laungkan luahan hati memberitahu mereka bahawa bukan ibu tak saying sehingga meninggalkan mereka saat mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian saya. Mereka masih kecil untuk memahami masalah yang dilalui ketika itu,” imbasnya sambil cuba menahan air mata yang bergenang tumpah.

Malah, walaupun menyedari dirinya berbuat silap kerana meninggalkan rumah, namun dia turut mengharapkan suami akan mencari dan membawanya balik sekali gus dapat menebus kembali segala kelemahan dalam kehidupan berumah tangga. Sementelahan diri sebagai saudara baru begitu mengharapkan bimbingan daripada suami. Hari demi hari silih berganti hingga membawa ke beberapa tahun, tiada tanda-tanda rumah tangganya mampu diselamatkan. Malahan, perhubungan juga bagai terputus langsung.

Selama kira-kira enam tahun Suzana hidup umpama gantung tak bertali. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga apatah lagi ketika itu Aerryssa memerlukan dokumen kelahiran. Hanya setelah mendapat nasihat dari mahkamah syariah, barulah Suzana beroleh dokumen perceraian secara taklik sekali gus membolehkan proses membuat surat beranak Aerryssa. “Sepanjang tempoh berkenaan, macam-macam kerja saya buat. Saya tidak kisah buat kerja dari bawah, sebab apa yang saya fikirkan adalah untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan dan membesarkan Aerryssa,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Suzana masih lagi tidak putus harapan dan berdoa dapat dipertemukan kembali dengan Aliff dan Aizzad. Bahkan, Suzana turut berdoa semoga bekas suami menjaga dan mendidik dengan baik kedua-dua puteranya itu sekalipun mungkin sukar untukbertemu kembali.

Setiap tahun sediakan duit raya
Setiap kali Hari Raya, air mata Suzana pasti mengalir lebat. Naluri ingin memeluk dan mencium mereka di samping mendapat salam dan ciuman daripada anak-anak tersayang tidak pernah padam. “Setiap kali raya juga, saya pasti akan ketepikan duit raya untuk Aliff dan Aizzad. Mana tahu, tiba-tiba mereka akan muncul. Bahkan, saya sering terfikir, walaupun sekadar terserempak di tepi jalan, saya akan tetap beri mereka duit raya yang saya sudah sediakan itu. Namun, sehingga habis raya dan muncul lagi raya berikutnya, pun impian itu tak terlaksana jua,” ucapnya sambil menyeka air mata yang terhambur jua setelah agak lama bertakung di kelopak matanya.

Walau bagaimanapun, tambah Suzana, mungkin Allah sudah mula menunjukkan jalan yang akan mempertemukannya jua dengan anak-anaknya apabila semasa hari pernikahan dengan suami sekarang pada tahun lalu, Suzana mendapat maklumat daripada saudara sebelah suaminya yang juga tinggal di Semenyih. “Bila dia melihat wajah Aerryssa, dia bertanya, ada kaitan ke dengan Aizzad sebab katanya saling tak tumpah. Dari situlah saya mendapat sedikit maklumat mengenai mereka dan mendapat tahu juga bahawa Aizzad masuk sebuah madrasah di Hulu Langat. Cuma tidak tahu tempat yang tepat di madrasah mana,” ujarnya.

Namun, semua persoalan dan pencariannya selama 11 tahun terungkai jua apabila berita tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa tanggal 21 Mei lalu yang mendapat liputan seluruh negara. “Ketika menonton berita TV, hati saya mula berdebar, apatah lagi melihat salah seorang mangsa yang ditemu bual adalah Aizzad, Cuma agak kurang pasti, apakah itu Aizzad yang saya cari selama ini kerana ejaannya sedikit berbeza. Tapi, hati saya berdetik, ‘Ya Allah Aizzad, anak ibu.’
“Esoknya iaitu pada hari Isnin, saya terus ke Hospital Ampang di mana mangsa tragedi ditempatkan. Saat melihatnya terlantar, tak boleh saya gambarkan perasaan saya ketika itu. Rasa nak peluk segera,
tetapi takut Aizzad terkejut. Hanya selepas berasa yakin itu adalah Aizzad, barulah saya memberanikandiri mendekati. ‘Ya Allah Aizzad anak ibu yang ibu sayang. Ini ibu.’ Itulah kata-kata yang mampu saya ucap sambil memeluknya.

Untuk seketika, dia terpaku memandang saya dan tersenyum tanpa sepatah kata dari bibirnya. Mungkin dia masih trauma dengan kejadian itu. Hanya selepas beberapa saat, barulah dia memanggil ‘ibu’, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya. Tidak dapat dibayangkan betapa bersyukur dan gembiranya dengan hikmah di sebalik tragedi ini. Ternyata, Allah telah mengabulkan doa saya selama 11 tahun ini. Selepas itu, dia tidak berenggang dengan saya, asyik mencium tangan dan pipi saya,” jelas Suzana mengimbas detik-detik pertemuan semula dengan Aizzad.



Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Ogos 2011 di pasaran!


sumber: (MAJALAHKELUARGA)

Mengelupar air berebut² nak keluar dari mulut!!

 kebiasaannya akan ke dapur dulu untuk minum. ntah apa kes pagi tadi lepas  saya borak pasal adik tak jadi balik raya ni... terus jer terjah dapur, mak saya pun mengiringi saya sambil cakap pasal fizi.


"takpelah,asal kat sana selamat semua.. lepas operasi balik lah"-kata mak!

Ayat mak ni kekadang menyakinankan saya. kekadang tu risau pulak saya..ye kitorang bukan biasanya nak jauh²an.. mak tak kisah.. tapi bila dia fikir sangat mulalah dia nak sedih². Saya ni pulak lain hal.. tak leh tengok orang sedih².. terus nak berjurai sama airmata. kekadang saya beredar je kalu dah masing² dok mengenang kejauhan tu kan. eh eh.. lupakan pasal tu...sambung pasal saya kat dapur tu pagi tadi.


boleh cantik punya ambik cawan.. tuang air nescafe dan minummmmmmmmmmmmmmmmm!!! 
ha.boleh steady lagi wak... tu baru seteguk!!! bila nak masukkkk kali ke 2 dan minum habis masuk dalam mulut... saat itulah mengeluparnya air nescafe berebut² nak keluar!!!-terusssssssssss cawan tu lepas dari tangan masuk dalam singkiii..dalam hati kata- PUASA!!!
-terpana mata mak saya tengok ,siap senyum lagi!!! 
PUASA ; hari ke-6 

yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan " AIEEEEEEEE" sambil senyum campur gelak terkejut kan diri sendiri yang puasa dah masuk hari ke-6 baru nak nyayok! LOL~

-Nak wat camne rezeki pagiii hari.. nak nak pulak air nescafe! duishh! 

saya terus kumur² mulut... sambil tatap cermin!! apa sudah jadiiii? kiki oi! 
puasa diteruskan .. kerna saya bukan sengaja! -oh!



****************************************


kebiasaan ini telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW .bahwa ketika kita minum hendaknya duduk kemudian minumlah dengan seteguk-seteguk jangan sekali gus. ini boleh menyebabkan kita sesak nafas..jantung kitak dapat mengepam dengan sempurna bila kita berhenti bernafas saat kita minum air., kemudian jika air yang kita minum itu masih panas jangan ditiup tetapi didinginkan terlebih dahulu..ternyata sunnah nabi yang dicontohkan 14 abad yang lalu ternyata terbukti sekarang maha besar Allah.


*******************************************

KhairulFahmiCheMat + Dahlia =pegangtangan ??

5 Ogos 2011

Mengenang yang jauh di kelantan

Dingin sungguh malam ini.. sebabnya petang tadi kuching dituruni hujan lagi. asal petang je nak hujan.. tapi blah pagi sampai tengahari panas memancar terik.. tu sebab kdg2 hujan serta kilat dan guruh datang jugak. dah musim september rain. :)


Jauh disudut hati,saya sering mendoakan sang sayang2 yang jauh disana didalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah. Oh ya, fizi yakni adik berseragam coreng tu da posting ke klate. gomo klate gomo! hamboi blajo kecek klate doh.nok budu duo. hehe.. adik i masuk kat Kem Desa Pahlawan as asko melayu siang tadi dorang btolak dri Port Dickson.harapnya dia dapat menyesuaikan diri kat sana.

pasti da senang hati bila da abis 7bln training. kalu ada cuti dia kan blik utk cuti raya.. yay! lepas tu dorang ada kursus lanjutan..2 or 3bln,kalu xsilap.

btw, da nak 10.30malam..waktu utk tidur..nanti pagi..bangun lg utk sahur. okay2, jom tido utk cukupkan rehat setelah kepenatan bekerja hari ini. Gudnite bebeh.

Simplysiti ?!? Simplysiti ?!?

Alhamdulillah.. terlaksana ulam paku pakis berbuka tadi. da bleh senyum bahagia.

kita lupakan pasal paku pemaku ditelan oleh aku.kita nak borak pasal produk pulak ye.

---------------------------------------------------------------------------------------------
sumber: OHBULAN!

Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.

Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya 
mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------

pengguna!
pencuci muka,krim malam,toner,pelembap,krim siang- semua ini da baik utk kulit saya weyh!!?? how la??


pengakuan Ally Iskandar tentang putus tunang(video ekslusif)


single available ;)

dari mulut ally sendiri. jangan uols mengade nak tokok tambah cerita. 

Pengacara popular Ally Iskandar menjelaskan punca putus tunang.


Wahai lelaki serius- kamu dikehendaki! ;)

haaaaaaaaaa.. topik yang bagus untuk para-para mereka yang dah jemu ditinggalkan! haha*siottt!!
gambar hiasan- kalu takut..jangan main perasaan orang.. kene lempangggggg kang! :P

Mencari seorang pasangan yang benar-benar sesuai bukanlah mudah. Komitmen adalah yang paling penting dalam menghidupkan hubungan agar terus mekar. Namun, kaum Adam sering diragui komitmen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini. Adakah mereka benar-benar serius dalam memberi dan menerima cinta? Jom semak !

Ya, Dia Benar Serius!

Hafal sangat
Semua perkara tentang kita,melekat terus dikepalanya. Sepanja g perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan, apa sahaja tentang diri kamu dia tahu. Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke restoran kegemaran kamu, semuanya tip top! Prihatin adalah perkataan yang sesuai digunakan. Oleh itu, kamu tahukah si dia amat benar serius dengan kamu.

Orang pertama
Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, dia adalah orang pertama yang akan muncul menyelamatkan kamu. Tidak kira pada waktu siang hari ataupun ketika lewat malam, dia sentiasa ada untuk membantu. Ya, sudah pasti si dia berbuat begitu kerana kamu adalah orang yang paling istimewa di hatinya.

Teringat-ingat
Setiap kali kalian berjauhan, pasti si dia terkenang-kenang kamu. Kata orang, biar jauh di mata tapi dekat di hati. Walaupun dia bekerja di luar daerah (out station), si dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar kamu setiap hari. Sudah pasti dia juga membawa pulang sesuatu untuk kamu sebagai si buah hati pengarang jantung.

Pengkritik tetap
Dia adalah cermin kamu? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti akan dikritik olehnya. Ingat, kritik bukan sahaja pada yang negatif. Kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu. Terpulang pada kamu untuk menerima kritikannya. Jika di dalam Facebook pun, si dia rajin benar komen status ataupun gambar-gambar kamu. Oleh itu, kamu tahu kan bahawa si dia rajin sangat buka profile kamu.(takbrapa penting kot..tapi kalu dia memang prihatin dia terus call atau cari kamu! ;)hehh

Curahan hati itu ini
Jika soal kerja menjadi luahan hatinya setiap waktu, itu perkara biasa. Namun, jika dia mula meluahkan apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah membawa kalian ke satu tahap yang lain. Si dia mempercayai kamu sehingga boleh meluahkan soal keluarga dan peribadi. Ingat, lelaki bukanlah seorang yang suka buka masalah sendiri. Oleh itu, hargai dan berpeganglah pada kepercayaannya.

gambar hiasan

Rencana matang
Hah, ini maknanya si dia betul-betul serius. Apabila si dia sudah mula merencanakan masa depannya bersama kamu, itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan ‘mesti buat’ atau ‘mesti ada’ si dia.

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx