2 Julai 2012

back to back

Aku dah luruskan rambutku kembali. HAHAH serius gwa tak leh tahan dengan rambuttt gulung² tu. semput nak jaga. Bila dah luruskan.. nampak cam nipis sangat. haha MAKAnya.. aku klipkan rambut kepalsuan setengah tu. taraaaaaaaaaaaaaa jadinya begini lah.



Amin Ya Rabbal A’lamin..

27 Jun 2012

Rabu yang lewat

 Salam dihari Rabu. 

Hari-hari aku rasakan lewat masuk kerja. hahha! 
Tapi hari ni lagi lewat. Gila tidak. sesak woh kat jalan Pending. maklumlah, jalan² yang baru dibaiki.
 Nak lagi buat jalan baru. NON ado bulatan dah nanti.  Baru senang nak pecut. perghh. ;p



 berat sangat dah beg bawah mata i tu kan! hahha~ 

Tidur lewat je memalam. mana tidak. Lepas tu pulak, Aku ada masalah dah hampir 3 minggu dari lepas kene migrain hari tu.. bawah kawasan mata belah kanan tu asyik gerak². adakah itu simptom apa² penyakit?? errr~~ takutttttt! kekadang gerak bawah... gerak atas.. kekadang 2 2 sekali. tapi secara halus. Memang sangat rasa tidak selesa. Aku tak pergi lagi klinik. Harap takde ape² lah kan. :)

okay shayang².. have a gud day ahead . much love!




Amin Ya Rabbal A’lamin..

22 Jun 2012

love leapord love

Nantikan kemunculan... "leapord jadian" hahahha!!


salam jumaat yang mulia buat korang semua! much love =)

21 Jun 2012

still the same- tiada perubahan !

 Salam buat pembaca, yang dah lama aku tinggalkan..yang lama aku lupakan.serta dah lama sangat aku tak fikirkan. Bahkan dah lama aku habukkan belog aku tanpa kata-kata manis.Janji nak update... dah berdate-date dah tapi tak up-up lagi kan! AHHAHA~ Inilah masalahnya.


Aku lupa nak periksa bila tarikh last aku bermadah helah kat sini. Takpe, abaikan. nanti berat pulak jadi isunya. Yang penting, sekarang aku kembali meramah mesra dengan kata-kata. Tapi kematu juga jari aku nak menaip di keyboard hitam ini. hehe maklumlah holiday memanjang! hehe~


Aku macam biasalah. belum ada perubahan yang boleh aku banggakan untuk diri sendiri. Apatah lagi dimata orang. SAH nothing .Biar apa kata orang, yang tanggung rasa itu Aku. Orang kata change is good! YUP. aku setujui slogan itu.Cuma aku lebih berpihak untuk menyokong mengikut situasi. 

Kadang-kadang kita ingin berubah.. tapi keadaan tidak mengizinkan.Adalah lebih baik TABAH. dari Jatuh Tetangga. triple beban nak kita tanggung. Ubahi sesuatu itu bila ia tidak menyekat banyak jalan. atau tidak menggantung banyak masalah.Itu aku kira boleh jalan untuk tinggalkan old is yang boring. hehhe! Paham maksud aku?! 

Tapi Kekadang kita harus berubah dengan pantas. kan?! semak jugak minda ini. kalut apatah lagi.Tapi tiada tempat nak terima Aku ni. HAHA sadis. Orang kata rezeki itu dimana-mana. YA, aku usaha juga sana sini.. layangkan kertas putih mengandungi isi kandungan yang berzat dan mungkin kurang berkrim.. berbalut sampul coklat yang tak kurang hebat. Cuma belum turn aku lagi dapat rezeki yang aku pinta.

SABAR. sapa tau erti sabar?? semua orang akan cakap tahu serta selalu sangat tanggung rasa itu. SEDAPkah?? - ya! hanya yang hadapinya dengan tenang, akan tahu nikmat sabar itu. Bukan judge orang sukahati. Bukan pandang orang seperti kulit limau. Fahami orang.fahami keadaan. dah faham..dah sampai sama-sama nangis dengan keperitan orang. nak ketuk.. nak hina.. Sila kan! aku redha.


Begitulah Aku. Muka disaluti keceriaan. Biar 1001 macam yang ditanggung didalam hati.. simpan itu adalah Kekuatan.. Kalu banyak sangat luahkan masalah. itulah membuat kita selalu lemah. itu cara Aku. Biar orang nak pandang aku sebelah mata. Biarlah. sebab mereka bukan Aku. mengerti. Aku selalu tidak ambil hati dengan kata-kata itu. abaikan saja. Tapi selalu masuk ke minda aku. Apa orang pandang itu selalu JUJUR. tapi mungkin cara mereka.. bukan cara kita untuk membulatkan suara sebegitu rupa. !


Aku juga ingin pastaskan apa yang aku mahu. apa ku inginkan. Sedikit masa lagi. MUNGKIN.

Hanya DOA ku padaNYA. Hanya Dari-Nya aku meminta. InsyaAllah.. semoga Aku tidak lupa Dia disaat senang... kerna DIA tidak menghampakn AKU disaat hadapai kesusahan. Terima kasih. 

"I know that I know nothing" atau terjemahnya, "Aku tahu bahawa tiada apa yang ku ketahui". Kerana hakikatnya, yang mengetahui, adalah Allah S.W.T.-"
sekadar gambar hiasan! =p

Bila aku sendiri dah menempuhi alam dewasa, baru aku tahu apa maksud, belajar menerima.
Belajar menerima adalah mensyukuri, belajar menyukai apa yang ada, bukan memahukan apa yang tak ada. Kalau orang putih, katanya, "love what you have, not have what you love".Begitulah lebih kurang.

Cuma untuk keluar dari kesesakan nafas sendiri.. aku perlu Berusaha untuk Berubah agar jadi lebih TOUGH- macam randy orton. Memang takkan lah.HeHe.kidding tu. Berubah untuk kehidupan yang menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri gitu.

Baiklah, aku habiskan di sini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. (maklumlah,sesekali menulis luahkan jiwa ni kan..berkias² bahasa.)


-im not perfect but have surely grown to be a better woman. hugs and love ;)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

18 Jun 2012

PHOTOSHOOT: # SUNSET !

halowww... kabare?! Aku dah tak tau nak update pasal apa skrg ni. hhahah bukan takde cerita.tapi nak menceritakan itu gwe malas! hahha ;) Tunggu aku datang rajin baru aku menaipppp pepanjangg yer .


Oh ya.. aku sajikan saja.. photo² yang sempat diambil hari tu.



Gambar ni ala_ala kat korea sikit kan.. =P









Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 Jun 2012

PHOTOSHOOT: # KEMBOJA !

heloooooooooow!!! aku dah tipis idea nak mengarang.. so. aku bubuh gambar² jo yer. ;)

HAVE a nice Day!














Amin Ya Rabbal A’lamin..

8 Jun 2012

satu kata

Hanya satu kata yang tepat untuk hari ini : RINDU!






2 Jun 2012

jalan-jalan bersama anak buahku

Sempena cuti gawai... !

Aku memang tak de plan nak ke mana² pun. Kalu ada bf boleh gak dating kan. ahakkkkkkkkkkkkk! takpe².. lagi pun dah janji ngan hero² aku nak bawak dorang ni kluar.
yeahhaaa... !! 

Kitorang bertolak dari rumah dalam kol 11.30am lebih lebih lebih... =)
Kepadatan dalam kereta kancil sudah menjadi resam bila ajim dan asap under big show ( haaaaa jgn marah anak buahku.... korang de best.. even under age tapi bisa buat kerja mengalahkan pak kontereekkkk ;)

Nasib baiklah ijan dan hil berbadan kecik. bolehlah buat 5 orang dalam ini.


Aku memang tak de apa² rancangan untuk kali ni. Aku bawakkan saja ke mana dorang nak pergi. melayan jiwa dorang. terasa diri ini under age lagi! hew hew hew!

kami ke spring. pastu ke Kuching central. aku pun tak tau.. apa nak buat kat sana. jalan² cuci mata pun jadi lah. :) buat dorang happy.. saya pun happy lerrhh .tak gitu.


Bila part nak makan. aku memang suruh dorang pilih. majoriti pilih MCD. mcd.. aku mana ada masalah pun nak makan. fav dalam 5senarai pendek. Semua makan burger . Tapi kali in best. dorang blanja untie dorang makan!! heavennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~~
kesempatan lalu kat sini =) 


Kalu nak diikutkan memang rasa nak ke Pantai.. tapi jam sudah lewat.. kami singgah di Pustaka nak jalan² kat tepi tasik :)
 body guard gwe!

lepak bagi ikan makan..

 ketenangan !

okay.tammat episod jalan² di cuti gawai ini. :)
Dorang memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk . aku happy dorang happy! 


Amin Ya Rabbal A’lamin..

1 Jun 2012


Nak cakap pasal ape eh? hehe ngade je kan, singgah blog nak mengupdate tapi tak tau nak cite pasal ape. :p

kita cakap pasal cuti okay.

Aku dapat cuti on 1 dan 2hb june..sempena gawai. tapi ahad on 3hb turun keja lagi. adoiyaiiii.. memang hamperh sungguh. tapi takpe on 4th public holiday TYT birthday. yeayy on 5th aku memang offday! itulah cuti yang aku ada. heaven jg lah kan, dpt rehatkan diri.

pasal program cuti xda ke mana-mana. xsure kalu ada last minute punya rancangan.

makanya, gwe sekarang udah bisa tidur dgn tenang. hehehe ngak perlu mikirin pasal kerjaan larh. hehe

occay, slamat hari gawai ! wink,love3x


Amin Ya Rabbal A’lamin..

31 Mei 2012

Berdamailah dengan takdir ALLAH



Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”


Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!



***************************************************************
in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi....



Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx