31 Mac 2012

Sarawak- 4 membaham PKNS-1

SARAWAK 4 - 1 PKNS


Sarawak berjaya membawa balik 3mata setelah menang ditempat lawan menentang PKNS. Yahooo...

NGAP SAYOT!!!


Ashri chu , 2 gol!
Shahrul Saperi, 1 gol !
Vedran Muratovic, 1gol !

Tahniah kepada pemain pasukan Sarawak yang telahberaksi malam ni.


Congratssss Crocs!!



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Minnie versi Mengandung :)

HUAaaaaaaaaaaaaaa.. Setelah berbulan² lama nya! Tetiba dapat sms dari Minnie!*terkejutt hakak!

Katanya nak temankan dia makan. auww! Kebetulan aku tak janji dengan sesiapa hari tu. Hari tu?! (hagaknya hari apa eh.. rabu ke khamis??-lupa lah) **simptom peningkatan usia! OYA!

Minnie jemput aku kat ofis. katanya nak makan kat Batu 3 ! dekat jer kalu dari ofis aku. Tapi minnie jauhlah dari UITM samarahan to simpang 3 kuching! 
-disinilah kami! :) Miniie nak sangat makan Butter Chicken Rice, katanya sedap. Orang preggy ni memang macam² jer dia ingin makan.



Serius perempuan ini dah gemok dah! hehe~ jam dia yang dulu memang dah tercekik pergelangan tangan,tetap dia masih pakai. Amboiiii...! Berisi dah sangat tapi tetap lah cute macam dulu. Pipi pun dah empok! hahha~ orang dah kawin, preggy, dan bakal jadi ibu begitulah.. sediki² perubahan berlaku. :) Tapi terima kasih oiii.. ingat lagi aku disini :)

yang pasti hari ini Minnie dah 7bulan. alahaiiiiiiiiiiiii...

cute nyaa peruttt!!!~~semoga selamat melahirkan anak sulung nanti. :) stay cute!♥


Amin Ya Rabbal A’lamin..

30 Mac 2012

kamu tidak bersendirian


Jangan anda  pernah berfikir bahawa anda sendirian di dunia ini. Apabila anda berasa kurang keyakinan, 
 kesepian, seolah-olah anda lalui jalan ini sahaja, berhenti. Berhenti dan lihat sekeliling kamu.
 
sentiasa ada  seseorang. Akan sentiasa ada seseorang.
 Dan jika anda lihat tidak ada satu pun, melihatlah secara lebih mendalam. 
Mungkin bahawa seseorang yang anda perlukan adalah yang terletak dalam diri anda sendiri.
  Anda tidak akan, yang pernah di dunia ini bersendirian.
 Hanya ingat bahawa,  Allah always be with you .




Amin Ya Rabbal A’lamin..

29 Mac 2012

Tengku Mahkota Johor kekasih hati Nur Fazura

Aku memang suka follow twit Fazura kat twitter! :)  Walaupun aku jarang online Burung Biru tu.. tapi setiap kali aku Online aku akan buka page dia dulu. hihih! :)
cantik. wajah pun ala baby face... dan Gojez selalu :)





  Semoga  Bersatu bersama selamanya TMJ Carl  :)))


Marilah kita berdoa bersama-sama kesejahteraan mereka...




tak sabar nak tengok persepsi perkahwinan dorang nanti kan!!  semoga dia lah JODOH itu ;) aminnn.. amin...


...Amin Ya Rabbal A’lamin..


28 Mac 2012

Tayar Kereta pancit lagi....


Dah lama rasanya aku drive tanpa sebarang masalah. Tetiba pagi tadi masa nak turun kerja.. aku rasakan tayar belakang belah kiri memang ada kurang angin. So, masa dalam perjalanan tu aku memang niat nak singgah Pam tayar. 

Sampai di Shell.........

Macam biasalah... aku pasangkan cup tu untuk masukkan angin.. Tapi macam angin ku tak masuk². Aku tukar pada pam yang sebelahnya.. pun sama. DAMN! - mana aku nak cari orang time ni kan...Semua orang dah masuk kerja.

Datanglah budak laki yang jaga shell tu. aku tanyalah.. "boleh ke tolong aku nak tukarkan tayar ni.?'
Nampaknya tiada sebarang masalah dia pun tukarlah tayar itu untuk aku. Nasiblah aku memang baik lagi hari ni.. tayar ganti pun kurang angin. nasiblah kat SHELL , bolem pam terus. haiyoo.. perempuan memang begini jaga kereta. huhu :( sadis!

akhirnya boleh aku lansung ke tempat kerja!

Aku baik hati hulurkan sepuluh ringgit tadi kat budak tu. yerla.. nasib baik ado dia tu. kalu tidak. manalah aku nak call abang² aku semuanya dah masuk kerja dan tempat kerja pun jauh dari shell tu.


note: susah² naik basikal jerlah..cam bean ni kan! :)










Amin Ya Rabbal A’lamin..

27 Mac 2012

Aku turun padang- Perlawanan persahabatan antara Sarawak dan Malaysia !

Semangat Negeri dan Negara yang aku aku  pun turut pergi stadium untuk lihat perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan negara MALAYSIA dan SARAWAK :))

17th march 2012

Tapi sebelum tu aku dah roger Bella untuk ajak tengok bola.  Pada mulanya , aku ingat dia tak nak.. yerla.. hujung minggu mungkin dia asa plan lain. or malas nak keluar. Tapi akhirnya ajakan saya diterima dengan excitednya! hahah~

Okay, perjanjian bermula dia KFC,Demak. ikut satu kereta jer. Selain tu cousin aku (azie) pun ikut serta. Aku dah plan abis ni.. aku belikan baju hujan dah lama dah.. bila tengok bola tak hujan camne nak pakai. nanti orang ingat tak waras pulak. Tapi malam tu.. hujan turun sekitar jam 7 sampai sebelum perlawanan bermula. mariiiiii ikut serta gambar-gambar kami yang ku kira cute tertempat.
 GILA MERIAH di GALLORE BUCEROS!!


ready to masuk dalam..
agak² akulah penyokong yang sangat bersemangat!!! 

tidak sekali... Bella pun sama! cute kan baju hujan kami! :)) penat tau carikat watson kebanyakan dah habis, nasib baik ada yang tertinggal warna kuning. kuning pun kuning-la!

sekitar 7pm.. pasukan sarawak membuat senaman ringan :)

Kemeriahan bermula disini.....

Memang meriah sangat! siap dengan lagu! sorakkannya.. memang tak hingat masalah lah!
Sebenarnya member geng kuat MANCHESTER United aku banyak dalam group ni.. tu yang aku tak brapa nak segan sangat. Memasing dah kenal masa tengok match MU before ni. 
sedikit gerakkan tarian yang menghiburkan... :)




aku dan bella harus merakam detik² indah ini... :)


Yang paling Best nya.. Malam tu Sarawak dengan pergerakan yang aku kira sangat bagus. corak permainan yang tenang.. Bola dapat dikawal dengan baik. Memang tak sangka Akhirnya memperolehi jaringan seri satu sama dari pemain import baru "JOEL EPALLE"
ini hero yang sedang buat flip penyerang dari cameroon!


akhirnya puas hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila dapat menyamakan kedudukan! :) 2 2 aku sokong!
lepas tu.. baliklah kami dengan hati yang riang!

Kat bawah ni gambar-gambar tak tersusun. begitulah suasana kami di Stadium Kuching Sarawak.








aku dan jeans lipat! :)


ini video yang sempat Bella rakam selepas tamat perlawanan. kalu korang tengok pasti dapat tengok aku dalam Video ni. Memang semangat waja sungguh! haha~~ okey chow!



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Blogger Terkenal ????

Seperti biasa pagi² bila bangun tidur.. aku dah siap² dengan sebelah mata untuk lihat apa yang menarik di facebook. AHHA! TETIBA!dapat mention dari seorang kawan FB ... yang tag sekali gambar seperti dibawah dibawah!!!!! *rasa nak tidor balik hakuuuuuuu! 
ruangan PuteriHarianMetro : 27.03.2012!!

Memang tak boleh nak baca apa isi kandungan nya lah.. Nak beli News paper  pun tak dapat. Maklumlah hari selasa aku Offday.Tapi serius aku tak tau nak ungkap camne perasaan ini. (skema ayat aku) cuma yang aku nampak tittle nye saja.


Kebetulan pulak aku temankan mak aku ke Town hari ni. Waseeeh dengan berkaca mata aku membeli news paper kat tepi jalan. AHHAHA yerla.. malu aku siot! :P tapi kene lah beli wajah sendiri dah terpampang diruangan akhbar! bukan selalu tu... ;)

Rasa nak termuntah pulak bila tengok Cita-cita aku!!! ( Blogger Terkenal) itu hanyalah sekadar orang kata salah satu yang mahu dicapai dalam minat. aku pun minat pada photography.. minat juga pada sukan. macam² kita minat. untuk topik di puteri metro kita mbik pasal -BLOG"-Biasalah untuk dijadikan kisahnya terpaksa lah begitu kot. Tapi takdelah sampai aku rasa nak kejar Glemer cuma tajuk memang harus dibagi GEMPAK!!  (media yang tulis okay) aku cuma nak bagi perkembangan yang sihat tentang blogging.. dan ini salah satu nya cara aku nak bagitau orang tentang blog sebenarnya boleh bagi perkembangan yang sihat untuk masyarakat. haha~ tak gitu!

................ kat sini lah. Merdeka Palace , Kuching.. Sarawak!

Terima kasihlah kat PuteriHarianMetro sebab invited saya ke ruangan ini :) mesti sedikit sebanyak membantu kenalkan aku punya Belog. Terima kasih juga pada Photogapher  dan pihak PR. merdeka palace yang telah bagi kebenaran untuk shoot kat sana.


selalu tengok wajah orang masuk ruangan puteri metro, sekali muka sendiri masuk news paper daaaaaaaaaaaaa! okay bai. Terima kasih kerna masih disini untuk aku !! :))



Aku tak tau nak mulakan dari mana cerita ini... tapi dah berakhir pun ceritanya. :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

23 Mac 2012

Aku dan DZMS agency


-04.03.2012-
macam pelik pulak aku dalam gambar ni.. huhuuh~~
 Aku tidak tahu bagaimana harus mula kan kisah ini. Sepertinya anda mungkin sudah tahu tentang ini. 

1st time aku berani nak join bendalah ni semua. hahaha! dulu² bukan tak nak.. tapi kurang keyakinan. :P
Aku saja nak masuk Agensi model DZMS ini.. dengar² boleh tahan bagus dan besar di Malaysia ni. 
Mana tau kot.. boleh terpilih untuk iklan² kat tv tuh. haha!~~

Dah aku tak nak panjangkan cerita tentang ni.. just nak gitau tentang penyertaan saya kat sini :))) kbai




Amin Ya Rabbal A’lamin..

22 Mac 2012

setiap hari adalah hari yang baru

setiap hari adalah hari yang baru 



Meninggalkan kembali semua kerisauan dan kekacauan pada hari ini,
Menjauhkan sepi untuk menjadikan hari ini hari yang lebih baik.
Satu hari, walau bagaimanapun baik atau buruk, telah berlalu..
Sekarang ialah masa untuk melihat langit biru yang cerah.

Matahari pagi membawa harapan baru.
Ia adalah janji bahawa masalah dihanyutkan dengan semalam.
Hari ini adalah hari yang baru membuat sebahagian daripadanya,
Hidup seolah-olah ia terakhir anda dan menikmati setiap minit.
Bagi setiap hari tunggal adalah hadiah daripada ALLAH.


Setiap hari adalah hari yang baru. Setiap jam adalah satu jam baru.
 Setiap saat adalah saat yang baru baru. Setiap detik adalah detik yang baru.
Kita tidak boleh kembali ke masa lalu jadi tidak ada titik dalam hidup di sana.

Setiap hari baru adalah satu lagi peluang untuk mengubah sesuatu dalam hidup anda.
 Setiap hari baru adalah satu peluang untuk merasa diberkati dengan apa yang ada.





Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Mac 2012

Aku dan Bella lagi!!!

Petang isnin... aku ronda² kat Spring after balik kerja. Mana lagi nak aku singgah jalan²... ini jer paling dekat dan boleh jalan bertemankan diri sendiri. Tapi bila memikirkan jam 9.30pm.. lambat lagi tu. time tu baru jer kol 5 lebih kot. 

Aku mula mencari si Bella. nampak nya dia bagi respon baik untuk berjumpa aku di Spring. :) Nasib baik sungguh Bella ni jenis yang ku kira tak banyak songgeh. kalu dapat dia cakap dapat.. kalu ade hal dia da cakap tak dapat. senangkan.aku pula jenis yang tak kisah kalu orang tu tak dapat, takkan kita nak paksa dia kan. :)

okay, dalam setengah jam aku menanti Bella.. aku singgah dulu kat KFC makan cheezy wedges berteman milo sejuk! giler dah lah aku pakai baju lengan pendek. Mulalah nak mengigil bila rasa sejuk menyusuk tulang. 

Kehadiran bella. 

Kami lepak pulak kat bazzar food. Aku teman jer Bella makan. aku dah kenyang. hihi :) semangat sungguh Bella makan mee laksa sarawak yang aku kira boleh taman pedas la. 

Borak memang boleh sampai ke esok bersatukan ipad Bella dan gambar harus menjadi saksi berdua. haha!

Before tu aku sempat lagi belikan baju OK! tu yang aku sedang pakai. hahaha pakai TERUSSSS! lagi pun murah jer.. :) ini bukan kerna aku saje nak tukar baju. tapi daging badan aku dan jadi macam nak membeku bila sejuk. Kesian sungguh dengan isi kurang aku ni kan... so, bila aku dah pakai lengan panjang.. selamatlah dari rasa menggigil! itu namanya BAJU PENYELAMAT :)
 lallaa~~ kami lepak minum² di secret resepi ! banyak tempat nak lepak. sampai masuk ni.. 3 gelas aku minum. HEBAT! sampai masing² nak terkucir. haha! 

Apakata korang layan jer gambar dibawah :) 
 Tiada yang indah bila kita dapat mengukir senyuman mereka bila bersama kita! -f.r.i.e.n.d !;) 



 he-he-he! ini yang mampu aku upload ;P
9.30pm kami chow. sebabnya aku nak kene ambik Girlfren adik aku pulak. Katanya nak tidur kat rumah. Wahhh.. untung kalu dapat bakal kakak ipar macam aku ni! :P Sepoting!

okeh. chan chin chow la! ~~ :-*


Amin Ya Rabbal A’lamin..

Mutu Pengadil yang Sangat Buruk!

Last saturday aku pun turun Stadium nak tengok Sarawak lawan Singapore! 

Last minute jugak baru dapat teman nak ke sana. Sungguh!

Sampai jer sane.. beli tiket pun last² minute. Ingatkan aku dapat masuk free.. wakakaka!! 
Tak mengapalah RM10only!


 Dah kira lewat sampai.. stadium pun dah sesak dengan belasan ribuan penonton! Crazy!! Aku suka  suasana begini kekadang - stress yang ada terus melayanggggggggggggg! :) wink!

Aku malas lah nak cakap apa yangberlaku sabtu lepas. Isu itu harus dibawa ke FAM! ceh. tadi gitau tak nak cakap pasal ni. hiih! okah la.. cuma rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil. Sekali pun kene pada pihak lawan.. of course memang rasa apa yang Sarawak rasa. but its okay lah. moga mutu pengadil kat Malaysia ni lebih Profesional.
 ....masa perlawanan..bermula!

Akhirnya sedikit kecewa bila bola yang terkene tangan pasukan lawan.. pengadil tidak bagi penalti. ISU! ISU! ISU! ~~ boleh pulak bagi kad kuning pada salah sorang pasukan sarawak. Kalu ada sapa yang tengok LIVE kat Astro Arena pasti tahu lah.. sebabnya kat tv lebih jelas. damn! 


tiup jer wisel penamat.. Aku dan cousin aku terus keluar stadium. Alhamdulillah.. memang clear masa nak keluar.. Tapi berlaku kekecohan dalam stadium. mana tidak you... memang penyokong rasa tidak puas hati dengan pengadil. bukan sebab kekalahan. Sebabkan Sarawak juga pernah kalah ditempat sendiri tapi akur dengan keputusan.

dah dah... yang penting selamat sampai rumah :)

note: sabtu ni nak tengok
Sarawak Vs Malaysia !! 
24.3.2012 jam 8.15pm




Amin Ya Rabbal A’lamin..

16 Mac 2012

I just need some time ALONE !



“Some of us get quiet, go inside ourselves and guard against the hurt. Others run through the storm, knocking on doors looking for help… I tend to go inside. I just need a little one on one time with myself to figure some things out. i just need to be alone, i’ll be back.”

Stop, where am I?
Shock, I can’t cry
I need some space
No, this isn’t me
Oh, please let me breathe
I’ll be back sooner than you know

I’ve been blind
I hope I’ll be fine
Don’t call me back, no
Yes, I see light
Now, it’s so bright
Call my name, I’ll be me soon

NO, it’s not personal
Sorry if I’m hurting you
Please don’t give up on me now
I needed this time alone
To know I could come back home
To breathe, breathe, breathe

I need this space just like you need it
I need this time, time to clear up my mind

- “i need this” Jessie j/Chris brown



-UncomfortableSoul-


Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 Mac 2012

Fakta Terkejut MR.Bean ~Soya Bean tak baik untuk kesihatan??

Tapi pagi aku upload gambar ni kat FB. 



"KATANYA: soya bean tok mengandungi asid yg boleh memudaratkan tubuh badan kita....semua tok agenda barat....soya ya mmg terbukti sik bgs utk kesihatan....sbb ya org barat sik minum aek soya...coz cdak dah tauk tentang nya....renung2 dan rajin2 lah google... " 


Aku terus ke Google  la mencari artikel ni kan!?
 mungkin ada yang aku tak tau. atau yang aku tau hanya untuk kebaikan. 


cari punya cari... aku jumpa yang lebih segera untuk difahami.
antara keburukannya:(mr.bean dengan rasa terkejut!)

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.



fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sangat FRUST lah bila aku baca semua tu. HAHa~~ air soya bean sangatt holiaw! 
Minum tu boleh lah kot. tapi jangan kerap.. disusuli minum air masak supaya.. supaya mendapat kitaran air yang bersih untuk mencuci dalaman kita. eh eh.. memandai jer. betul la kan! (sadisnya soyaaaaaa bean)


Mungkin betul jugak.. aku punya kitaran haid memang selalu lari seminggu cepat. aneh! hahah~ takpelah.. lepas ni kurang kan minum soya bean :( *susu sebagai ganti!


jangan minum ARAK sudah!  ^_^ Allah Marah!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx