28 April 2012

Makan Tengahari bersama para ibu! :)

Dah terlalu lama rasanya tidak lepak makan dengan darling² saya ni. Asal plan jer tak menjadi. Dah memang gitu gayanya kan.. ni last minute punya ajakan.. terus menjadi. :) hihi

Macam² tempat dipilih untuk makan tenghari jumaat! akhirnya ke Mcd jugak. semua muka mcd! :)

Aku lewat datang! jammed panjang kat jalan uplands! kene patah balik ikut jalan lain. haiyo kalu tunggu memang terpeleot kaki ai. :P Nasib baiklah dah pesan dorang sekali belikan aku DCB! 
 kalu tak Q panjang lah aku! ;)



hazimah dan c-kin

hanizah dan kiot

memaasing sibuk dengan kerja..keluarga dan diri sendiri :)


Bila ada aku bar jer dorang ni syok² bergambar. kalu dorang² jer rasa tak gelimen sesama sendiri. hahaha!  yuhhhhhhhhhhhhhhhhh... suka suki time!


oouiiiiittt~dah lamak tak lepak karok!!! huhuh~ ;(


Amin Ya Rabbal A’lamin..

27 April 2012

Buat-buat CUN saje lah !


Okay aku bagi korang tengok gambar feveret aku dalam kereta ni dulu : (enjoyyy dengan senyuman ;)


1

2
3
4


Memang Best ambik gambar dalam kereta. Bukan aku sorang. awak.awak..awak dan awak pun mesti jadi tabiat nak snap² gmbar dalam kereta. haku pun tak paham! tapi nak buat camne kan dah HOBI kali ya! :) Tapi ingat jangan nak syok syok ambik tak ingat ngan keadaan. Kalu line clear boleh jer.. kalu rasa tengah kesibukkan kota itu .. janganlah ko mengada nak syok sendiri dengan camera... kalu nasib tak baik. habeyh nanti. *malang tak berbau* jadi hati² lah sesama kita yer :)


itu perenggan pertama. kisah tentang ambik gambar ketika memandu. perenggan kedua , sila baca dibawah:


pasal Rambut! aku acap kali dan sering kali bila rambut dah melipasi bahu.. ade jerr hasutan benak hati nak potonglah.. pendek lah.. nak kasi maggi lah. Haihhhhhhhhhhhhhhhhs! tak sudah² okay. Sebenarnya aku lansung takde terdetik selebih pun nak kasi gulong gulong gulong gulong rambut ku (lihat gmbarajah 2)> tetiba jer satu petang yang seminggu lepas tetiba rasa rasukan nak ke saloon! haish pelik ni.. sampai sane.. terus nak  set gitu! bencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!Bila dah gulong mestilah kembang semangkuk (cam maggi asam laksa) hiks feveret tu! jadi terdetik lagi dihati nak kasi nipis>.


Bila dah macam tu gedik nak nampak lurus sikit. aku tak nak letak muse kat hair.. kasi basah dan keringkan.. pastu sikit kasi nampak lurus sikit. HAHA itu tektik saja..terjadilah (gambarajah 3) nampak okay sikit kan :) . Tapi kalu dah panjang nanti (gmbar 2) tu confirm cun melecun! sebab itu aku tak nak kasi lurus balik. Biarkan saja maggi menggembang ;)


Tetapi untuk tidak menampakkan wajah yang tak cun dengan rambut maggi pendek aku ikat dulu macam (gambarajah 4) hahha! Tu la  elok jer rambut tebal panjang mengurai. lagi gedik mau singgah saloon! 

Apa boleh buat..hal dah jadi.  -.-" buat buat cun jer la! hahah~ :P walau hakikatnya aku tak brapa minat :(



note: salam jumaat! semoga hari ini dijalani dengan  ketenangan :)

25 April 2012

kenakan Fesal jadi gegirl! :))

Assalammualaikum makcik pakcik semua! :)
Rasa dah seminggu tak update blog ni.


Aku nak story pasal bilik. Aku dah lame giler tak kemas bilik. haha.. apatah lagi nak lipat baju. giler malas. tapi hari² aku lipat baju untuk orang rumah. tapi baju sendiri giler malas nak lipat. Sampai lah semalam aku punya offday merajinkan aku mengemas baju² yang ada. :)

macam tongkang pecah dah satu hal. satu hal pulak diganggu oleh budak kecik. 
Banyak baju² yang aku tak pakai lagi dah aku tolak tepi.. nak kasi kat anak buah aku yang muat saiz. kalu yang leh masuk tu.. untung lah! baju bukan tak elok. semuanya masih elok dan cantik. Kalu jual baju terpakai dah laku dirembat kot. haha! :)

Dari pagi sampai sampai ke tenghari aku dok kerjakan bilik aku tu. akhirnya kemas jugak.haha sebulan akan datang.. selerak lagi. adoh.. manalah semangat aku rajin aku pergi ni.. malas. yerr malas sikit jer.
 (haha tak sempat aku nak snap² tongkang pecah tu) hehehe! 

tapi aku sempat layan fesal versi gegirl ! ( mintak jauh) tapi ini sekadar denda buat fesal dok sibuk ngacau aku kemas bilik. hihi comel doeee!!

pandai buattt mukaaaa cute!!! cantek nye mataaaaaaaaaaaaaaaa. besarnya mata hitam!


ni pakai rambut palsu! hihihih :)) 

jangan besar ko jadi lembut sudah! (. _.)"


yang penting dia adalah baby boy sejati ! :))

ngeh! muahhhhX!

19 April 2012

adil atau tidak-kita harus bersyukur !



Manusia sering mengadu tidak adil dengan kehidupan. benar, tetapi aku sebenarnya cuba untuk memahami konsep bahawa hidup benar-benar tidak adil itu.TETAPI Jujur, ia adalah TERLALU ADIL. Kita harus BERSYUKUR ditangani kehidupan yang kita benar-benar layak.Orang hanya sentiasa mahu perkara-perkara yang lebih baik daripada apa yang mereka ada pada masa itu dan mereka akan terus berkata ia tidak adil sehingga mereka mendapatkannya. Tetapi jika anda sentiasa mahu lebih, maka "adil", anda tidak pernah akan datang. tapi percayalah kehidupan kita sudah ditentukan.. cuma kita sebagai manusia haruslah tabah menjalani kehidupan ini!


 contohnya:
awak setia sangat kat bf awak.. dialah yang awak cinta dengan penuh baik. dia sseeorang yang kehidupannya segala dimilikinya. tapi satu hari anda tau dia curang. anda mesti rasa kehidupan ini tidak adilkan? dengan masa yang berjalan anda mengubati hati anda. suatu hari anda bertemu dengan seseorang yang boleh bersama² membimbing kehidupan ada. yang agak kurang mewah..tapi boleh memberi kehidupan anda beerti. dan terus menjadikan anda seorang yang sangat bermakna dalam kehidupannya. so, situ datangnya keadilan yang ALLAH bagi.

moral of d story.. didik hati kita jangan terlalu cepat melatah.. yakin bahwa kehidupan ini adalah perjalanan yang perlu ditempuh dengan SABAR! dan selalu percaya yang berlaku ini pasti ada Hikmahnya! :)


the truth is, you can have anything you want,

but you can’t have everything you want



Amin Ya Rabbal A’lamin..

18 April 2012

Tengok bola sepak !!

◄ 17 april 2012 ... bola sepak time !

SARAWAK lawan KEDAH !! 

Malam tadi aku pergi bersama² abang ipar dan sepupu aku. Semalam siap polis buat road block. hiks.. adoila.. nasib baik bukan aku yang drive.. jammed lo! tapi tak lame.. dorang just buat pemantauan jer kot. tapiiiii time nak tengok bola ada road block kat stadium memang tak syok! haha~

Malam tadi, kedah berbalas kemenangan ditempat lawan.. yang mengalahkan sarawak 2-0! 

Takpe Sarawak.. kita masik ada banyak game.. harapnya mampu masuk dalam top 4 ! :) Semoga dapat improve lagi kebolehan tu. Yang paling best... even hari bekerja..tapi stadium boleh tahan ramai yang datang. 

Lepas ni Bulan 8.5.2012 baru ada match lagi.. bertemu KL (away) 


Sekarang simpan tenaga untuk turun ke stadium. ceh.. macam penyokong harapan jer aku ni! 
Sarawak Ibu Pertiwiku!
okay, peace no war!

(maaf, tiada gmbar distadium.. hehe!)

Amin Ya Rabbal A’lamin..

16 April 2012

Ayam Bakar yang Sedap !

Sesiapa yang datang Kuching tu.. kene singgah kat RJ-AYAM-PENYET-kopitiam RJ-AYAM-BAKAR-kopitiamRatu-Ayam-Penyet-Kopitiam  ko kene singgah makan "ayam bakar or ayam penyet kat sini!! 


Okay, nak dijadikan cerita... semalam aku call Bella nak minta teman makan ayam bakar kat RJ ayam penyet.. tapi bila sampai tutup da. sadis. hah! Nasib baeklah yang satu kat town RJ ayam bakar, nasiblah buka.. kalu tak telan air liur jer lah aku nak makan. :) 

Nasib baiklah bella jenis yang memang kalu roger, cepat jer dia sampai. Aku takde lah nak tunggu lame sangat. hihih :)

Memang tak rugi makan ni.. Dah lah perut lapar, nak nak pulak ayam penuh dengan isi yang lazat. licin lah jawabnya. sungguh mengenyangkan. 

Bila hanya pesan Banana cheese! perempuan ni yeryer jer nak pesan yang besar.. tapi yang menghabiskannya aku. hihi nasib baiklah perut ni lapar :) selera makan pulak memang sangat baik hari tu. 



Lepas makan kitorang balik la.. memasing rasa cam takde plan pulak. Nak rehatkan diri awal, sebab nak keje keesokkannya. :) Thanks Bella to lepak² makan. Korang tu Try la sape tak makan lagi. sambal dia KICk beb.. lehhhhh terangkatttttttttttttttttt cawan air. hehe!



Amin Ya Rabbal A’lamin..

12 April 2012

si TOMCAT merbahaya...SILA BACA,PENTING!!


Boleh bace dan share. KAlau terjumpa terus matikan je utk keselamatan anak2


APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus

Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air. (Sumber : pak hIdali)

Copas dari tetangga sblh Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih, kasih salep hydrocortisone 1% or Salep betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari or Salep Acyclovir 5%

Binatangnya mcm kala jengking tapi kecil pnjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya mcm herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di ubati


Waspada terhadap wabak
Jutaan Serangga TOMCAT
yg dpt menyerang kesihatan. :'(


Kebaikan "menangis"


Ini artikel yang bergambar yang aku jumpa.Aku nak share jugak ngan korang :))

sumber foto: fb info! 

InsyaAllah.. 


Amin Ya Rabbal A’lamin..

Berita hangat 11 April 2012 !

ASSALAMMUALAIKUM.. 

Selamat pagi khamis.. semoga sejahtera hendaknya.  
Selamat bekerja semua!! Rasa malas jer nak masuk ofis ni kan.. maklumlah dah 2 hari berehat kat rumah, terasa nak jer cuti memanjang. hihi.. actually, aku selasa offday. Rabu pulak public holiday. 

11 april 2012!

 11 April 2012, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. 



11 april 2012
RUNTUH...beberapa individu sedang memerhatikan tembok penjara di wilayah Aceh, Indonesia runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9, semalam. - Foto AP

Memang rasa takut bila dengar berita Amaran Tsunami dikeluarkan semalam. memang bagus sangat ada baik nya laman sosial macam FB or twitter ni kan.. segera jer maklumat sampai! Sekurangnya langkah berjaga² lebih awal dilakukan. Tapi alhamdulillah.. Amaran Tsunami itu telah ditarik balik. lega sikit hati kita. Tetapi kemungkinan ia akan terjadi lagi.. Allahualam. 



note: KUN FAYAKUN!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

11 April 2012

PHOTOSHOOT: "langit biru"

hello...

Ni gambar² yang kitorang photoshoot haritu :)
Sangat simple aku.. memang takde plan nak mbik gambar. tapi tak mengapalah.. janji cantek jugak! cantek ker? hihi laaaa... pada camera cantek memang gambar harus jadi cantek.







Photos by Mabs Photo (Alhadi)
Date : 6hb April 2012




Amin Ya Rabbal A’lamin..

8 April 2012

Penyokong Sarawak "Gallore Buceros" is the Best !

Gallore Buceros!!!
kalu teror cari aku disini!!!-seriussss aku nampak aku kat situ. HAHA!


Rasanya inilah peminat team yang paling happening dan sporting! Malam tadi dah semakin banyak yang berkumpul kat sini.. makin besar pulak rasanya yang join group GB dah. Congratulasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii GB! :))

Okay,berbalik cerita bola!

Ini kesebelasan barisan Sarawak yang turun menentang Kelantan,di Stadium Petra jaya Kuching Sarawak!
sumber: nizam H fansurie

Tak ketinggalan banyak juga penyokong dari kelantan yang datang. Aku kalu diikutkan nak duduk kat tepi jer malam tu sama-sama cousin dan abang ipar.. tapi aku tak leh tahan nak meriuhkan bersama GB. Memang tak leh weh.. dengan nyanyian.. bunyi music.. dorang memang happening giler. Aku terus ke sana,jumpa kawan² aku. haha! Padahal.. saje nak kasi peluh-peluh sikit,sebagai senaman. Tapi banyak yang bagi komen.. penyokong ini lah yang paling Gempak ! :) :P

Aku memang takde masalah nak ke sana. Even dorang ni muda² dari aku.. tetap jaga aku macam adik dorang! seriussss.. :) dorang memang Best! ini dia sebahagian dari mereka...

gegurl !!-boleh jer jumpa kawan² baru :))

Dah macam sesi bertemu peminat ini.. hahaha!! 

Apa-apa pun memang super Best , bila dapat join GB !!  yang penting malam tadi sarawak dapat menjaringkan gol. masa ke 2 barulah Kelantan menyamakan keduduakan 1 sama. Tak sangka Sarawak juga mampu bersaing dengan lebih baik musim ini. Tahniah jentera sarawak!! :))

ok aku bubuhkan video jaringan yang Sarawak telah membuat lebih kurang 30,000 ribu penyokong berkongsi kegembiraan semalam... :))))))))))))))))))))))))))))))


Pada minit ke-12 pasukan Ngap Sayot memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti setelah Joel Epalle diasak dari belakang oleh pemain Kelantan. Guy Bwele tidak mensesiakan peluang keemasan dengan melakukan curling shot dari jarak 25 yard ke sebelah kanan gol menewaskan Mohd Shahrizan Ismail.(copy)


Cerita lagi best :(klik--> sarawak(1) - (1) kelantan


Amin Ya Rabbal A’lamin..

7 April 2012

Gambar Bayi Dipanggang dan Dibakar (Kejam!)


Zaman Jahiliyah dahulu, orang Arab bunuh bayi perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti. Jadi, demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.


Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini, tanpa buang bayi tidak kira lelaki perempuan tanpa belas, rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram. Inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.

Si bayi kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat. Adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka? Kembalilah kepada ajaran Islam, jauhilah budaya cinta tanpa batas agama, jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.
Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Wallahualam.



6 April 2012

Sepetang jenjalan bersama Orang bujang!

Sempena "GOOD FRIDAY"- Public holiday untuk Negeri  Sabah dan Sarawak hari ni. 

Pagi tadi aku bangun pun lewat giler, AHHA..memang terjarang dan terkadang sangatlah aku nak bangun lewat.Sebabnya aku memang bukan jenis yang suka bangun lewat².kecuali mengantok or tak sedar nak bangun tidur. heheh okeh lupakan pasal itu. 


Petang tadi aku sempat bawa anak² saudara aku yang membujang ni jenjalan pusing kuching. Padahal, aku yang takde idea nak buat apa pun hari ni. Bila ditanya sorang ni nak kemana.. semua tak tahu. Jadi ikut aku punya gerak hati lah... kami ke tempat baru yang aku pun tak pernah singgah lagi. 

KE MANA? ke sini......
Giler sangat susah nak cari parking. bukan susah..tapi nak dapat parking tu memang kene berpusing sampai give up! haha~ pagal hey sangat lah!
Dibawah ni sempat aku ambil gambar² camne kat dalam ni kan.. korang tengok dlu lah yer... ~~


Masih banyak kedai² yang kosong.. sebab ni baru sangat dibuka. :)

singgah dulu kat kedai²... 

Orang bujang kami ni.. hehe~ memang satu kepala lah nak jalan dengan untie yang alwez sporting! 

Kat sini kitorang singgah jalan² jer... Nak makan pun tak lapar lagi. Lepas pusing² dalam ni,kitorang keluar untuk menuju ke tempat lain pulak. Rajin sangat aku jalan ok! :)


Kami ke tempat Bus station.. aku nak jumpa kawan aku jap. katanya nak ambik gambar. Hihih.. sangat sampoi aku hari ni.tapi Demi tak nak menghampakan perasaan geng aku ni.. aku gi la kejap. :) HArapnya gambar² aku nanti lawa jugak.
 hagak² nyerrrr paparazi mengejar nak tangkap gmbar! ahhahh feeling~~
 dipersekitaran bandaraya Kuching


 Kami photoshoot kat jejantas ini lah.. :) okay pasal gambar² tu.. aku kan buat entry khas ok! 

Tak sampai 1jam rasanya.. kami pun blah untuk destinasi seterusnya.. :)
sempat untuk aku jejak BUS! last naik bas 2008 masa kat JB! hahah~ giler lama tuhh!



Kami ke The Hills pulak... ikutkan nak makan² tapi tak jumpa kedai yang kami rasa bleh mengenyangkan. kat situ pun mahai²-lah! hihi jom layan dulu gambar² yang ada ini.. 


 muka ganas!!

ini dekat area town the hills!


Nak tau kami makan kat mana??? teng teng teng,...

sumber: google! 
aku tak sempat nak mbik gambar time makan. 
INI namanya Nasi AYAM BAKAR! sumpah sedap habisssssssssssss!




okay.Lepas makan kami terus balik.tapi kene singgah beli chicken wing kat Bimmers jap untuk di bawa balik..buat buah tangan parents kat rumah. yeahhh~~ cerita dah tammat! :) 



note: gambar aku sangat tak lekang dengan handphone! arghhh!! hahah~


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx