2 Ogos 2011

Senyum jer atas ejekkan orang

Mungkin ada orang ingin jawab je tajuk diatas kan? mana mampu nak senyum kalu dia kutuk.

saya blajar utk tidak peduli kritikan orang,maksudnya saya cuba utk TIDAK ambil hati dengan ejekkan mereka. setiap sorang ada kelemahan..begitu pula kelebihannya. Janganlah kita terlalu pandang rendah pada org lain. cuba bagi kata2 semangat itu lebih bagus maaaaaaaaaa... :) huhu


okay, slamat bersahur  dan selamat berpuasa..

Kesembuhan Itu Milik Allah

sempena bulan ramadhan ni... kita share² yang baik untuk kita renungi ya..
 semoga kita sama² mendapat keberkatan-NYA.




Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

sumber: iloveislam.com

Sunnah Rasulullah..


Sungguh banyak sekali sunnah rasul yang boleh kita amalkankan.. tapi kadang-kadang perkara senang beginipun kita malas dan merasa amat susah untuk dilakukan.. ya ini menunjukkan iman kita yang masih lemah kalau nak dibandingkan dengan para nabi dan sahabat.. Subahanallah...

meh.. kita kongsi sebagai panduan kita semua. ;)



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad engki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jmaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah &
amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Duit syiling baru Malaysia..


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena keluaran Siri ketiga duit syiling Malaysia. duit baru ini bakal berada dalam edaran awal tahun depan.

duit syiling peringatan adalah dalam denominasi 5sen, 10sen, 20sen, dan 50sen.

seperti biasa, ciri-ciri unik duit syiling mencorakkan budaya dan warisan negara. motif rekabentuk pula memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna, dan seni kraftangan tradiasional yang terdapat di Malaysia.

duit syiling yang baru ini bersaiz lebih kecil dan ringan. sisi tepi duit syiling adalah berbeza-beza bagi memudahkan pengguna serta pengguna kurang upaya, khasnya untuk mengenalpasti dan membezakan duit syiling itu...bagus kan..user friendly untuk penggu kurang upaya =) keterangan lebih lanjut terjah sini .


motif bagi setiap dominasi (bahagian depan)
alaaa yang ganti tempat pistol, bagunan tu...cer tengok duit syiling sekarang...=P

Denominasi

                                                                                   Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga









bahagian belakang- semua duit syiling memaparkan motif yang sama, ada gambar bunga raya, tahun penempaan, nilai muka dan paling penting sekali...perkataan Bank Negara malaysia. nak tau lebih lanjut??

walaubagaimanapun, siri lama akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. yang lama usah dibuang begitu saja hehe


sumber: Bank Negara Malaysia

1st sahur,sungguh tak liat nak bangun!

Assalammualaikum & salam sejahtera semua ;)

Hari dah masuk hari ke-2 puasa. camne puasa korang? okay tak? hihi
mesti korang dah sibuk² cakap pasal 1st day puasa kan...? saya nak pun nak story ;P

ala-ala scarf dato'ct nurhaliza lak dah :P 
okay.. bangunnya sahur saya dihari pertama puasa.. sangat semangat..tersangat awal saya rasakan. hehe 2.30pagi saya dah bangun dah.. itu pun mak yang bangunkan. then,mata pun takdelah nak menyepet.. hati taklah melawan..terus semangat jer dibangunkan.. heheh!! -hagaknya iblis syaitan nirajim itu dah digariiiii dengan sesungguhnya. hehhe! tak liat nak bangunnn!

makan punya makan.. sungguh² dengan minum air yang cukup..rehat kejap.. then sambung tido! hoho... nasib baiklah isnin saya pulak offday.. bolehlah bangun lewat sikit jam 9pagi gitu kot. terjaga indah. pagi² tu masih cergas .. cuci baju tu dah perkara biasa dah.. pastu yang tak sudah² dari minggu lepas nak berkaraoke... siap dilaksanakan berkarok siang semalam. hamboiiii tak sudah² bulan puasa nak hibur. la.. kali tu jer.. melepas niat yang dah lama tak lepas :P nak nak pulak hari saya memang tak bekerja. hehe... bolehlah layan sampai tekak kering dah.. haha nak minum?? mana boleh.. haaa fadan muka kat diri sendiri.lupakan pasal karaoke..lain kali baca al-quran ye! 

Dah belah petang tu.. saya ingatkan nak rehat kat rumah saja..tapi ade turun jugak town . hoho... lepas selesai semua hal²yang perlu diuruskan. saya singgahlah ke Bazaar ramadhan dekat demak laut.beli kuih muih.. beli air soya.. itu paling penting bagi saya. kurma juga. pastu kuih gelang memang selalu menarik nafsu bila bulan puasa ;) 

saya berbuka dengan family kat rumah jer semalam.. cuma fizi yang takde bersama puasa tahun ni.. jauh dah mamat tu    bekerja.. ;) harap² raya karang ade cuti dia balik kampung!

begitulah alkisahnya saya dihari pertama puasa.. :P 

1 Ogos 2011

3dara pingitan! auwww

hamboi tajuk rasa nak belah je jantung i ni tau!!! 

Bila ada anak buah perempuan begini lah.. masing² dah besar.. aku je lagi takde anak. anak buah dah membesar macam aku. hehe camne tuu? tapi untieee nye stilll young ma! awett mude #simplysiti! :P (hamboiiiii.. ayat minta lempang!matiii laa)

da.. layan saja gambar me ,nurul dan feqah.. dorang dah ade Facebook okay! memasing sibuk nak bubuh gambar yang cun kat profile.. :P kalu tak tau..aku lah jadi mangsa nak setkan.. 

dah reti nak drive kereta auto ! yahooo

helooooo.. dah 9tahun saya miliki lesen memandu... 6 tahun saya drive manual car.. tapiiiiiiiiiiii baru saya tahu saya ada juga mampu drive auto car!

hamboiii... nak tunjuk juga ler kita ade pandu kereta auto kan!

wajah ternyata bercampur gah bangga! tapi kalu dilihat cam cuak pun ade kan.!! hahah tak tak tak.. memang perasaan cuak takde.. yang ade rasa " ehhh... pandai pulak kaki aku ni control mana nak tekan break dan minyak dengan sebelah kaki. cehhhhhhhhhhhhhhhhh... berlagak siot!
kenapa tetiba drive auto?

begini alkisahnya.. kebetulan 2 3 hari ni.. bila saya drive my kancil.. mesti ada bunyi ².. di celah mana pun rasa confius.. tapi rasanya seperti datang diarah tayar. sebab bila berhenti.. takde bunyi gangguan besi tu..so,saya suruhlah abang ipar saya ni.. test drive my car... 

dari situ.. saya kene drive kereta wira abang ipar i ni la.Dahlah saya ni memang tak pernah lansung nak drive auto gear! kaki pulak nak tekan bila.. jadi.. dia gitau lah.. test drive dulu kejap... sekian² dia gitau.. barulahh okay! memang terbaiklah nak drive auto ni! barulah saya tau kenapa orang suka drive auto!!! kaki kat lenguh nak tekan padel clush! 


makanyaaa... saya dah boleh reti nak drive auto car dengan yakin!! ;)

Marhaban Ya Ramadhan !!


Ya Allah……
Perkayalah Saudaraku ini dengan keilmuan
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan
Perindalah fiziknya dengan kesihatan
Serta terimalah amal ibadahnya dengan kelipat gandaan
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan…
Mohon maaf zahir dan batin…


selamat menunaikan ibadah puasa buat yang beragama islam. 
semoga kita semua mendapat hidayah dari ALLAH s.w.t


31 Julai 2011

Khairul Fahmi putus tunang??

apekk!!
jika sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel yang mengatakan Khairul Fahmi dan Jejariruncing sudah berbaik , namun petikan akhbar pada hari ini mengatakan Apek nekad memutuskan pertunangannya dengan jejari runcing



petikan dari myMetro kenyataan Apek mengenai Dahlia :-

Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain

Apek mengambil keputusan untuk putus tunang

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Menurut Apek tiada Orang ketiga dalam Isu Apek dan Jejariruncing

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

berita ini keluar dari mulut apek sendiri mungkin dia ingin menjernihkan semula apa yang telah dikeruhkan, diharapkan Apek membuat keputusan yang betul dalam menyelesaikan masalah ini


apa-apa pun Apek tetap wira negara kerana berjaya menjaga gawang Malaysia ketika menentang Singapore tempoh hari!


lepas tamat perbarisan..Ribut datang! (Port Dickson)


Baru je semalam saya postkan entry pasal adik saya tamat latihan tu kan. tapi di situ juga lah berlakunya Angin kuat dan hujan lebat.. setelah tamat sesi perbarisan tamat latihan dorang.

Seperti yang sedia maklum kejadian ni berlaku dalam tengahari.. Alla MAha berkuasa!
memang sedih lihat ni.. nasib baik tiada kemalangan nyawa dilaporkan. tapi saya mngikuti dari facebook..dan blog mereka yang ada ditempat kejadian. memang mereka kata angin kuat sangat. nak sebut pun i rasa takut.

semoga mereka dan dikita masih dilindungiNYA..











adik saya pun belum call lagi.. so agak risau lah. munkin disebabkan talian telefon terputus makanya dia tak dapat nak hubungi kitorang dulu. mesti dia dan yang lain pun turut rasa masih cemas sekarang ni.. nak nak pulak depan mata sendiri berlakunya bencana ni kan. Alhamdulillah.. Mungkin ALLah bagi kesedaran buat kita semua .. agar tidak terlewat untuk kita ke jalan yang diredhai nya..semoga adik saya dan mereka yang lain juga selamat...


Ya Allah,kau lindungilah mereka...

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx