21 Oktober 2012

Violet namanya !

kekasih baru.. aka kasut baru! :P

Ini hadiah untuk diri sendiri.sempena HARI JADI :) 
Tetiba rasa cam kaler violet itu menjadi perhatian hati.

Mulanya cam nak simpan saja dulu. tai barang baru memang tak leh nak simpan lelama sangat. bergelora jiwa, asyik jer try².. tengok cermin. Apa salahnya kalu nak pakai. dah memang dibeli untuk dipakai. 

Sekarang ni trend colourfull. asal tak matikan fashion anda sudah. ;)

 Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya suka! ade ribbon lagi ;)

Dulu aku memang tak reti nak pakai kasut yang tapak kaki mendatar ke tapak ni. Ia selalu mengundang sakit tapak kaki dan ke betis. I dont know why oh why? -mungkin sebab tak biasa. Tapi kalu aku beli pun.. harus yang ada tumit sikit tu.  baru rasa selesa sikit. Takdelah menyakitkan kaki :)

wink!
 Selamat hari Ahad korang. Beristirehatlah dengan sebaiknya. Bekerjalah dengan apa adanya. okay.okay! 



Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 Oktober 2012

Nasi Briyani Ayam madu memanggil untuk dimadukan. ehhh salahhhhh!! :P


 Tadi aku Lunch bersama Dayang Reen :)

Dah lama tak jumpa dia. 1st time jumpa pun kat TOK JANGGUT. kali ni pun kat situ jugak. RIndu nak makan nasi briyani ayam madu! :) bukan dimadukan daaaaa... tapi ayam madu dia sangat terbaek ;)

 Kalu korang yang datang kuching tu.. try lah :) Penggemar Briyani bolehlah datang ke mari.

Banyak ceritalah korang, masing² dengan cerita masing². hee Cute kan muka reen ni. putih gebu :)
 Dapat jer tempat duduk. terus nak bergambar. wakakaka perempuan² lah sangat!
OH ya.. kebetulan pulak REEN kerja sabtu ni.. tapi dia bekerja halfday jer. Tak macam aku... hingga ke petang. hihihi Kalu dah lame tak jumpa, pasti rasa seronok lepak begini kan. Kalu boleh nak jer tak payah masuk kerja. Bestkan dapat jenjalan hujung minggu. Sian reen, sebab tak leh nak cucuk aku ponteng keje. Tapi kalu kat tempat kerja aku ni halfday pun memang takde hal punya. bukan banyak kerja pun. Buang fasa electrik jer. hahaha! yerla.. tak payah buka ujung minggu pun lagi bagus. Jimat bill electric. betul. tapi nak buat camne.. kalu dah kerja. kenalah ikut arahan BOSS.

 Lepas makan² kitorang balik jer la. tapi aku kene masuk ofis. Cuma aku masuk lewat tadik. sorry boss! :P Nak nak pulak, Bos aku keluar ofis.. aku masuk. haaaah! watudu lah kan.. atleast gua datang balik kerja. 

note: makseh darling teman mek lunch! :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Rasa sunyi bila Parents takde kat rumah


 Biasanya kalu pepagi nak turun kerja, kalu mak tak nampak dimata..
 sure aku akan tanya.mana mak?? pasti aku akan tanya. heee!

Tapi beberapa hari ni terasa sangat mak bapak takde kat rumah. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis persandingan kazen aku. aku takdapat nak ikut sama. Sebabnya cuti aku tak banyak lagi. Kene simpan untuk pergi bercuti :) heeeee

 Oh balik cerita pasal emak bapak ni. :)


Biasanya balik kerja.. aku memang ready jer nak makan. sebabnya kalu tak mak..kakak aku sudah masak. Kalu aku skip makan tengahari, petang tu balik rumah comfirm terus makan nasi. Terasalah.. masakan emak takde ni. Rumah pun cam sunyi. 

Sebenarnya ini 1st time ditinggalkan. Biasanya.. aku akan meninggalkan dorang. yerla nak turun KL la.. kan! :) Jadi begitulah rasa orang tua kita, kalu kita takde kat rumah. Atau pun... kalu dorang nak pergi pun, aku ade turut serta. pergi beramai² gitu.


18th-23th oct.. kat Brunei. 

Sampai aku termimpi².. Mak masuk bilik kejutkan aku pagi tadi. haaaa... 
rindu lah tu agaknya kan. hehe! mimpi dipagi hari.camne tu... ;)

dah dah.. next month trips ke klate! yeayyy.. tak sabar.. kali ni dengan mak bapak sekali. :)
 tak payah nak rindu² n rasa sunyi :)




Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 Oktober 2012

Jumpa FIZO OMAR

 Kebetulan sebelum rehat terima sms dari kazen nak ajak lunch. Jadi saya ni takde masalah. Lagi pula takde janji nak makan tengahari ngan sesiapa. So, nak dijadikan tempat perjumpaan yang dekat bagi 2 pihak. kitorang ketemu kat GIANTS Tabuan. :) sebabnya kazen aku dari Kota Samarahan.


Tak kisah lah nak makan ape, janji makan yang cepat dan pantas untuk dimakan.  SUGARBUN jadi pilihan.

ini kazen aku. sen.. tapi kitorang ade nama panggilan utuk kitorang "wen" haha!
Dah lamak juga rasanya aku tak lepak makan kat sugarbun ni. Asyik tapau jer nasi ayam tak pun KFC. heee~ Kalu ade teman makan baru jer aku pilih kat kedai makan biasa tu. sedap makan kalu berteman. :)

Thanks cuzzie, blanja makan as celebrate birthday gurl yang gurl sangat ni! haha~

Lepas makan² kitorang jalan² la dulu kat dalam mall ni.  tetiba dari kelihatan seperti fizo omar! alahhaiii.. ape lagiiii saya terus mbik gmbar bersama. kahkahkah!!

 Hagak² ler kalu menipu nyer kan. hahha ehhh betullah tu fizo omar. tapi bukan real. heee. gambar semata². Dari jauh senyummm melihat ku. sungguh. manis! awwww awww!apa apa pun kene bagi mukaaaaa show off sikit! hahahhaa ~ mesti rasa nak pang pang jer kan! :P :P
Terus teringat masa lepak kat waterfront dan jom heboh ngan dia masa 2009. Sekarang gila pulak dengan watak AMER dia dalam JULIA kat tv3! hee~


 okay.. masa untuk balik ofis. kang sesak pulak jalan pulang. mana tidaknya friday friday maaa...!! berduyun² kereta nak masuk pekarangan tempat kerja kan. :)


 p/s : HAHA maafkan saya, tittle saje nak kasiiii tiptop punya!mesti rasa nak tutup terus jer website i kan.. janganlah janganlahhh..! kan dah kene oleh birthday girl.. heee jangan mare heee~ :P papaiiiii



Amin Ya Rabbal A’lamin..

TODAY, i'm 30 years old !!

 Bissmillahirrahmannirahim... 

Alhamdulillah.. Terima kasih YA ALLAH, kerna nafas-MU aku masih disini. di Usia yang hari ni ke 30tahun, aku masih menikmati rasa kehidupan. Terima Kasih ya KASIH.. kerna masih memberi aku kekuatan dalam setiap UJIAN dan DUGAAN-MU. 

InsyaALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan dan masalah yang ada. 
TERIMA KASIH KEKASIH SEJATI.:)

******************************************



WEHHHH.. wehhhiiiiiiii.. 

Aku tak tau nak cakap ape. Rasa ini lah yang harus diterima oleh hakikat nya yang aku sudah 30 tahun! Apalah ertinya usia. hanya angka. yang membezakan Daya pemikiran dan Hati serta bagaimana hendak menjadi lebih matang kan :)

 Aku tak leh nak sampok dah kat FB time ni. Dah macam pesta WALL kawan yang tak kenal.. kawan rapat.. kawan² yang dikenali. kawan blogger. kawan-kawan gitu yang bagi wish. thank you semua yang merelakan diri menaip diruang Facebook. bahkan juga ditwitter. mekacehhhh semua! *syukur*

ini sebahagian yang bagi ucapan. tak dapat nak ambik semua.. banyak sangat dah. BTW, terima kasih family, kawan² setia.. kawan alam maya. Terharu hakak :)


Tapi kali ni berbeza, mak bapak takde kat rumah masa birthday aku. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis perkahwinan my kazen. *rindu plak kat masakan emak. haha! ambooiii... 

okaylah kengkawanku. Tak kisah hari jadi ini disambut ke tidak.. semoga doa² korang dipermudahkan untuk aku. :) Biar kesedihan atau kegembiraan hanya ALLAH yang lebih mengetahui.


LOVEEEEE always kat korang! *muahhhh*



Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 Oktober 2012

petang nan hujan...

 yesterday..14.10.2012

 Jam empat adalah waktu balik kerja. Biasanya aku akan balik terus ke rumah kalu takde janji ngan sapa² untuk minum petang. Sejak 2minggu ni.. hujan sering tiba waktu petang. kan? jadi, semalam aku terkandas lagi.. tapi aku malas nak lepak kat ofis. 

Makanya, aku pergi lepak sendirian bakery yang ada kat ground floor ni.
 @keklapissari ! nama tempatnya.
 Apa lagi layan hotmilo lah.. :) maklumlah hujan.. memang perut nak lapar jer musim ni. Boleh tahan aku duduk situ. melayan diri yang dah bosan. Hampir sejam jugaklah, bertenggek sendirian. senyum sorang². HEY itu tidak.. senyum ambik gambar jer. kangg GILA pulak dikatanya orang. heee!

bila  dah reda sikit hujan.. aku pun blah lah. Nak lepak lelama seorang diri ni tak kuasa i! haha... ini pun terpaksa kerna terkandas hujan yang lebat turun membasahi bumi. Tak elok nak basah kerna air hujan skarang ni.. nanti demam. haa.. ingat tu. jaga kesihatan :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

14 Oktober 2012

Siapa malas cuci muka.. ulat muka suruh kau baca ni!

 Awal pagi ahad aku dah mengadap PC. Apalagi online lah. Sekali buka Facebook.. terlihat satu artikal menarik untuk dibaca dan peringatan untuk diri jugak. haaa tengok bawah ni.. errrr.. mesti gelikan.


 Tapi korang mesti kuatkan semangat untuk video tengok okay. supaya ada kesedaran diri. adoiyai.

Terus aku teringat kan aku sendiri. Terkadang tu.. Kalu dah letih. sangat malas nak bangun dah. terus kedebommm tido dengan muka tak cuci. awwww.. tapi aku akan buang make up remover tu. serius seh. sangat terbaek punya video ini.. sumpah, kalu malas nak cuci muka nanti, pasti terus teringat akan ulat² ini. eeurrrr~~ !ingatttt ingattt tu kiki ! -.-



haaa.. apa macam??? pastiiiii rasa meloyakan. kita ni lihat dengan mata kasar jer bila picit² jerawat kat muka. yang keluar pun macam nanah gitu. Tapi sebenarnya itu adalah ulat. AMAGADDDD.. lelama kat dalam tanpa dibuang menjadi keras. hurmmmmm! seram sejuk tengok bendalah dengan dekat.

hehhe okay lah. harapnya korang enjoy dan sentiasa beringat. bawak² lah rajin  cuci muka. 


p/s: kene rajin cuci muka okay kiki! -baeklah.. tatuttttt




12 Oktober 2012

Gunakan VEET untuk tampil yakin luar biasa !

Bila berdepan dengan wanita² yang tinggi, terus hilang jauh perbezaan diri bila nak berjalan dengan dorang. Bukan apa, mereka yang tinggi ni mempunyai kaki yang panjang. halus.. cantik. sungguh rasa diri tak layak nak berkawan. Ini kerna, tahap keyakinan dalam diri menjadi fasa zero. 


Tambahan pula, dengan Dress pendek atau seluar yang menampakkan bahagia kaki dorang memang sungguh memberi keyakinan luar biasa ketika bersua sesiapa sahaja. Tak perlu nak menutup kaki. yela.. kekadang kita ni lupa nak shave bulu roma pada kaki. heee~ terkadang pula ade yang tertinggal. pisau cukur pula macam tak cukur rata. 

Siapa wanita yang tidak cemburu.. bila melihat rakan-rakan yang sentiasa yakin dengan diri ketika memakai apa saja yang digunakan. tanpa risau akan bulu roma akan.Lihat saja di kaca televisyen, artis- artis sentiasa tampil lebih confident bila berjalan red carpet. PHEW! sungguh tenang dan bergaya.kan! so.. apa lagi.. mari! mari saya syorkan apa yang saya cuba!

  “how Veet gives you soft and smooth skin 
that brings out the confidence in you”.

ha... bagaimana Veet boleh melicinkan dan melembutkan kulit dan memberi anda keyakinan yang luar biasa! -gitulah! ;)




Begitulah... aku selalu mencari pencarian yang boleh memberi keyakinan bila berpakaian pendek mahupun apa saja. Asalkan sentiasa yakin. Sampailah Aku mencuba VEET. produk NO.1 yang mampu menanggalkan bulu roma. Kesan memakainya seperti keyakinan sama dengan kulit dilahirkan semula!

Sebagai jenama peluruh bulu roma wanita, Veet sentiasa menyediakan cara yang berkesan dan menyenangkan untuk wanita di seluruh dunia memastikan kulit mereka sentiasa licin dan terasa cantik menawan. Krim peluruh bulu roma yang diperbaiki ini menjadikan kulit licin, lembap dan terasa lembut apabila disentuh.
 
Sampai saat ini  kulit saya aman. tidak ada merah2nya, tidak ada alergik apa pun. Tapi ada baiknya kita mencoba dulu apa kulit kita aman atau tidak makai pencukur biasa yang boleh memudaratkan kulit.


Dan akhirnya, saya juga tampil dengan berkeyakinan.


saya lebih berkeyakinan dari biasa.


 SAMA ada anda bersantai ditepi kolam, atau berjalan ditepi pantai, serta bebas menari dengan riang, tiada yang dapat memberikan penampilan paling sempurna selain daripada sepasang kaki tanpa bulu roma. cubalah. :)


lihat video ini  agar anda lebih yakin dengan pilihan yang tepat :






 Bagi pendapat saya, Veet ini sangat sesuai dengan kulit kita. Mungkin karena itu tadi, cepat dan hasilnya sangat memuaskan hati. Dah boleh senyum kehadapan. :) tak perlu tunduk malu² melihat kaki.  

Dapatkan sekarang dipasaran. :) #sambil menari sha-la-lal-la.. sha-la-la in the morning!

11 Oktober 2012

Nasi ayam terpilih

 Aku bukannya pengemar nasi ayam. nak lagi yang ayamnya "steam" memang tak kuasa tekak aku nak makan SANGAT. Tapi, nasi ayam yang dijual belakang RHB berdepan ngan The Spring, memang dah jadi pilihan dikala tengahari kalu aku tak makan menu lain. hurmm..

  Sangat berbaloi.. :) sampai ketulang² ayam pun garing. sambal belacan dan sambal cuka dia terbaek. serta sup yang Ohsem. Cuma RM4. murah. lebih save  budget :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Begini caranya

Ni entry khas buat Syazwan Che Deraman. wahh full name yah. hehe~
So, wan...

tau cara nak pergi kat setting tu kan.. so.. kiki bagi penerangan sedikit aja :)


okay. kalu yang latar belakang blog wan kaler kelabu tu (cth: oren)
wan.. tukar ke warna putih.. yang warna pilihan tu dan warna jidar TERENPERENT okay!ahahha



 SO.. blog wan takde kelabu² dah.. pasti putih suciiii sesuci awannnn dilangit. amboi..!! kalu tak paham... nanti godek² sendiri dengan arif yer. pasti boleh! :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx