20 Mei 2009

tips~CiNtA sihat

at MBKS...

Dari baby lagi kita telah disogokkan dengan cerita-cerita yang mempunyai ending “happily ever after” seperti Cinderella, Snow White dan all those princess stories. Andai bercerita tentang cinta dan perhubungan, rata-rata semua gadis dan wanita akan mempunyai objektif yang sama, iaitu mencari Mr Right atau si cinta sejati yang romantis dan membahagiakan. Realitinya, ranjau di sepanjang perhubungan menyukarkan, menyulitkan. Walau Romeo & Juliet yang dinobatkan dunia sebagai pasangan cinta sejati paling popular sekalipun tidak ditakdirkan bersama akhirnya, meragut nyawa sendiri atas nama cinta. Atau umpama kisah cinta dalam filem Cinta arahan Kabir Bahtia yang memaparkan kisah Harris (Rashidi) yang yakin beliau telah berjumpa dengan cinta sejati, akhirnya remuk berkecai hati dikecewakan si isteri, Airin (Rita) yang mempunyai affair di luar. Mungkin sudah sampai masa untuk kita review tentang pencarian cinta sejati dan lebih memberi fokus kepada cinta yang lebih relevan di masa kini iaitu membentuk cinta yang sihat.

Istilah pasangan sempurna itu tidak wujud, tidak kiralah anda popular seperti The Beckham atau anda pasangan Serasi Bersama; kesempurnaan dalam perhubungan atau percintaan itu hanya seperti loga maya di tengah padang pasir. Akan lebih berjaya sesuatu perhubungan jika pasangan memberi tumpuan untuk memupuk cinta yang sihat. Bunyinya mungkin kurang romantik berbanding perkataan sejati tetapi jika dipraktikkan, bukan sahaja cinta anda akan sihat untuk mengekalkan perhubungan, namun cinta akan berkembang mekar umpama bunga yang sering dibaja dan dijaga rapi.


Formula perhubungan secara teorinya mudah sahaja! What we put in is what we get back. Jangan memberi batu inginkan permata. Untuk mewujudkan cinta yang sihat, anda harus bermula dengan memasukkan semua elemen sihat dalam perhubungan. Cakap-cakap tuturkata perlu sihat, tingkahlaku sopan santun kena sihat, perasaan dalaman dan raut wajah tampilkan yang sihat-sihat, pendek kata berikan kesihatan yang baik kepada cinta. Andai badan memerlukan kabohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin, mulakan sesebuah perhubungan dengan 7 vitamin cinta yang mudah tetapi mujarab hasilnya!



· Pertama, hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahan. Jika ada yang tidak berkenan di hati, sampaikan dengan cara yang baik agar hati pasangan tidak diperlekeh. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan suffer dan musnah akhirnya.

· Yang kedua, percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga, dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta anda bukan cerita penyiasatan atau CSI yang perlu disiasat teliti ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, dan betul atau tidak apa yang diceritakan. Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah..

· Vitamin ketiga ialah keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati.

· Di dalam bercinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan, dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.

· Vitamin cinta kelima yang jangan diabaikan ialah keadilan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa kamu hanya untuk dia seorang.



· Dan cinta yang sihat bukan untuk menjadikan dua insan individu yang serupa. Kamu punya identiti tersendiri; bina dan bentuk personalitimu agar kamu menjadi diri kamu sendiri dan bukan orang lain seperti yang dia mahu. Aku cintakanmu kerana kamu adalah kamu dan kerana kamu bukan diriku!

· Akhir sekali, vitamin cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap; kadang-kadang tidak bercakap bila perlu juga ialah komunikasi yang baik. Maknanya, anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda untuk menghasilkan cinta yang sihat. Sebagai contoh, jangan dibelikan cintamu bunga jika dia tidak menggemarinya hanya kerana semua jejaka memberi bunga kepada cinta mereka.

Cinta atau perhubungan yang dibekalkan dengan vitamin cinta akan menghasilkan cinta yang sihat, segar dan bertenaga. Tidak perlu penat mencari dan menunggu cinta sejati yang tidak kunjung pasti, sebaliknya amalkan cinta dan perhubungan yang sihat untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx