9 Ogos 2011

jom tengok budak² kecik ni menari...giler hebat!cute lah..

Kau pandai menari..? bila last menari? haha!!

saya menari time sekolah menengah dulu kot. pastu² dah takde. kecuali.. bila jumpa geng yang sekepala dalam bilik karaoke! hehe hahatime tu lah keluar habish.. gelek² semua.

tapi perasaan kita bila tengok budak kecik menari memang seronok. ;)
confirm berpusu² nak tengok depan stage.hehe kan kan..! siap kalu yang dari jauh.. baik punya duduk siap berdiri woh!

jommm.. kali ni buka mata besau².. dan pasti nak geram tengok dorang ni!


cute  lallalala!

2011 : RM6.20 zakat fitrah untuk sarawak!

6
Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Ini pula zakat fitrah bagi setiap negeri masing²


Kadar Zakat Fitrah 2011









Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.
saya belum lagi"!!! gluppp!!-tutup muka!
Selamat menunaikan zakat fitrah. :)  

blogger: Peminat oasis yang tegar !

mari kenali gadis ini .klik link itu jer ;)
http://liyanagallagher.blogspot.com/

peminat tegar Oasis!! jom terjah blog dierrrrr! ;)

saya syorkan yang kuat flu belikan vitamin C~Cebion !

Vitamin C !!
sekarang ni..saya makan vitamin C Cebion ni.
Ade jual di kedai farmasi..dalam bentuk kotak..botol pun ada. pilih jer mengikut kesukaan. asalkan vitamin tu baik untuk diri.. jangan lupa amalkan. :)
terdapat dalam 3 perisa. :)
Kalau vitamin C 21st Century jenis suckle,tapi Cebion vitamin C ialah jenis soluble..Dalam 1 botol tu, ada 10 tablets.Price lak RM19.00(kat farmasi i beli tu)..Tapi if nak beli 1 kotak,ada 4 botol per box..So maybe price dia murah skit berbanding beli 1-1..And ikut farmasi jugak lerr

vitamin C ini baik untuk orang yang kuar selesema ni.. pasti boleh menghilangkan selesama dengan cepat. Memang terbaik untuk kesihatan badan.

kekadang saya makan gitu jer.. bila ia pecah dimulut rasa besh! haha berbuih² rasanya.(soluble)saya takde masalah flu.. tapi saya pilih untuk menjaga kesihatan jugak.saya dah try 2 botol..alhamdulillah... selera saya makan pun takde lah macam dulu..kureng nak jamah nasi. lagian pula... akak saya dah puji saya berisi :P walaupun pada hakikatnya saya tak nampak berisi dicelah mana.. haha! berat saya pun tak timbang lagi.. selain tu memulihkan kulit yang kering jugak. 
saya pilih orange!


1biji untuk satu hari.. tu dah pasti menguatkan sel dalam badan anda. berfungsi dengan lebih baik. satu kapsul tu 1g persamaan  2 biji panadol . haaaaaaa... eh tol ke aku sampaikan ni. sebabnya kalu awak tengok panadol tu 500mg jer tau..tapi vitamin ni.. 1g. dia punya fungsi lebih lagi dalam 1 kapsul tu.  ;) tapi ini kapsul Vitamin C okay! haaaaaaaaaaaaa.. apa lagi try lah wahai kaki selesema !! baik wak! percaya lah!

sekurangnya saya pun reti juga menjahit :P

Dulu masa sekolah menengah hebat jer ambil aliran ERT.
apa itu ERT- Ekonomi Rumah Tangga!

segala belajar punyalah....

memasak.. menjahit... giler skill jahit apron masa form 1 - 3 kalu tak silap.tu. kan? ingat tak korang?!! hehhe!

sesudahnya lepas sekolah jer.. jarum ntah kemana.. senduk kelangit.. :P

hamboiii cakap beta tak teror jer memasak.. belum lagi tunjuk skill. bab masak asal anak perempuan nya mesti pandai. lelaki skrg pun lagi hebat memasak..menjahit.. fuhh.. cuma haha saya memang malas takde kesempatan untuk ruangan dapur.lallala~

ALASAN? yerlaaa korang mana tau kan.. hhahah tapi takpa lah.. saya pun bukan wanita yang nak bagi suami makan pasir. malang sungguh mereka. mestilah saya pun nak masak memasak yang sedap² untuk suami nanti. cuma tak baik kata orang tak reti masak.. cuma MALAS! ;)

okay² lupakan hal tu.. mek kita masuk bab menjahit. bukan jahit baju.tapi jahit butang baju!


waaaaaaaaaaaaaaaaaa sadisnya saya mendengar .LOL!

kurang argjaq..gelakkan gwa ehhhh! even hanya jahit butang baju.. tapi ia hasil tangan tau.! :P ko? semua hantar kat penjahit mesin..kankan? hehhe takdelah kak kiah gurau jer la.. tak kan terasa kot! saya pun antar kat tukang jahit. hehe kakak yang jahitkan. saya ni banyak jer masa terluang tapi keadaan selalu jadi penghalang nak saya gunting dan jahit baju sendiri. dorang juga tak konfident nak bagi saya pakai mesin. huh.. mesin mahallll kot! :P
teliti.supaya cantik dan kemas you!!
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. hasil butang baju jahitan tangan dari saya!
eh,baru jahit butang dah berlagak.. kalu dah jahit baju nanti.. haaaaaaaaaaaa.... baru saya kongsi sama² kepakaran yang tak terhasil lagi tu.. :P hoho

Dah lama saya tak cerita pasal diri sendirikan.. asyik tempek kisah orang lain jer... :P
 btw,selamat berpuasa kawan²!

(abaikan tajukk.. cam teror  jahit butang baju je kot-over!

Manchester United juarai Piala Perisai Komuniti. Yahoooo!


                                            Manchester United 3-2 Manchester City Piala Perisai Komuniti

Manchester United mendiamkan 'jiran bising' mereka, Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

Ketika perlawanan seolah-olah bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Nani muncul hero United dengan ledakan jaringan kemenangan pada minit ke-94. Pemain sayap Portugal itu turut menyumbangkan gol kedua United. Nani menghukum kelalaian ketua pasukan City, Vincent Kompany di tengah padang sebelum membawa bola dengan pantas ke gawang lawan, memperdaya penjaga golnya, Joe Hart dan menolak masuk untuk memberi kemenangan kepada pasukannya, sekali gus melaungkan amaran awal kepada pencabarnya musim ini.

Meskipun menguasai permainan sejak sepak mula, United terlebih dahulu tersentak dengan jaringan pembukaan City menerusi tandukan cantik Joleon Lescott pada minit ke-38 selepas menerima umpanan David Silva hasil sepakan percuma dari luar kotak. Penyerang Bosnia, Edin Dzeko menggandakan kedudukan City sebelum rehat dengan rembatan rendah kencang menewaskan penjaga gol baru United, David De Gea buat kali kedua dalam tempoh tujuh minit.

Jika De Gea boleh dimaafkan untuk gol pertama kerana tidak mampu berbuat apa-apa, gol kedua sememangnya berpunca daripada respons lambatnya dan dia tidak sepatutnya ditewaskan dari jarak itu.

Sekiranya City menyangka mereka sudah selesa, mereka silap. Babak kedua jelas berat sebelah memihak kepada United. Kemasukan Tom Cleverly, Johnny Evans dan pemain pertahanan baru, Phil Jones menggantikan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Michael Carrick nyata mengubah rentak United.

Juara Liga Perdana itu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan apabila gol yang dicari-cari itu muncul pada minit ke-52 menerusi Chris Smalling yang menyudahkan hantaran cantik hasil sepakan percuma Ashley Young dengan sepakan voli dari jarak dekat. Selang lima minit kemudian, gol penyamaan muncul dengan rangkaian serangan United yang dikemudi Wayne Rooney memberikan pengajaran berguna kepada barisan pertahanan City.

Gandingan Rooney, Cleverly dan Nani bertukar empat hantaran pendek dalam kotak penalti yang dikawal ketat sebelum Nani menyudahkan dengan sepakan lambung menewaskan Hart di sebelah kanan gawang. Keputusan Ferguson meninggalkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan menggandingkan Danny Welbeck dengan Rooney di bahagian serangan membuahkan hasil apabila penyerang skuad Bawah 21 England itu mempamerkan aksi meyakinkan.

Welbeck juga membuktikan keputusan Fabio Capello memanggilnya ke skuad England semalam sebagai tepat. United telah membuktikan keunggulannya dalam perlawanan ini sementara City yang walaupun disokong dengan sumber kewangan tidak terhad, masih perlu bekerja keras sekiranya berhasrat merapatkan jurang dengan musuh sejirannya.

Statistik perlawanan menceritakan segala-galanya, United dengan 56 peratus penguasaan bola serta 21 cubaan berbanding City dengan hanya lapan.

sumber:utusan

JAKIM kesal e-mel tidak betul... yang jadi mangsa produk SimplySiti.


Kenyataan  dikeluarkan tempoh hari itu yang mengatakan produk simplysiti tidak halal itu  TIDAK BENAR! 

ikuti artikel ini.. ;) 


dan ini kenyataan Rasmi dari SimplySiti.


(klik gambarajah untuk baca lebih jelas)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx