30 Julai 2011

iglool snow ice.. memang terbaik!!

Mana nak cari Ice cream yang sedap kat kuching!!!??

meh saya kongsikan..tempat yang saya pernah singgah kedai ice cream paling best untuk lepak!!


bagi yang dok kuching.. sila ke kawasan KING CENTER... tak jauh dari Queen Tower..! 
dah nampak dari jalan besar pun.. senang sangat nak cari.. ;) (mesttiii korang tau kan kan ?!
tengokkk bulan ramadhan ade offer 3 for RM12 .. lagi punya ice cream dia banyak.. murah serta enak gitu!
Disebabkan kali pertama singgah situ. jakun tu adelah.. ehehe!! wahh wahh.. itu ini menarik kan.. tapi bestlah untuk masa cuaca² panas gini.. tapi kalu bulan puasa ade ke orang nak berbuka dengan ice cream ni.. untunglerrr non-muslim nanti..dapat harga murah!
memang santai lah.. dekat setiap meja ada majalah... memang terbaik untuk lepak huha -huha! :P
hamboiiii wajah jakun cik kiah!
saya pilih yang ni.. nama ice cream ni saya dah lupaaaa ;P (biasalah tu pelupa)
banyak jenis yang dicampurkan.. ade jugak yang dicampurkan dengan sayuran.. sedap.. eh nampak sedap..tapi tak cuba lagi.. satu cup besar ni ikut keenakkan rasanya kot... dan bahan² digunakan. yang saya makan ni.. baru je RM4.50... dah la banyak.. berbaloiii²!
nanti datanglah ke sini yerr.. kalu tetiba teringin ice cream! saya ni kalu tak teringin memang  kureng sikit nak makan ice cream nihh.... kecuali time tekak mencari² kemanisan &  ada stress gitu..baru nak pergi cari. elokla.. makan ice cream ni.. kasi minda sejuk sikit! eh eh ye ke! ;) 

okaylah.. jangan lupa tau bawa kawan² sekali.. memang puas hati!! nyuuuuummmmyyyy ah!

Hingga akhir waktu !


Sekarang saya follow sinetron baru. Selepas tamat "kawin masal".Semalam mula  sinetron baru Hingga Akhir Waktu..tak le baru dah lama tahun 2008 dah ada , tapi diulang lagi tahun ni. Masa tayangan jam 6.30petang di Astro Ria.Para pelakon dalam sinetron ni ialah Marshanda, Asmirandah dan Ayudia. Hero pulak Ali Syakieb, dan Billy Davidson.

sedih sangat kisahnya.. asyik jer lap airmata di awal episod!
kredit to nurispace.com

Kisah mengenai Anggerik/Kania ( lakonan Marshanda) yang hilang semasa berumur 2 tahun akibat kelalaian ayanhya Eric, Anggerik hilang semasa bermain di taman permainan. Ibu Anggerik, Laras sangat tertekan akibat kehilangan anaknya, suatu hari Eric dan Laras hampir melanggar seorang kanak kanak kecil, Laras yang masih teringat Anggerik mengganggap budak tu anaknya yang hilang.
Anggerik yang hilang telah dijaga oleh seorang lelaki bernama Aji yg baik hati. Aji telah menamakan Anggerik dgn nama KANIA. Rantai Anggerik telah hilang dirompak dan rantai tu telah dipakaikan kepada anak perompak tu bernama Nilla. Anggerik masih lagi menyimpan cincin , satu satunya harta peninggalan dari keluarganya. Jadi bermulalah cerita tentang 3 gadis yang berlainan kisahnya.

Setelah bertahun2, Kania dan Aji berpindah ke Jakarta, Kania masih menyimpan impian untuk bertemu ibu bapa kandungnya. Sementara tu Anggerik ( lakonan Asmirandah) yang tinggal dengan keluarga kaya, hidup mewah dan mempunyai kekasih yg jugak seorang artis terkenal.

Eric akhirnya telah terjumpa kalung milik Anggerik yang hilang yang dipakai oleh Nilla, Nilla pada mulanya tak mahu mengaku yang dia anak Eric tapi akhirnya dipaksa oleh ibunya yang jahat untuk menipu Erik mengenai identiti dirinya. Anggerik ( Asmirandah) kini terganggu dgn kehadiran Nilla yang selalu menyakitkan hatinya dan membawa masalah.

Kania pula secara tak sengaja telah bertemu Anggerik ( Asmirandah) dan mejadi kawan baik, tanpa Kania mengetahui yang Anngerik telah dipelihara oleh ibu bapa Kania dulu. Hubungan mereka sangat baik hingga ibu Anggerik, Laras sangat suka pada Kania. Laras ingin menjadikan Kania sebagai anak angkatnya namum hasrat dia tak tercapai kerana dia mengalami kemalangan hingga koma. Anggerik jugak mengalami masalah kerana dihalau dari keluarga dan hidup susah bersama Kania.
Dapatkah Anggerik /Kania berjumpa semula dengan keluarganya yg dulu terpisah?

Banyak konflik dalam cerita ni, agak pening sikit kisah cinta Kania dengan lelaki lelaki dalam sinetron ni, ada watak Galang , Guntur dan Aditya. Mana satu pilihan Kania. Jangan lupa saksikan nanti di Astro Ria.
Ending Hingga Akhir Waktu, akan diupdate kelak



-HINGGA AKHIR WAKTU-

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tepiskan sepiku bersamamu

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau disini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...

(lagu ni senang diputarkan diruangan belog saya kini)semoga terhibur!


NOTE: lagu tu saya tuju buat my MM!! ;)

TAHNIAH ADIKKU !!! tamat sudah sesi Latihan Angkatan Tentera Malaysia diPORT DICKSON!!!

PORT DICKSON, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 984 orang konstabel polis yang menjalani latihan asas bersama tentera selama enam bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini akan mengadakan perbarisan tamat latihan pada Sabtu ini bersama 2,107 perajurit muda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mencetuskan idea latihan bersama polis dan tentera itu, dijangka menyaksikan perbarisan tamat latihan perdana Angkatan Tentera Malaysia-Polis Diraja Malaysia siri 1/2011 itu.

Program latihan bersama antara ATM dan PDRM di satu tempat adalah yang julung kali diadakan dan dijangka dapat menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM639 juta untuk tempoh lima tahun.

Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata dua pusat latihan tentera yang digunakan untuk melatih konstabel polis ialah Pusasda dan Pularek di Johor.

Perbarisan tamat latihan konstabel polis di Pularek telah diadakan bulan lepas.

Zulkifli, yang bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar Selasa menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan itu, berkata program latihan bersama itu mungkin diteruskan untuk tiga tahun lagi mengikut kesesuaian.

"Pada saya kerjasama ini amat baik untuk negara," katanya.

Zulkifli berkata selain RTM, 
tiga stesen televisyen antarabangsa akan turut membuat liputan perbarisan itu nanti.

-- BERNAMA

...................................................................................................................


Makanya.. SEKALUNG TAHNIAH buat Adik saya KHAIRUL BUJANG ... telah juga tamat untuk sesi latihan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA pada hari ni... !!!!!!!! 

 tabikkk!!!
we proud of you!!!

;) (ketika rehat dihostel) 


TAhniahhhhhhhhhhhhhhhh skuad !!! -rindunye ngan dia ni.. ;'(

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx