11 September 2011

Bohsia jadi Hantu!!


Sabtu 16th september

: saya tak kerja. dibagi cuti awal sempena birthday TYT sarawak. Kalu diikutkan cuti itu diganti ke 24th septemper nanti. Tapi malangnya masa tu maybe site kami kerja. adoiyaii.. takpelah...  janji semalam saya tengok movie. 

fuhyoiiii... giler berkurun tak tengok movie tok.. hi hi!
Tak tau mana satu cerita nak tengok.. akhirnya,pilih saya citer komedi. ;)

copy!

enjoy juga lah tengok citer ni... nak crita lebih tak best puloq kan.. ape kata korang gi tengok sendiri. ;)

boboiiiii -ustaz-buchuk- lawak giler der! ape celuppppp kalu tengok trailer jer.. gi tengok wayang ler!




Sinopsis ini aku pinjam dari decrewz.com
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Sila menonton arahan Ahmad Idham ini .........

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx