28 Ogos 2011

kalu tak mampu ,usah menambah beban untuk beraya!

ahad- hari ni saya last keje.. pastu esok til isnin depan saya bercuti raya! giler best seminggu bercuti.

Untuk korang yang balik beraya di kampung tu.. hati²lah ye memandu. kalu letih.. rehat dulu kat mana² untuk lelapkan mata ke kalu mengantuk. jangan cuba nak melawan rasa tu. Bahaya.. dah nama mengantuk ni..even sesaat terlelap comfirm bukan sedar apa² pun. takutlah kalu mengundang yang tidak baik. okay.. pada yang memandu tu.. janganlah lelaju sangat. fikirlah orang yang tersayang yer.

hhihi semalam saya pun sempat untuk belikan bunga. haha orang nak raya baru sibuk nak cari segala²nya. tak paham kekadang ni. tapi takpelah... hari raya nak undang sanak saudara kan. hihi jangan lelebih sangat tak baik jugak. kalu yang mampu nak beli yang baru² tu takpe lah.. itu hak dorang. yang kurang mampu tak payah nak membebankan keadaan. raya tak lame pun.. janji disambut dengan hati yang penuh bahagia.. itu dah cukup indah. bahagia kah saya? bahagia lah.. menyambut hari raya di sisi keluarga tercinta saya. walaupun dihati saya terisi kesunyian. haha! perlu ke nak cakap. shedaaaaaaaaaaaaaaappp lah mulut! :p
okay pencinta blog saya sekalian.. jauh dibenak hati saya..dalam semua hal saya telah  memaafkan
kamu. semoga dihari mulia ini.. hati korang juga terbuka untuk memaafkan kesalahan yang mengade².. mencari salah.. bemasalah.. sila maafkan saya dari awal perkenalan kita.

selamat hari raya.. lots of love,kiki!

song: the scientist -coldplay

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx