8 Disember 2012

Mengubah kehidupan lebih baik


Hey kawan-kawan. Sebenarnya aku ade satu cerita nak dishare kat korang. 

Nak bagitau pun segan..tapi bila fikir balik apa nak disegankan. Kalu yang kita buat itu adalah benar.


Begini. Aku ni sekarang dah jadi pengganggur. hahah tak seronok pulak bunyinya. Okay aku tukar kepada mencari kerja baru. YERRRRR.. aku dah berhenti kerja kat tempat lama aku bekerja tu. Sekarang ni dah 8hari aku makan tido makan tido kat rumah. Buat takat kat rumah aku jer.. nun aku ke Samarahan jugeeeek, dirumah kakak aku. :P

Taklah semalas itu aku weyhhh.. aku cuba isi kerja itu ini juga. Tapi semalam aku disuruh pergi interview. Harapan aku dapatlah bekerja kat situ sementara tunggu offer yang lebih baik. kan. 

Kenapa dengan kerja lama aku? 
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. malasla nak story dah. yang lepas biarkan jadi pengalaman dan pengajaran gitu. yang penting aku berusaha untuk perbaiki kehidupan baru dan masa depan yang lebih stabil. :)



tapi aku tetap macam dulu.. tak gemok dan tak kurus. haha tak kurus ke?? hahahha...

okay bebeh..selamat berhujung minggu.
Akhirnya aku dpt jugak merasa  indah hujung minggu bersama family ni.



p/s: doakan aku untuk dapat kerja ya.

hugs & love,kiki.

Amin Ya Rabbal A’lamin..

5 Disember 2012

FB lame aku dah takde okay!

Setelah sebulan menyepi... aku kembali. heheh :)

HAAAA.. banyak hal yang tak bisa diceritakan. tapii.. kali ni nak ceritakan pasal FB. FB aku yang lama aku dah deletekan.. semak sangat.hehe takde masalah apa pun cuma adalah lebih baik nak kemaskinikan dengan buat acct baru lagi senang.

klik jer bawah ni k:






p/s : salam kenal :P






Amin Ya Rabbal A’lamin..

31 Oktober 2012

Menemani

Semalam aku sibuk pergi Stadium Perpaduan, Kuching. Temankan kakak aku yang hantar anak dia sukan. 

KARNIVAL 3P ! antara sekolah gitu.


Seawal jam 6 aku dah bangun. Kalu dah set waktu or plan.. confirm terjaga lebih awal :)


 heyyyy budakkkkkk!!! 
suasana didalam stadium ini..


 gelagat kami..  tu la cecep. hehe wakil dari sekolah rendah MUARA TEBAS.

Aku bagi sokongan dari tempat duduk jer.DOrang ni wakil dari rumah hijau. terus teringattt zaman sekolah dulu, Masa sekolah rendah.. tiap tahun aku rumah KUNING! tapi tak ingat dah.. num berapa. haha!

 Tapi around 11am gitu aku keluar kejap jumpa RIZA. nak temankan dia ke Kota Samarahan. Kesian.. barnag yang penting pulak terlupa dalam kereta husband dia. haha jangan salahkan saya. huuh :)

Lepas balik tu.. dapat Bengkel kereta pulak. hadoiiiiiii.............. meraung dalam jiwa ni ha! (tak nak cerita.. otak lagi serabut sangat...semua mau fulus. mampusssss. dah abaikan. errr~

Terus, aku naik kereta abang untuk hantar pulak ke Gersik. pasal ke Kota samarahan naik kereta Riza. then riza turunkan kat area yang dekat ngan bengkel. abang iapr aku jemput kat situ. aaaaa... paham. aku rasa cerita aku ni memang berbelit². haha otak pun dah terbelit ni.. takpe janji paham sikit pun okay dah. :)




 okay.  fizikal mental gwe capek.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

22 Oktober 2012

sambut hari jadi bersama

 Semalam birthday my kakak yang ke 34tahun :) 

Tarikh kami beza 2hari jer... aku 19th oct dia 21 thn. Kitorang just makan² kek jer. HAHAHA.. aku tu yang menumpang. Sebenarnya dorang baru jer balik dari keluar jenjalan kat town. Sampai rumah jer.. terus sambut dan makan. Sunyi jer rasanya... mak bapak takde kat rumah. ! ;( kalu tak mesti suara bapak aku kedengaran.. hehee.. sibuk nak panggil anak buah aku yang lain makan. 

 Akak aku umur dah 34th.. anak dah 3orang. BESTnya.. AKU?  14 orang anak buah. okeylah tu. OKBAI!

 heeeee~yeayyy!! esok mak bapak dah balik dari BRUNEI :)) 




Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Oktober 2012

Violet namanya !

kekasih baru.. aka kasut baru! :P

Ini hadiah untuk diri sendiri.sempena HARI JADI :) 
Tetiba rasa cam kaler violet itu menjadi perhatian hati.

Mulanya cam nak simpan saja dulu. tai barang baru memang tak leh nak simpan lelama sangat. bergelora jiwa, asyik jer try².. tengok cermin. Apa salahnya kalu nak pakai. dah memang dibeli untuk dipakai. 

Sekarang ni trend colourfull. asal tak matikan fashion anda sudah. ;)

 Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya suka! ade ribbon lagi ;)

Dulu aku memang tak reti nak pakai kasut yang tapak kaki mendatar ke tapak ni. Ia selalu mengundang sakit tapak kaki dan ke betis. I dont know why oh why? -mungkin sebab tak biasa. Tapi kalu aku beli pun.. harus yang ada tumit sikit tu.  baru rasa selesa sikit. Takdelah menyakitkan kaki :)

wink!
 Selamat hari Ahad korang. Beristirehatlah dengan sebaiknya. Bekerjalah dengan apa adanya. okay.okay! 



Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 Oktober 2012

Nasi Briyani Ayam madu memanggil untuk dimadukan. ehhh salahhhhh!! :P


 Tadi aku Lunch bersama Dayang Reen :)

Dah lama tak jumpa dia. 1st time jumpa pun kat TOK JANGGUT. kali ni pun kat situ jugak. RIndu nak makan nasi briyani ayam madu! :) bukan dimadukan daaaaa... tapi ayam madu dia sangat terbaek ;)

 Kalu korang yang datang kuching tu.. try lah :) Penggemar Briyani bolehlah datang ke mari.

Banyak ceritalah korang, masing² dengan cerita masing². hee Cute kan muka reen ni. putih gebu :)
 Dapat jer tempat duduk. terus nak bergambar. wakakaka perempuan² lah sangat!
OH ya.. kebetulan pulak REEN kerja sabtu ni.. tapi dia bekerja halfday jer. Tak macam aku... hingga ke petang. hihihi Kalu dah lame tak jumpa, pasti rasa seronok lepak begini kan. Kalu boleh nak jer tak payah masuk kerja. Bestkan dapat jenjalan hujung minggu. Sian reen, sebab tak leh nak cucuk aku ponteng keje. Tapi kalu kat tempat kerja aku ni halfday pun memang takde hal punya. bukan banyak kerja pun. Buang fasa electrik jer. hahaha! yerla.. tak payah buka ujung minggu pun lagi bagus. Jimat bill electric. betul. tapi nak buat camne.. kalu dah kerja. kenalah ikut arahan BOSS.

 Lepas makan² kitorang balik jer la. tapi aku kene masuk ofis. Cuma aku masuk lewat tadik. sorry boss! :P Nak nak pulak, Bos aku keluar ofis.. aku masuk. haaaah! watudu lah kan.. atleast gua datang balik kerja. 

note: makseh darling teman mek lunch! :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Rasa sunyi bila Parents takde kat rumah


 Biasanya kalu pepagi nak turun kerja, kalu mak tak nampak dimata..
 sure aku akan tanya.mana mak?? pasti aku akan tanya. heee!

Tapi beberapa hari ni terasa sangat mak bapak takde kat rumah. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis persandingan kazen aku. aku takdapat nak ikut sama. Sebabnya cuti aku tak banyak lagi. Kene simpan untuk pergi bercuti :) heeeee

 Oh balik cerita pasal emak bapak ni. :)


Biasanya balik kerja.. aku memang ready jer nak makan. sebabnya kalu tak mak..kakak aku sudah masak. Kalu aku skip makan tengahari, petang tu balik rumah comfirm terus makan nasi. Terasalah.. masakan emak takde ni. Rumah pun cam sunyi. 

Sebenarnya ini 1st time ditinggalkan. Biasanya.. aku akan meninggalkan dorang. yerla nak turun KL la.. kan! :) Jadi begitulah rasa orang tua kita, kalu kita takde kat rumah. Atau pun... kalu dorang nak pergi pun, aku ade turut serta. pergi beramai² gitu.


18th-23th oct.. kat Brunei. 

Sampai aku termimpi².. Mak masuk bilik kejutkan aku pagi tadi. haaaa... 
rindu lah tu agaknya kan. hehe! mimpi dipagi hari.camne tu... ;)

dah dah.. next month trips ke klate! yeayyy.. tak sabar.. kali ni dengan mak bapak sekali. :)
 tak payah nak rindu² n rasa sunyi :)




Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 Oktober 2012

Jumpa FIZO OMAR

 Kebetulan sebelum rehat terima sms dari kazen nak ajak lunch. Jadi saya ni takde masalah. Lagi pula takde janji nak makan tengahari ngan sesiapa. So, nak dijadikan tempat perjumpaan yang dekat bagi 2 pihak. kitorang ketemu kat GIANTS Tabuan. :) sebabnya kazen aku dari Kota Samarahan.


Tak kisah lah nak makan ape, janji makan yang cepat dan pantas untuk dimakan.  SUGARBUN jadi pilihan.

ini kazen aku. sen.. tapi kitorang ade nama panggilan utuk kitorang "wen" haha!
Dah lamak juga rasanya aku tak lepak makan kat sugarbun ni. Asyik tapau jer nasi ayam tak pun KFC. heee~ Kalu ade teman makan baru jer aku pilih kat kedai makan biasa tu. sedap makan kalu berteman. :)

Thanks cuzzie, blanja makan as celebrate birthday gurl yang gurl sangat ni! haha~

Lepas makan² kitorang jalan² la dulu kat dalam mall ni.  tetiba dari kelihatan seperti fizo omar! alahhaiii.. ape lagiiii saya terus mbik gmbar bersama. kahkahkah!!

 Hagak² ler kalu menipu nyer kan. hahha ehhh betullah tu fizo omar. tapi bukan real. heee. gambar semata². Dari jauh senyummm melihat ku. sungguh. manis! awwww awww!apa apa pun kene bagi mukaaaaa show off sikit! hahahhaa ~ mesti rasa nak pang pang jer kan! :P :P
Terus teringat masa lepak kat waterfront dan jom heboh ngan dia masa 2009. Sekarang gila pulak dengan watak AMER dia dalam JULIA kat tv3! hee~


 okay.. masa untuk balik ofis. kang sesak pulak jalan pulang. mana tidaknya friday friday maaa...!! berduyun² kereta nak masuk pekarangan tempat kerja kan. :)


 p/s : HAHA maafkan saya, tittle saje nak kasiiii tiptop punya!mesti rasa nak tutup terus jer website i kan.. janganlah janganlahhh..! kan dah kene oleh birthday girl.. heee jangan mare heee~ :P papaiiiii



Amin Ya Rabbal A’lamin..

TODAY, i'm 30 years old !!

 Bissmillahirrahmannirahim... 

Alhamdulillah.. Terima kasih YA ALLAH, kerna nafas-MU aku masih disini. di Usia yang hari ni ke 30tahun, aku masih menikmati rasa kehidupan. Terima Kasih ya KASIH.. kerna masih memberi aku kekuatan dalam setiap UJIAN dan DUGAAN-MU. 

InsyaALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan dan masalah yang ada. 
TERIMA KASIH KEKASIH SEJATI.:)

******************************************



WEHHHH.. wehhhiiiiiiii.. 

Aku tak tau nak cakap ape. Rasa ini lah yang harus diterima oleh hakikat nya yang aku sudah 30 tahun! Apalah ertinya usia. hanya angka. yang membezakan Daya pemikiran dan Hati serta bagaimana hendak menjadi lebih matang kan :)

 Aku tak leh nak sampok dah kat FB time ni. Dah macam pesta WALL kawan yang tak kenal.. kawan rapat.. kawan² yang dikenali. kawan blogger. kawan-kawan gitu yang bagi wish. thank you semua yang merelakan diri menaip diruang Facebook. bahkan juga ditwitter. mekacehhhh semua! *syukur*

ini sebahagian yang bagi ucapan. tak dapat nak ambik semua.. banyak sangat dah. BTW, terima kasih family, kawan² setia.. kawan alam maya. Terharu hakak :)


Tapi kali ni berbeza, mak bapak takde kat rumah masa birthday aku. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis perkahwinan my kazen. *rindu plak kat masakan emak. haha! ambooiii... 

okaylah kengkawanku. Tak kisah hari jadi ini disambut ke tidak.. semoga doa² korang dipermudahkan untuk aku. :) Biar kesedihan atau kegembiraan hanya ALLAH yang lebih mengetahui.


LOVEEEEE always kat korang! *muahhhh*



Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 Oktober 2012

petang nan hujan...

 yesterday..14.10.2012

 Jam empat adalah waktu balik kerja. Biasanya aku akan balik terus ke rumah kalu takde janji ngan sapa² untuk minum petang. Sejak 2minggu ni.. hujan sering tiba waktu petang. kan? jadi, semalam aku terkandas lagi.. tapi aku malas nak lepak kat ofis. 

Makanya, aku pergi lepak sendirian bakery yang ada kat ground floor ni.
 @keklapissari ! nama tempatnya.
 Apa lagi layan hotmilo lah.. :) maklumlah hujan.. memang perut nak lapar jer musim ni. Boleh tahan aku duduk situ. melayan diri yang dah bosan. Hampir sejam jugaklah, bertenggek sendirian. senyum sorang². HEY itu tidak.. senyum ambik gambar jer. kangg GILA pulak dikatanya orang. heee!

bila  dah reda sikit hujan.. aku pun blah lah. Nak lepak lelama seorang diri ni tak kuasa i! haha... ini pun terpaksa kerna terkandas hujan yang lebat turun membasahi bumi. Tak elok nak basah kerna air hujan skarang ni.. nanti demam. haa.. ingat tu. jaga kesihatan :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

14 Oktober 2012

Siapa malas cuci muka.. ulat muka suruh kau baca ni!

 Awal pagi ahad aku dah mengadap PC. Apalagi online lah. Sekali buka Facebook.. terlihat satu artikal menarik untuk dibaca dan peringatan untuk diri jugak. haaa tengok bawah ni.. errrr.. mesti gelikan.


 Tapi korang mesti kuatkan semangat untuk video tengok okay. supaya ada kesedaran diri. adoiyai.

Terus aku teringat kan aku sendiri. Terkadang tu.. Kalu dah letih. sangat malas nak bangun dah. terus kedebommm tido dengan muka tak cuci. awwww.. tapi aku akan buang make up remover tu. serius seh. sangat terbaek punya video ini.. sumpah, kalu malas nak cuci muka nanti, pasti terus teringat akan ulat² ini. eeurrrr~~ !ingatttt ingattt tu kiki ! -.-



haaa.. apa macam??? pastiiiii rasa meloyakan. kita ni lihat dengan mata kasar jer bila picit² jerawat kat muka. yang keluar pun macam nanah gitu. Tapi sebenarnya itu adalah ulat. AMAGADDDD.. lelama kat dalam tanpa dibuang menjadi keras. hurmmmmm! seram sejuk tengok bendalah dengan dekat.

hehhe okay lah. harapnya korang enjoy dan sentiasa beringat. bawak² lah rajin  cuci muka. 


p/s: kene rajin cuci muka okay kiki! -baeklah.. tatuttttt




12 Oktober 2012

Gunakan VEET untuk tampil yakin luar biasa !

Bila berdepan dengan wanita² yang tinggi, terus hilang jauh perbezaan diri bila nak berjalan dengan dorang. Bukan apa, mereka yang tinggi ni mempunyai kaki yang panjang. halus.. cantik. sungguh rasa diri tak layak nak berkawan. Ini kerna, tahap keyakinan dalam diri menjadi fasa zero. 


Tambahan pula, dengan Dress pendek atau seluar yang menampakkan bahagia kaki dorang memang sungguh memberi keyakinan luar biasa ketika bersua sesiapa sahaja. Tak perlu nak menutup kaki. yela.. kekadang kita ni lupa nak shave bulu roma pada kaki. heee~ terkadang pula ade yang tertinggal. pisau cukur pula macam tak cukur rata. 

Siapa wanita yang tidak cemburu.. bila melihat rakan-rakan yang sentiasa yakin dengan diri ketika memakai apa saja yang digunakan. tanpa risau akan bulu roma akan.Lihat saja di kaca televisyen, artis- artis sentiasa tampil lebih confident bila berjalan red carpet. PHEW! sungguh tenang dan bergaya.kan! so.. apa lagi.. mari! mari saya syorkan apa yang saya cuba!

  “how Veet gives you soft and smooth skin 
that brings out the confidence in you”.

ha... bagaimana Veet boleh melicinkan dan melembutkan kulit dan memberi anda keyakinan yang luar biasa! -gitulah! ;)




Begitulah... aku selalu mencari pencarian yang boleh memberi keyakinan bila berpakaian pendek mahupun apa saja. Asalkan sentiasa yakin. Sampailah Aku mencuba VEET. produk NO.1 yang mampu menanggalkan bulu roma. Kesan memakainya seperti keyakinan sama dengan kulit dilahirkan semula!

Sebagai jenama peluruh bulu roma wanita, Veet sentiasa menyediakan cara yang berkesan dan menyenangkan untuk wanita di seluruh dunia memastikan kulit mereka sentiasa licin dan terasa cantik menawan. Krim peluruh bulu roma yang diperbaiki ini menjadikan kulit licin, lembap dan terasa lembut apabila disentuh.
 
Sampai saat ini  kulit saya aman. tidak ada merah2nya, tidak ada alergik apa pun. Tapi ada baiknya kita mencoba dulu apa kulit kita aman atau tidak makai pencukur biasa yang boleh memudaratkan kulit.


Dan akhirnya, saya juga tampil dengan berkeyakinan.


saya lebih berkeyakinan dari biasa.


 SAMA ada anda bersantai ditepi kolam, atau berjalan ditepi pantai, serta bebas menari dengan riang, tiada yang dapat memberikan penampilan paling sempurna selain daripada sepasang kaki tanpa bulu roma. cubalah. :)


lihat video ini  agar anda lebih yakin dengan pilihan yang tepat :






 Bagi pendapat saya, Veet ini sangat sesuai dengan kulit kita. Mungkin karena itu tadi, cepat dan hasilnya sangat memuaskan hati. Dah boleh senyum kehadapan. :) tak perlu tunduk malu² melihat kaki.  

Dapatkan sekarang dipasaran. :) #sambil menari sha-la-lal-la.. sha-la-la in the morning!

11 Oktober 2012

Nasi ayam terpilih

 Aku bukannya pengemar nasi ayam. nak lagi yang ayamnya "steam" memang tak kuasa tekak aku nak makan SANGAT. Tapi, nasi ayam yang dijual belakang RHB berdepan ngan The Spring, memang dah jadi pilihan dikala tengahari kalu aku tak makan menu lain. hurmm..

  Sangat berbaloi.. :) sampai ketulang² ayam pun garing. sambal belacan dan sambal cuka dia terbaek. serta sup yang Ohsem. Cuma RM4. murah. lebih save  budget :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Begini caranya

Ni entry khas buat Syazwan Che Deraman. wahh full name yah. hehe~
So, wan...

tau cara nak pergi kat setting tu kan.. so.. kiki bagi penerangan sedikit aja :)


okay. kalu yang latar belakang blog wan kaler kelabu tu (cth: oren)
wan.. tukar ke warna putih.. yang warna pilihan tu dan warna jidar TERENPERENT okay!ahahha



 SO.. blog wan takde kelabu² dah.. pasti putih suciiii sesuci awannnn dilangit. amboi..!! kalu tak paham... nanti godek² sendiri dengan arif yer. pasti boleh! :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

10 Oktober 2012

Lama dibarukan

Sekarang dah macam² fesyen baju kan. ade yang kain licin sesuai digunakan dengan kain. tapi ade juga yang digunakan untuk santai dengan kain kapas. tapi design dia lebih kurang jer. yang getah ditengah..ada juga yang letak manik². guna boleh dikenakan dengan ribben :) dan bawahnya ada gelombang²  gitu :)
Cantikkan. fesyen gini memang classic punya. tapi dimodenkan :)


HAAA.. macam yang aku pakai ni. Ini memang classic punya.
Entah beberapa tahun punya lah. Bila mak belek² baju² lame. saya terjumpa lah yang ala² itu. hehe aku gunakan semula.. tapi aku kenekan dengan jeans.CANTEK daaa! :) suka!!suka!

okay, dah siap.. yukk kerja! hah selamat hari RABU :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

9 Oktober 2012

Hari Terkejut

Pepagi jer aku tengok entry aku hanya ada tajuk! (HARI TERKEJUT) tapi takde isi kandungan.

Apalah sangat yang dikejutkan tu kan.. hehhe!! meh aku story pasal malam tadi.


Macam biasalah bila masuk waktu maghrib.. aku solat. Kekadang tu maghrib tunggu aku. Tapi aku tak heranlah sharel (anak buah) aku ni.. nak solat. Sebabnya..kalu kita rasa heran pun buat² tak lah kan. Dorang nak kerjakan benda baik. kenapa nak banyak tanya. Just bagi jerla dia solat kat dalam bilik aku.

Tapi yang mengejutkan nya.. yang kecik² berduyun nak follow. Dats good! :) kejutan yang bagus amat.
Biasalah bebudak kalu nak solat² busy semacam. nak songkok dia.. sejadah dia. heee..

Tapi syukur jugak lah kan. Bila lagi nak didik dorang. lagi punya, yang itu rasa datang dari dorang sendiri.



Sebab aku ni.. kecik² pun sama. poyo nak solat. tapi bacaan cukup dengan al fatihah :)
lepas tu masuk sekolah menengah baru lah Pra matang sikit dengan bab solat. Maunya tidak.. sesi KAFA.. kelas fardu ain .kelas tambahan agama islan..tu semua memang membantu. Dah tu pulak.. ustazah nak uji sorang² baca bacaan dalam solat.

Lepas jer sekolah. #mengucap! telekung pun ntah kemana. setahun sekali jer kot. #mengucap lagi!


Masa nak kerja kan balik tu.. seriously. ada yang terlupa. ada ayat tertinggal. rasa kekok bagai nak ngadap sejadah. #mengucap!  Tapi kene refresh balik.. barulahhh boleh baca dengan betul. hee.. lucu jugak. tapi Allah tau niat kita baik.Dia mudahkan untuk kita ingat balik. :) " alah bisa tegal biasa" begitulah.. tapi kalu bab ini.. memang berdosa kalu kita tinggal. ermmm #takut.


Padahal.. orang yang lebih alim itu lagi takut..
apa lagi manusia yang sering alpa macam aku ni. ( tundukkkk mengenang diri)


Tapiiiii.. kita ni tak selamanya begitu. Bila dah semakin meningkat usia ni. Terasa disitulah kekurangan diri dari orang² yang sentiasa mengerjakannya. ALhamdulillah.. sedikit demi sedikit.. saya juga berubah ke arah yang lebih baik.Disitu kita peroleh ketenangan.ceh ustazah. dah dah. insyaallah.. kita semua pun sama k.

Makanya,

tidak perlu rasa serong jika sesorang mula berubah ke arah kebaikan. Janganlah kita anggap.."heklehh.. baru jer naksedar itu ini.. orang dah lame buat" tak elokkan... doakanlah mereka terus menjadi lebih solehah gitu. awwww :)

hehhe.. okaylah. yang itu jer nak di syerkan.Doa²kanlah yang baik. Akhirnya, abang ipar akulah yang jadi imam budak² tu :) haaaa...


 Amin Ya Rabbal A’lamin..

8 Oktober 2012

pesanan tak sampai.. Spoil !


 Petang semalam lepas balik kerja.. sambil drive sambil online.. ( jgn dibuat selalu) aku ternampak lah lokasi Zainor kat Spring. Ape lagi terus aku roger nak jumpa. hehhe :) kebetulan dia kat secret recipe. 

Aku dah terbayang nak minum kat situ :)

Sesampai ( wahh ayattt.. boleh ke guna sesampai ni..* garuuuu pipi*) jer kat Sana.. terus order air coklat.


 Zainor ditemani oleh kakak angkatnya. Maka dengan itu.. kita hanya ketemu kat situ.. bukan untuk jalan². Yerr.. dah lama kitorang tak jumpa. Dia ni simple. nak ajak pergi memana pun takde hal. terutamanya Karaoke. heeee... sebabnya aku tak banyak kawan yang boleh diajak berhiburan melayan jiwa. :P
 Lepak punya lepak.. dah hampir setengah jam dah.. tapi pesanan kitorang yang terakhir tu tak sampai² lagi. jemu dah menunggu.. kitorang balik dan cancel yang dipesan tadi. alooolooo terus tak sempat minum HAKU ! ape punya lembap daaaaaa. orang yang datang lewat dorang bagi dulu. tak adil kan. rasa cam komplen jer. ko keje ko buatlah elok². kitorang bukan tak tanya. tanya 2 kali. tapi lepas tu.. tak juga sampai. spoil!!



 hee.. lepas jumpa² aku balik jer rumah. sampai rumah aku bedal terus makanan yang ada.




Amin Ya Rabbal A’lamin..

7 Oktober 2012

Dapatkan ZINGER DOUBLE DOWN dengan ayam twins! ;p

 Iklan kat Tv memang kekadang buat kita terpengaruh. kan kan kan ?! 

Begitulah aku..


Apalagi bila ia berkaitan dengan makanan. memang rasa nakkk juga rasa makan. 
Kali ni iklan terbaru KFC ialah ZDD ! amboi nak perkataan pendek. okay okay..
 ZINGER DOUBLE DOWN! ZINGER DOUBLE DOWN !

apa yang down tu?? heee mungkin kali ni ayam dtg dgn bogel.. hehehe :) tanpa baju sejuk. 


heee.. janganlah salah paham. kali ni daging tu tanpa dibalut dengan roti.. heee..sexy kan!
 naaa.. yuk aku tampilkan aku dan ZDD tu. :)



 ayam ,sekeping keju, ditambah dengan sos keju dan mayonnaise,dan ayam lagi !PHEW!! PHEW!!

 Bagi saya memang boleh membuat igauan bila dia dah takde nanti. Maklum jerlah kfc ni kalu ade benda yang bermusim ni. Bila sedap memang susah nak dapatkan lagi. Yang penting.. ia boleh buat anda puas hati.. tapi bagi mereka yang merasa kesedapan pada ZDD SAHAJA! sebab kalu pengemar Ayam macam saya... mustahil sungguh akan kata tak sedap! hahahahahah~



 oh yeahh... ini 1st time. mungkin ada 2nd and seterus time akan ku kunjung KFC lagi. maunya tidak.. yang dimanakan sedap.. tekak pasti mencarik² * urut anak tekak* =P


HANYA RM10.50  untuk set kombo campur sekali air bergas. slurppp slurpp! kalu ayam nye sajer baru RM8.40. pasti terpukau dengan kegaringan ayam dan lemak manis miyonis tu. HEII HEII HEII...pengemar ayam, cepatan dapatkan sekarang sebelum ia akan berlalu pergiiiiii. na na na ;) saya dah!




Amin Ya Rabbal A’lamin..

OH! Sunday...

 Assalammulaikum.. :)

Selamat hari ahad buat semua. Pasti hari ni banyak yang keluar jenjalan kan. Wahhh Bestnyer korang. Aku pun keluar juga.. tapi masuk ofis. ( apa class) heeee.. takpe lah. lagi pun cuti pun aku bukan ade plan sangat masa cuti ni. kekadang mesti rasa kalu ade boyfriend atau suami.. indah kan.. mesti nak kuar beriadah. 

Tak mengapa. Nanti merasa masa² itu. kahkahkah... 

OH ya... Bila dah boring sangat kat ofis, baru aku rajin nak jelajah blog. Banyak dah blog aku tak follow. selalu jer terlepas kisah² korang. heheh (nak jugak ikut perkembangan tu.) yerlah... kang dah dah kata jadi follower tapi tak following pun kan.. hehe.. aku kalu free and rajin akan ku terjah kisah yang menarik tu. :)


OH SUNDAY !
Cuma yang aku perasan, aku dah kembali rajin mengupdate blog ni. walaupun dengan cerita ape tah kan. Korang janganlah rasa cam "ehh takde kisah pun nak update" itu namanya, panaskan enjin nak beria² sakan update blog. haha! boleh ploq gitu. 

Sebenarnya aku bukan takde cerita. tapi kekadang tu malas sangat. taip 2 3 perenggan. pastu BACKSPACE sampai habish. so camne nak publish entry kan. haaa.. idea tu dtg setengah jer.korang pun mesti ade gak lalui keadaan camni. heee kalu tak backspace.. save kan sajer. pastu melambak kat draft. WTH!






okay okay aku sampai disini dulu. hahahha! aku pun tak tau nak carut cerita apa lagi. hehe!!
 naaa... aku sajikan nora danish dengan senyuman manis ni kat korang :) have a nice sunday!
 BEAUTIFUL awwwww! hakak sukaaaaa





Amin Ya Rabbal A’lamin..

6 Oktober 2012

Berjumpa di SINGAPORE CHICKEN RICE

Sejak Kebelakangan ni.. aku jarang dah lepak minum petang pas balik kerja. Biasa nya akan balik terus ke rumah.  Yela.. memang sibuk time keje. Masa aku balik pulak tak cun cam masa dorang. Aku pukul 4petang dah Blahhhh dah dari ofis. Duduk lelama pun same jer. hahha!

Kebetulan lah semalam aku didatangi sms berbauuuuu ajak minum petang oleh Bella yang cantek itu . Actually, aku before ni aku ade jer merisik kabar nak ajak minum petang. selalu tak cun masa dia. So, bagi aku takde hal punya lah. kang bila dia free... mesti dia cari kalu takde teman makan. :) heeee.. ya, aku faham juga keadaan dia. dan aku mmg tak suka nak paksa. sebabnya kita sendiri pun punya masa sibuk dan free kan. haaa so tak jadi masalah. kalu 2 2 free.. kita jumpa 


MAKAnya.. petang semalam dia katanya lapar. dan suruh aku pilih tempat. so aku kata PIZZA HUT. heee katanya tak makan. Dia mesti nak makan nasik punya. i noe bella. so.. kitorang jumpa di SCR Xpress at Satok.


seriously... last jumpa dia pun... masa kat ayam penyet kot. lame jugak dah tu. sebelum puasa. :) Rindu nak borak ngan bella. dengan gelak dia. dengan suara garau dia yang tetiba keluar. heee.. dan pendengar yang sedia mendengar . thank you Bella.


blog >>> BELLA
Aku tak sempat nak snap makan kami.. tapi yang penting. Bella boleh terpesan 2 makan yang sama. kelakar. tapi dia bawak balik yang satu  lagi. takpe. boleh dibuat makan malam :)

 Dah jadi kemestian nak tangkap gambar bila jumpa. Puas hati dapat jumpa dah. even dapat jumpa 2 jam pun... itu memadai. Lepas borak² semua. kitorang balik lah. Kebetulan pulak aku jemput anak akak aku balik class. :)  naaa... bersurai. :)




 Amin Ya Rabbal A’lamin..

4 Oktober 2012

DIAM !



 silence is better than BULLSHIT








Amin Ya Rabbal A’lamin..

make me crazy you Gelang!

 Sejak kebelakangan ni aku suka google gelang² tangan dan rantai. Kalu jalan kat mall tu... aku nak jer singgah kat booth yang jual aksesori :) Rambang mata nak beli. Kat Padini pun cantek sangat. Kat booth² biasa pun banyak yang menarik. kat pondok  street pun.. lagiiii best! macam² rupa yang ada. make me crazyyyy nak pilih. HAHAH! 

Kalu yang manik² tu aku kurang sikit. tapi kalu orang bagi.. laju jer aku pakai. :) Tapi aku suka yang macam leader.. steel  dan yang buatan macam tali tu. gilaaa raged kalu pakai.

tapi aku sempat beliii  yang gini... heee.*SUKAAAAAAAAAAAAAAA*
tapi nak carik yang gini lagiii!! teringat zaman sekolah dulu² suka buat sendiri. tapi sekarang dah lupaaaaa camne nak buat. adoiiii.. lawaa ni kalu pakai.. banyak... n colourfull  :) saya NAK CARIKKKK!!




Amin Ya Rabbal A’lamin..

3 Oktober 2012

Kembalinya Atok mengadap ILAHI


 Alfatihah....

Ahad lepas aku dikejutkan berita yang menyedihkan. Bila Mak aku kejutkan aku mas atido cakap yang atok aku dah meninggal. Agak-agak dalam pukul 3 pagi begitu. pagi ahad ( 30 september 2012 persamaan 14 zulkaedah 1433H )



 Aku terus sms bos aku cakap aku tak gi kerja.. atok aku meninggal. so aku ambik cuti ahad dan isnin. tak elok rasanya kalu aku terus nak kerja dihari ke 2 tu. atok belah bapak. pertalian dekat sangat. Rumah Atok aku pun dekat area kampung jua. sekampung , so taklah jauh pun nak ke rumah. Tapi pepagi tu dah siap² ke rumah arwah. saudara mara dan jiran² datang menziarah jugak. 


Selamat dikebumikan pada pagi tu juga. aku sempatlah mencium pipi arwah buat kali terakhir. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. ;'(


Amin Ya Rabbal A’lamin..

Biru itu menawan

 Aku terkenankan pulak seluar color biru ni.. :) cantek!
 match pulak dengan baju kuning. colorfull jadinya..


ape lagi.. jom posinggg dengan gedik yang tak over :P


NOTE: seriuosly.. saya mmg tak de idea nak mengarang. ayat pun cam direct jer ngan gambar. puih. hahha  maappp.. maappp! jiwa kekosongan amat nerh.takpe. janji update sikit lah blog aku ni.:P :P



Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx