11 Februari 2012

Liverpool tumpas di Old Trafford !



Manchester United-2 Liverpool-1

2 gol dari Rooney :)




waseh, ok 3 mata untuk yang menang kali ni. . hehe okay2 aku tido dulu. Sekian laporan dari bilik gelap berlampukan neon malap. nite2.

note: chill..lah! :p



Amin Ya Rabbal A’lamin..

DANG SURIA CALAR IMEJ #OnAir ?

LALLALLAL~~ panas panas panas... Dang suria apa sudah jadi ni??? 


"
Ramai betul yang marah dengan juri jemputan Rancangan Realiti terbaru Astro iaitu Dang Suria. Rancangan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia pengacaraan. Apa yang menyebabkan ramai marah dengan Dang Suria ialah penghinaan yang dia tujukan kepada calon-calon peserta rancangan tersebut dari segi rupa paras. Ada yang dia kata tak kacak, dan ada pula yang dikritik kerana seseorang itu berbadan gempal. 

Di TV ada saja pengacara-pengacara yang tidak ada rupa, tapi bakat pengacaraan yang baik seperti Faizal Ismail pengacara Muzik-muzik. Dia memang tak sehensem Hans Isaac mahupun Brad Pitt, tetapi keletahnya cukup menghiburkan penonton. Begitu juga dengan Adibah Noor atau pun Dina yang berbadan besar, mampu sahaja memukau audien dengan bakat mereka.
Dang Suria seharusnya lebih reserve dengan kata-kata nya kerana penonton sudah mula suka dengan rancangan On Air kerana ia lain dari yang lain. Dan sebelum ini juga Aznil sudah pun mencuba sebaik mungkin menarik minat penonton dengan usahanya yang bersungguh-sungguh semasa audition dijalankan. Hentikan cubaan membuat kontroversi untuk menaikkan rating kerana ia boleh memakan diri sendiri."



Aku pun sokong kenyataan ikrarmedia diatas. Sebabnya aku sempat tengok semalam ulangan kat *audition* kat #JOHOR! Memang mimik muka dan tutur kata dia sangat jelas menunjukkan dia tak suka peserta tu.

Paling tak boleh tahan dia siap Cakap terang² cakap "orang tu tak Hensem" -aku rasa dia ni cantek sangatlah masuk kat TV? hahha... tolonglah... Kalu tak suka pun, janganlah cakap begitu.... bukan dia nak masuk ujibakat JEJAKA BERWAJAH TAMPAN! terus judge orang begitu... padahal dorang datang nak tunjuk bakat sebagai pengacara jer kot. Memanglah nak pergi begitu kene banyak sedarkan diri kita layak ke tidak layak... kalu tak layak.. buang masa orang lain jer nak ujibakat. Tapi apa salah itukan peluang mereka nak mencuba!


Geram siot. aku tengok depan TV pun macam Menyampah tengok Dang tu. OPppss sorry. betul kata sorang peserta yang baran tu." Dia pun kalu tak make up.. cantek ke?" kan?

-kalu dah rasa cantek... syukurilah ciptaan Allah..tak perlu nak mencucuk sana sini :) yer tak..  aku suka dang ni bila dia berwajah dulu kala :)

Aku pun berkeyakinan Aznil dan yang seorang lagi tu pun rasa tak layak dia nak komen macam tu. Bertapis lah.. boleh jer tegur macam pak nil. Berlembut. sekurangnya peserta yang datang keluar dengan sedikit harapan gembira  walaupun tak layak masuk.dah nama para juri. kan! Mesti dah banyak orang yang tak suka Dang tu kan. kesian. elok² di sukai ramai.. terus menyampah dengan mulut becok dia.  bukan sorang kot yang kene cakap tak hensem. kesian dorang.

semoga mereka yang dah terkene kata² Dang tu.. bersabar jer lah yer. Agaknyer..... ON AIR belum bermula tapi dah ada kisah tak best untuk didengar. semoga ON AIR boleh berjalan dengan baiklah lepas ni. ;)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Kisah Benar: Bila ANAKKU jadi "MADUKU"

Mungkin ramai yang baca utusan Harian metro pada 7.3.2011 tentang "ANAKKU MADUKU" ... cuma aku  Nak copy kembali kat blog aku ni... sekadar untuk peringatan / renungan kita bersama.Kesiannya nasib azie ni kan. Moga kita mendapat Ikhtibar dari kisah ini... 




Astaghfirullahalazim...




KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.
Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.
Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.
“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.
Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.
“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.
“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.
“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.
“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.



“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.
“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.
Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.
“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.
Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.
“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.
“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.
“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.
-Allahualam

#semoga Azie kembali kepangkuan ibu dia.. semoga emak dia kan tabah melalui dugaan-NYA dan semoga Allah melindungi mereka.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx