30 Julai 2011

Hingga akhir waktu !


Sekarang saya follow sinetron baru. Selepas tamat "kawin masal".Semalam mula  sinetron baru Hingga Akhir Waktu..tak le baru dah lama tahun 2008 dah ada , tapi diulang lagi tahun ni. Masa tayangan jam 6.30petang di Astro Ria.Para pelakon dalam sinetron ni ialah Marshanda, Asmirandah dan Ayudia. Hero pulak Ali Syakieb, dan Billy Davidson.

sedih sangat kisahnya.. asyik jer lap airmata di awal episod!
kredit to nurispace.com

Kisah mengenai Anggerik/Kania ( lakonan Marshanda) yang hilang semasa berumur 2 tahun akibat kelalaian ayanhya Eric, Anggerik hilang semasa bermain di taman permainan. Ibu Anggerik, Laras sangat tertekan akibat kehilangan anaknya, suatu hari Eric dan Laras hampir melanggar seorang kanak kanak kecil, Laras yang masih teringat Anggerik mengganggap budak tu anaknya yang hilang.
Anggerik yang hilang telah dijaga oleh seorang lelaki bernama Aji yg baik hati. Aji telah menamakan Anggerik dgn nama KANIA. Rantai Anggerik telah hilang dirompak dan rantai tu telah dipakaikan kepada anak perompak tu bernama Nilla. Anggerik masih lagi menyimpan cincin , satu satunya harta peninggalan dari keluarganya. Jadi bermulalah cerita tentang 3 gadis yang berlainan kisahnya.

Setelah bertahun2, Kania dan Aji berpindah ke Jakarta, Kania masih menyimpan impian untuk bertemu ibu bapa kandungnya. Sementara tu Anggerik ( lakonan Asmirandah) yang tinggal dengan keluarga kaya, hidup mewah dan mempunyai kekasih yg jugak seorang artis terkenal.

Eric akhirnya telah terjumpa kalung milik Anggerik yang hilang yang dipakai oleh Nilla, Nilla pada mulanya tak mahu mengaku yang dia anak Eric tapi akhirnya dipaksa oleh ibunya yang jahat untuk menipu Erik mengenai identiti dirinya. Anggerik ( Asmirandah) kini terganggu dgn kehadiran Nilla yang selalu menyakitkan hatinya dan membawa masalah.

Kania pula secara tak sengaja telah bertemu Anggerik ( Asmirandah) dan mejadi kawan baik, tanpa Kania mengetahui yang Anngerik telah dipelihara oleh ibu bapa Kania dulu. Hubungan mereka sangat baik hingga ibu Anggerik, Laras sangat suka pada Kania. Laras ingin menjadikan Kania sebagai anak angkatnya namum hasrat dia tak tercapai kerana dia mengalami kemalangan hingga koma. Anggerik jugak mengalami masalah kerana dihalau dari keluarga dan hidup susah bersama Kania.
Dapatkah Anggerik /Kania berjumpa semula dengan keluarganya yg dulu terpisah?

Banyak konflik dalam cerita ni, agak pening sikit kisah cinta Kania dengan lelaki lelaki dalam sinetron ni, ada watak Galang , Guntur dan Aditya. Mana satu pilihan Kania. Jangan lupa saksikan nanti di Astro Ria.
Ending Hingga Akhir Waktu, akan diupdate kelak



-HINGGA AKHIR WAKTU-

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tepiskan sepiku bersamamu

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Bagiku semua sangat berarti
Kuingin kau disini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...
Hingga akhir waktu ...

(lagu ni senang diputarkan diruangan belog saya kini)semoga terhibur!


NOTE: lagu tu saya tuju buat my MM!! ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx