30 Mei 2011

Drama NORA ELENA di adaptasi dari NOVEL "kasih yang suci"



KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci..


 ------------------------------------------------------------------------------

Kalu nak lihat dengan debaran nya kisah itu.. sekarang sudah ditayangkan di slot akasia TV3 .
Setiap isnin hingga  khamis jam 7.00-8.00malam !! yang dilakonankan oleh watak Aaron aziz, siti saleha, Zul ariffin, shah iskandar,ana dahlia, wan sharmila,erry putra,fateen, dan ramai lagi lahhh.. hehe!
siti saleha & aaron aziz sebagai nora elena & seth tan!

sebahagian dari barisan pelakon² NORA ELENA !

 demaaaammm seth tan keramaian gadis² diluar sana.. hehe!!!
Tapi i suka malikkkkkkkkkk.. oppsss!!
nice drama.. ;) 

29 Mei 2011

tips: 10 kelebihan bila kita senyum !

Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah samping dan menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, kadang tersenyum saat-saat tertentu sangatlah  sukar. Terlebih jika kita tidak ada “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, karena tidak sedikit ditemukan sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, perasaan, jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tingkat stress dan daya tarik kita. Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin AWET MUDA. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesehatan, di antaranya Iaitu :


♥Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang "masam", membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik.

♥Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

♥Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.

♥Senyum dapat mengurangi stress. Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang  merasa tertekan. Jika anda sedang streas cobalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.. 
senyuman ;)-shah iskandar!

♥Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja ketahanan tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.

♥Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.haaaa.. selain itu dapat mengelakkan dari penyakit tekanan darah tinggi!!

♥Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami,  Senyum memang ubat yang mujarab untuk hati ;)

♥Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.


♥Senyum membuat anda tampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan temu janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.percayalahh!!

♥Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berpikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Karena ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan tenaga ke tubuh anda bahwa “hidup anda saat ini baik-baik sahaja”.


♥Maka jauhkan diri anda dari stress, dan rasa bimbang dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi karena dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai sedekah.haaaaaaaa Sudahkan anda tersenyum hari ini? 

senyummm~~... tak perlu kata apa² , senyummmmm~~ nanti selalu nampak muda!!!  =)

28 Mei 2011

Ketahui rahsia melalui tulisan anda!


Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

HAAAAAAAAA.. yang ni menarik tau. cepat lihat bagaimanakah tulisan anda! jeng jeng jeng!!!

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

27 Mei 2011

blog makcik hajjah sitt al-wuzara -menghina ISLAM !

ini aku copy bulat² dari blog laman web yahoo.!even ini berita nya dikeluarkan semalam tapi aku nak share jugak... Sekadar untuk apa yang kita semua sudah tahu tentang berita ini.. mana yang tidak tahu.. sila baca. Aku rasa dia saja menggunakan nama blog menggambarkan dia seorang Hajjah. kita tidak pasti dia ini lelaki...perempuan.. muslim atau non muslim... yang pasti kita pasti tak sabar nak tengok wajah pemilik blog yang telah memburukkan agama islam. mudahan pembalasan setimpal dengan yang dijatuhkan.!! E-sakit hatiku!!!!!




KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam.

Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”.

Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.

Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Lirik : POKOK

Meet Uncle Hussain feat HAZAMA
tajuk:pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh




i love this song ;)

Doa Cepat Jodoh & Doa hati kecewa

Assalamualaikum,


Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam website yang terkandung dalambuku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.

Mana tah segala doanya itu.. boleh mempermudahkan pencarian kita ;)





"Kita merancang tuhan..tapi Tuhan menentukan" 

Berusaha...redha..pasti itu yang terbaik.....Selamat beramal;) 

26 Mei 2011

terpaksa beralih arah...

Kali ini catatan pasal saya pulak. Asyik je bagi tips. ;) kang takut korang lupa pasal saya.. wahhhhhhhh... ! 


. Mana nak letak kisah lain. Sudah ini jer rutin aku ada. Nak tempek cerita lain kang tak reti lak nak buat cerita. KAng buat buat cerita... terkantoi .. memang takde makne nye nak bagi orang baca. Even orang tak kenal sapa kita.. tak beklah menipu tentang diri... life.. or ape ape lah. Kalu tak nak cerita... takpe,tapi jangan membuat cerita² auta ehh outa ehhh pembohong lah.. hii

OKay..lupakan bab itu.. meh tadi tengahari saya lunch dengan lina. Sampai tak tau nak lunch kat mana..saya ajak lina tukar mood sikit gi lunch kat airport. sungguh kesungguhan muka i nak makan burger MCD !
layan dulu aksi berlagak ni!! haha terjumpa troli je tuu.. terusss action depan camera :P
lihattt orang belakang dengan kaler pakaian i memang sonsang ;p

Masuk jer Airport terus punah harapan bila lihat kepadatan warga manusia yang beratur panjang dalam MCD. kecewanyeeee. sungguh kecewa daripada kekasih i pilih orang lain... *gilaaa* Akhirnya saya membawa diri ke *ONLY MEE* kesian.. only me yang terpaksa bertaruh semangat agar bahagia dengan makanan yang ada. *hambek ko! tak sedapppp =(




inilah makanan yang saya redha makan.. "daging masak merah" .. redha jer lah... walaupun pedas. Kedai bagi nama Only mee.. tapi segala mee takda. katanya mee sudah tutup buat tenghari tu. hmmm... kecewa lagi. 
kecewa punya kecewa.redha punya redha. boleh lesap jugak nasi yang makan tu. Nak buat camne.. kalu tak makan kang rugi pulak. mahal satu hal.. kesin tengok nasi tu lain hal.. macam macam hal lah. Tapi walau saya pokpek begini.. dalam hati saya bersyukur sangat.. dapat isi perut.. isi punya isi berat tak naik naik.. how la!? 
45kg! mana pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii KG yang lainnn!!! *ketip bibir*
OKAY².. lepas makan kita pun blah dari situ.. saje je mengadekan diri kat airport ni.. nak terbang ..bila ntah?! harap² ada rezeki masuk.. bolehlah bawak diri melancong tempat yang dimahukan. takpelah.. kalu korang mampu.. meh datanglah ke SARAWAK-KUCHING !! 
i love Kuching

Tips : Elak STRESS dengan lebih mudah

 Kesedaran datang selepas kebodohan. begitulah selalunya dalam kita terjerumus bila menghadapi masalah dan akhirnya membawa tekanan pada diri. Tapi... kita boleh elak untuk tangani stres itu..




meh meh.. kita share tips yang ada.Ini sedikit tips bagaimana nak elakkan stress? Mungkin perkataan elakkan itu tidak tepat kerana tekanan sentiasa wujud di sekeliling kita, mungkin yang lebih sesuai adalah bagaimana kita nak kurangkan stress dalam kehidupan. ni..Jom pakat baca dan amalkan ya, moga sahabat2 beroleh manfaat ('',)

1. Tidur yang mencukupi
Boleh merehatkan badan dan otak.Kajian mendapati seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan.

2. Berwuduk(bagi orang Islam)
Jiwa akan lebih tenang dengan berwuduk.

3. Bersukan
Lakukan aktiviti beriadah sama ada berjoging dan sebagainya.

4. Amalkan diet
Pemakanan yang seimbang mengurangkan tekanan dan kegemukan

5. Menangis sepuas hati
Mampu mengurangkan tekanan dan anda tahu bila masa terbaik untuk berhenti menangis.

6. Tingaktkan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran postif dalam kehidupan.

7. Cintai diri sendiri
"Cintailah Diri Kamu Sebelum Kamu mencintai diri orang lain ' -Maksud Hadis

8. Tarik nafas dalam-dalam.
Apabila anda panik,rasa mahu marah..tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya tiga kali.


DOA(al-mathurat)  
'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung kepada-mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.'

"Dia takkan menguji kita  lebih dari kemampuan yang ada dalam diri manusia itu"




note: tapi kalu dah nama stress.. selalu kita tak ingat semua ni.. dan sekarang kita cuba hadapi dengan tenang. okay.

25 Mei 2011

bila siti nurhaliza wat muncung...sangat cute ;)

Alololo..comelnye siti ni kan.. ;)
  nampaknya wanitalah yang suka wat muncung² ni kan... bajet cute ;) tapi memanglah.. cam manje sikitkan.. ke nak tayang bibir yang sekseh. hehehehhe! well.. tapi kebanyakkan memang nampak sweet bila wat muncung.. ade juga yang nampak tak kene bila wat muncung.. bajet dia kan nampak comel..tapi rushakkk wajah dibuatnya :P opppss!! ehh betullah.. u try tengok cermin.. kalu u rasa cam cute.. takpe..nanti depan boyfren ko.. wat muka muncung tu.. pasti boyfren muka rasa nak shioomm² ehh chuubiitt² pipi mu! Kalu rasa tak lawa wat muncung jangan wohh.. kang tak pasal² bikin boyfren/org keliling menyampah..? bukan saya sorang yang berfikiran gini bila tengok orang wat gini.. mesti korang pun same gak kan. hehe tapi tak pe yang penting korang happy tak nyemak hamperh dalam hati orang pandang..on saja ;)

ehem..ehem..ehemm

Bila aku muncung..??cute tak?? rrrrrrr.. i tau tak leh lawan nye muncung comel comel siti tu..

Tapi nampak lain macam jer muncungku ... #OMG -muka nak mintak hammer mungkin! waaaa larikkkkkkkkkk :P wekkk! baibaiiiiiiiiiiiiiiiiii

Tips: Penjagaan rambut bagi yang bertudung ;)

Hi, semua! Salam pertemuan untuk anda. Hari ini saya ingin berkongsi tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung. He..he..sebenarnya yang tak bertudung pun boleh, apa salahnya. Ilmu kan untuk dikongsi, bukan untuk disimpan. Tak gitu?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi saya ia amat penting tak kiralah bagi wanita atau pun lelaki. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ye tak? Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya.

Orrait! Jom kita sama-sama baca tips penjagaan rambut di bawah ni;



Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.

Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D

Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.

Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.

Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.

Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.




**haah..saya? tips diatas saya langgar jer.. kalu shampoo "follow me-grey" habis..pengsanlah kulit kepala saya ini.sangat meimilih..kalu pakai shampoo lain..confirm rasa kulit kepala senantiasa merasa lembap..tak suka..saya lebih suka kering. dan kalu pas mandi.. lambat tunggu kering.. blow saja lah... kalu tak blow..mula lah nampak mengerbang... huhuuh. dan jarang sekali rambut saya beramah mesra dengan sikat. AHHA.. kalu ada kebetulan tu dah kira beruntung rambut.. hih selalu guna jari jer :P " seriussss.ntah² sikat tu tak nak jumpa rambut saya sebabnya terlalu tebalness! ngehhhngehhh ...


Okayyy... Sampai di sini dulu saja yang saya dapat coretkan buat anda semua. Mudah-mudahan apa yang ditulis dapat dipraktikkan yer.Jika masalah anda berjaya diselesaikan, saya turut berasa gembira. Jika tidak, teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa! Ini saja yang termampu saya lakukan.

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx