9 Jun 2011

ipad2 bila nak dapat ni!! hadoiii

Ada Apa Dengan iPad 2?
nak beli ipad.. tak mampu lagi nihh!!! haha nak tunggu hotfm hadiahkan.. lagilah banyak saingan.. gilaaaaa!! 



Spesifikasi iPad 2
iPad 2: Kamera Hadapan & Belakang


Idea untuk kamera hadapan bagus, sesuai untuk Facetime tapi kalau kamera letak di belakang, macam pelik sikit. Cuba bayangkan kalau korang gunakan sehelai kertas A4, imaginasikan yang ianya sebuat iPad dan bayangkan pula korang gunakan objek bentuk macam tu untuk tangkap gambar. Tak rasa pelik ke? Kita dah biasa tangkap gambar dengan smartphone yang jauh lebih kecil, jadi bila guna sekeping iPad untuk tangkap gambar memang nampak pelik.

Apa-apa pun, iPad 2 wajib dan berkemungkinan besar akan ada kamera hadapan.



iPad 2: Processor yang Lebih Laju

Ini sesuatu yang sudah pasti akan ada dalam iPad 2 nanti. Dengan processor yang lebih laju (khabar angin mengatakan Dual Core) lebih banyak apps yang canggih dapat dihasilkan. Kena ingat, pembangunan komputer dulu pun bergantung kepada kelajuan processor, semakin laju processor, semakin banyak benda yang boleh dibuat oleh komputer tersebut dan semakin cepat teknologi berkembang.


iPad 2: Lebih Nipis

Bentuk iPad 2 sudah tentu akan berubah. Agak mustahil kalau Apple tak buat rekabentuk baru untuk iPad 2. Apa yang boleh diharapkan ialah iPad 2 lebih nipis dan ringan berbanding iPad yang ada sebelum ini.



5 ulasan:

  1. ipad memang menawan babe.

    BalasPadam
  2. hihi.. grabb jerk satu dear kalau hati sudah tertawan! :D

    BalasPadam
  3. Ipad 2,
    best tue,
    hihihihi:)

    BalasPadam
  4. Ipad 1 dah ada..nok 2 belom lagik. poket blom ada isi..hihihi

    BalasPadam
  5. akak pun dok mengidam iPad2 ..
    berapa RM agak nye kan?

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx