11 Ogos 2012

berbuka puasa bersama Teman²!

Sepanjang puasa aku tak berbuka lagi kat luar. sampailah 21ramadhan aku iyakan ajakan Riza nak ajak berbuka. Sebelum ni ade gak dia ajak cuma aku tak kesempatan nak ikut.

Semalam aku dulu sampai kat Pizza Hut-The Spring! berbuka with geng 82!


 Haaa.. Kebetulan ofis aku dekat sangat ngan The Spring tu. Aku la yang datang dulu nak reserve table.

Lepas tu datanglah suhana, appy n esti.. ( aku bedal jer eja nama dorang ni.. hehhe)

appy and suhana

suhana and esti



 layan jer dulu sesi bergambar. haha. itu harus. 

okay.sekarang dah sibuk nak pesan makan. Sementara nak menunggu riza sampai.
 akceli, dah lama sangat tak jumpa dorang ni. dah 2 tahun tak jumpa rasanya. heee lame kan. padahal dok same je kan kuching. Biasalah memasing sibuk. Dorang ni kawan Riza sebenarnya. yang aku kenal mula² pun hanya Riza sorang. Cuma Riza ni jenis yang suka ajak² jalan. time tu 2tahun lepas raya lah kot aku kenal dorang ni. Aku cam biasalah. Bila raya memang single. haish. ntahlah. tapi kali ni tak raya pun single masih single. haaaa.. jawatan kosong masih dibuka.tiada tarikh tutup sehingga jumpa JODOH! wakakakak! habeyhlahh... sila sila berdaftar jika berminat. hamboiii. pereyyy!!  (just kidding lah kan... tak payah nak londehkan bibir tu.. hehhee)

okay. Riza pun sampai dengan perut 8bulan nya. alahaii. mesti best rasa detik² perut membesarkan. 

percubaan pertama nak muatkan kelima² kami dalam ruang ni. adoii...
 failed. tak per cuba lagi.

 demi nak masuk 5 orang dalam gambar. ambiklah muka besar pinggan. wakaka.
 yang tensinya aku.. nak kene klik button ipad! hahahahha~~

banyak lagi gmbar makan..tapi tak sempat nak snap²! hahah gelojoh nak makan.semua lapar. Tapi aku makan sikit jer lah.. heee aku kenyang seyh. aku dikecualikan untuk berpuasa. so satu hari tu.. aku boleh makan.


okey. kenyang. dan bayar. kah kah kah

sempat lagi esti posing jadi casher ni. hahha!


 bersurailah kami.

Amin Ya Rabbal A’lamin..

1 ulasan:

  1. kacak baju kurung ktk, siney polah sulam ya owh? :)

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx