16 Julai 2009

jemput mak datin "Zie"

sepanjang pagi tadi aku bz sikit.tu blog tak terupdate.. tapi bila time rehat,aku mesti kuar,sepagian penat wat keje.. terus je sms zie ajak kuar makan.sibaek lah pompuan ni tak tolak ajakan aku.lalala~ kata kawan.. kan? hahah~

cam biasalah kalian,aku menjemput dia kat ofis...


mak datin sedang melenggang kanggong... aisemennn...


coria je muka minah ni kali ni.. hmmm mesti jiwa happy la tuh.. laalla~

penat je zie berdiri kat situ.. ^_^demi aku..

akceli zie katanya dah belikan makanan untuk dia makan tengahari.tapi dia terbuka hati gak nak teman aku kuar.. so ko menengok ajo lah nanti ye.

oh ya,kali ni pakcik puteh(KFC) tak kasi selera saya untuk singgah kat umah dia. hikss...so,terpaksa lo pusing² cari makan... kemanakah? tungggguuu....

15 Julai 2009

DAFi ?

lalala~ chomel si encem ni..
baby : aloo cemua.. my name is mohd dafi bin jasni.chaya lahir 14july2009. ingat ohh..chaya lahir jam 1am - camting like datlaaa... mama kata muka chaya cam muka bapak chaya. co,ini maknenyeeee chaya lo palin encem,hikhiks.abg² chaya tak encemm... hoohho (ishhh jgn gtau abang chaya owh.. nanti chaya kene bula...eh chalah..buli. otaylah... kalu nak tau manyak lagi tentang chaya.. tanya tacja pada untie kiki tu tay.tay.tay?!... orett chaya mau titonn... mat malem..muahhhhc =)

ahahha~seram oh kalu baby baru lahir dah leh cakap ni.mesti dia cerita semua apa dia buat dalam perut slama 9 bulan tu kan.. aduhh.harrr! balik² je semalam..aku masuk bilik.. tengok akak² aku dah boleh kuar dari hospital.takde maknanye nak duduk lame kat spital. alhamdulillah kerna semuanya ok,akak dibenarkan kuar.

tak lepas lagi beg kerja aku.. aku terus shium² dia.sambil tanya akak lah.

aku: sape nama?

akak: mohd dafi ( tak sure lah ejaan dia camne..)

aku: mohd al-dafi ke? (maklum je yang lain tu ade AL )

akak: tak. kat spital tak kasi AL (aku tak sure lah.sama ada akak aku tak nak letak ke.. tapi dia kata tak boleh dah al² )

aku: hmmm..? musykil la aku... (ke kita bukan dari keturunan arab nak kasi al al ni..kan.? asal dulu boleh jer... hahah

akak : baguslah.. nama pendek dan lembut nak sebut.

ohhh... haha~ gitulah gamaknya. camne dengan nama aku..zakiah?? -pemarah?pengganas? pemurah? penyabar..? hahaah-ontahlah ye.. suma nya depent dengan pemikiran dan situasi gitu... kan.

...btw,untuk 1minggu ni,akak stay kat umah mak dulu.. so,malam² aku baby ni tido kat bilik ku.

...sibuk² aku duduk kat dapor tetiba lak mak aku pokpek gtau.. "kau ya mun diikut dah ada anak dah" yohhhhhhh! brasap berapi telingo dengar ni.. hahha~ iya² lah kan dah ada anak tu.. anak ikan.. anak kucing.. anak buah.. hhiihi. 'segera aku jawap-yup tahun depan."terusss mak aku buat bunyi "emmmmmmm"-bunyi menyampang lah dgn jawapan aku.yelah dia tau cakap tak serupa bikin tu. sekurangnya bila dijawap gitu.. takdelah pokpek gi. akak timah yang dengar jawapan aku tu pun cam menyampah.sambil buat muka. aduhhh,sapa taknak berlaki oii.. indah ape..ade teman hidup. ade kawan pun,tak selama nya kita nak kehulur hilir bersama. mereka pun mesti ade life sendiri jugak nanti.takde masanya nak 24jam ngan kita. tapi taklah bila dah kawen kita macam lupa kawan. itu tak boleh juga.jangan sesekali oh..



m.e: everybody wants to love,everybody has feelings..

13 Julai 2009

makan lagi di Aroma Cafe

kepala zie memang ingat nak balik jer.pasal dah masuk malam.tapi aku dan tilla still nak ajak lepak minum² dulu. bila dia pun ok.. kami sibuk lagi berteka teki nak lepak kat mane..bincang punya bincanGlah zie dan tilla dalam kereta.. aku pulak naek kereta sendiri..


hponku berbunyi..tengok je nama tilla.(owhh mesti nak set kedai mana ni..
bila jawab je.. zie gtau lepak kat ".....cafe"!

aku confuse jugak babe, yang "...."aku tak dengar. family cafe kah? antu cafe kah? flower cafe ka? -hha memandai je aku taruk nama cafe tu.bila rasa tak sure.. aku call lagi... rupanya nak g aroma cafe.. errkk! terus jem! kat mana kah?


yang penting aku follow kereta tilla..OHh rupanya disitu ya aroma cafe.. hikss! tau je jalan cuma tak perasan ade cafe kat situ..

nyampe je kat situ.. terus je pesan makanan. leh tahan hebat aku nak makan ni..lagi² ade teman.
aku dan tilla je yang makan time ni. zie seperti sosak hati.ade lah kes susah hati tu.

aku terasa nak try mee laksa..dan air longan

mee laksa ni..kuah nya tak "kaw"oooo! kalu tak mesti habish aku telan.

oii len kali sikmok lepak sitok gik.. ahaha~rugi jak beli sik habis makan.. =D
tapi kami tetap cool..
kalu nak tau..kami tidakbertiga je kat sini.. kami d serbu oleh sekumpulan geng lagi. haha~ sape lagi teman² tilla tu la.. *rugi owhhh takde pix ni..


kedatangan dorang kali ni memecahkan lagi suasana di aroma cafe.dah lah kedai tu tak brapa byk orang.. tempat ala cikit je romantik gitu,mesti suram hening kan... punya soara yang terpekak..melolong.. kat sini memang buat sakit perut aku gelak..tapi yang pasti memang layan ngan dorang.tak perlu nak control² ayu.uisshhh aku tak control² ok,buang tenaga aku nak control²..hahha iyerr.. tapi dalam erti kata lain kene pada tempat nye ler kan. ^_^

dari jam 7pm gitu sampai around 9pm baru kami blah dari kedai makan.pendek cita,saya happy sangat hangout dengan dorang..buat hati saya ceria je sampai jam 10pm. huh lepas tu.. lepas tu.. lepass tu.... lepas tu... *biar jadi rahsia saya =D

jommm kita layan cermin =) syokkk

kami gerak ke PADINI.. tapi singgah dulu ke VINCCI ape lagi duduk tilla sibuk² menengok² high heel.. aku dan zie duduk la dibangku yang tersedia ada itu...

ape lagi..entry ni tak cakap yer.. haha ku jamu untuk tatapan yang nak tengok gelagat kami bila derdepan ngan cermin.. llala~

-d gengs-

menyibukkan diri sementara tunggu tilla.. tapi masa dok tak kasi gak flash tau.kang kalu pekerja sana tengok mesti dia tak kasi snap² gambar. hmm... takpe leh curi² lagi ni.. layan jerr

tapikan.. pix niraged tak.. *aduhhh sendiri puji oh. tak mhaluuuuhoho~ apa kes ni...? jangan hancurkan harapan sebuah cinta.. *drama ni..

ku tak nak sendiri lagiiii~ sunyikkkk =) *tetiba.. hahha


hiks.. dari gambar ini hasilnya jadi yang diatas.. tapi aku lagi suka yang full ni.

model vincci. kehkhekeh =)




-akceli pix dalam camera digital lagi syok,tapi kabelnya ndak tau letak dimana. so update je yang ada dalam hpon ku.. ^_^

kami dan mereka bersatu ^_^

sabtu- hari untuk berdating ngan gurlfrenz ku.. ^_^

makanya,petang sabtu tu..zie dan tilla dah SMS aku gtau dah gerak dari umah.kebetulan pulan memang jam tepat aku balik kerja even hari ni agak lewat dikit seperti hari² sabtu yang lalu..

perjumpaan di Spring,kuching.(cehh..

zie dan tilla sampai dulu sebelum aku. kerna aku terdahulu singgah ke kedai untuk belikan sesuatu.tapikan.. masa aku sampai je kat spring..aku sibuk lah call zie.. hahaa~ kunun nye bila aku jalan tu..takde lah muka serius bangat jalan sensorang.. kehkehkeh~

terdahulunya kami singgah ke SUGARBUN... tilla dan zie terhingin makanan kat sini lak. so,aku sebagai kakak kepada adik² tak pernah menghalang.. *cehhhh! poyoo oh ayatt!!

-zie-orang yang paling lapar diantara kalian..hiyuuu =b
-tilla- apa kes condong² ni oii? =)
alolo~ manjeerrrr nyee.. *drama je lebih.. padahal ngap ke mulut sendiri oh.
akhirnya aku makan ngan tangan lagi nikmat makan dari guna sudu.


masa ini tilla still sibuk lagi mencari dan menunggu teman²nya datang.siap calling tannya kat mana.rupanya dorang still jalan²..lenggangkangkong gitu. aku dan zie ape lagi tak leh tahan beb. sudah habishkan nasi terlebih dahulu dari tilla. tapi yangpasti,zie memang laju giler makan.... toleh² dan licin ... tinggal tulang² ayam ajo. haha~ huhu sempat lagi beb,zie beli aiskrim kat situ. fuhhh,punyalah kenyang.. minum air coke habish.. makan lagi aiskrim kalu aku.. kojol kerna sejuk. hahha~tapi masa zie "menjilat" akrim tu.. muka dia dah semengeh² nak habishkan.. apalagi aku dahn tilla gelak arr.. lawak tauq!


masa teman² tilla sampai... memang riuh rendahlah kami. hanya table kami yang melampau dengan macam² bunyi. tapi memang bagi mood sape down tu.. memang boleh happy lah.. ^_^ (sendiri ke =D.. ehhh aku takde mood pun.. tetap ceria nok.)

inilah teman² tilla..juga menjadi kawan kitorang. so,lepas ni lagi best..kuar je mesti reramai..lepas makan jer,kami gerak jenjalan dulu kat spring... harus ziarah menziarahi kedai.hiks..

try jer..tapi tak beli.. cantek gak..tapi tak sesuai untuk rambut aku.. kalu rambut panjang ok la,leh kasi penuh ruang tu.. rm12.50 kalu tak silap yang ni. aku pakai yang hitam tu pun bukan nak melawa,tapi niat taknak rambut pendek nampak.. hoho*
lagi kami singgah ke kedai kasut fav tilla dan zie...
abaikan aku kat situ..haha tapi aku suka pic ni..

jenjalan pulak di MNG...

so,kami berpecah kemudian nya. so ,aku tilla dan zie akan nak pergi ke PADINI.nak tau apa kes padini..mesti jenguk kat sini bila aku dah update kan.. occay! lalala~


10 Julai 2009

topik menarik : alasan kenapa lelaki dingin !!

ape kata hari ni kita borak pasal ALASAN kenapa LELAKI DINGIN??

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya.



SAAT anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza. -


JIKA kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda. Sekiranya, si dia tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan.

Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain.

Ingat, golongan Adam mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Terdapat lima kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda.

1. Tidak yakin dengan cinta

Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.

2. Takut dengan cemuhan

Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza.

Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.



ADAKAH anda terlalu mendesak pasangan untuk menunjukkan rasa sayang?

3. Pengaruh zaman kanak-kanak

Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan.

Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.

4. Akibat desakan

Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, 'sayang saya tak'? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara.

Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.

5. Tidak suka dikongkong

Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.


setiap orang ada alasannya.. tapi ini mungkin sebahagian dari alasan² kenapa lelaki dingin.. ohoohoo~ kalu ada pakwe,tunang,suami anda gitu.. cepat² lah peka dengan sikap diri.. kalu dah kita bagi yang terbaik nye tapi still jugak dingin..PANGGGkan saja lah..dan cari yang lain =D wkkakaka~ ^_^

9 Julai 2009

family's meeting-sape nak kawen? =D

masa lipat baju.. sambil dengan muka yang mendongak menengok tv.aku terkejut bila mak aku tetiba sampai kan sesuatu..

mak : kau tak g sebelah? (maksud mak tak g umah untie aku tu lah)

aku : apahal.. (dengan jawapan yang agak tertanya²)

mak : aiee.. orang meeting umah ya (CEHHHH..aku menyimpang menulis cakap sawak ye.)


maksudnya kat sini, kat umah untie aku sebelah tu,ade buat perjumpaan untuk family je la.. al maklom,kazen aku saniah tu nak buat majlis perkahwinan hujung bulan. so,kaum kuarga yang terdekat mula lah dok meeting bagi tugas untuk sekalian² nanti. ini meeting untuk family je..


ade lagi satu meeting untuk para al-wakil² mengetahui tugas yang diberikan.ginilah kalu aku kawen jugak nantii (auwwwww.. ape topik len plak nih? =d) ok² berbalik cerita meeting tu lah.btw,siap² je aku lipat baju.. aku shiyu² je ngan minyak wangi.. terus umah untie.


yelah.. cam biasalah kan,harus mengadap ke dapur..nak tolong hidangankan makanan... jadi,untuk dijadikan buah cerita.. akupun nak hidangkan jelah jamuan ni.. hiksss


ade mee besar.. aku tak brapa gemar mee besar² ni.. tapi ikut mood camne ianya dimasak.aku sampai je.. terus makan. dewi suruh rasakan kuahnya.. aku nye lidah.. kalu masin sangat..or manis sangattt.. confirm aku komplen.. tapi kalu bab kurang manis ke.. aku ok² je.. hhaha~ lidah aku memang tak berapa terer nak menilai.. janji boleh ditelan dimakan.. aku makan.

roti berintikan kaya".... ni aku cicah ngan air nescafe+susu = sedap

harus ada air untuk diminum....


ginilah mee jawa yang dorang ilhamkan sendiri.
ini pulak orang penting kat dapor.. aku hanya pentingkan ambik gambar.. dan makan.

eehhh.. jangan cakap aku dasar pemalas Ok!. tapi aku yang basuh pinggan lepas makan tau. hmmm.. yang penting "kerjasama" . ya dak?


...bila ginikan,aku plak yang rasa neves..satu² kazen aku dah kawen. aku bila lagi??-soklan yang dikuarkan oleh dewi untuk aku. tetiba seperti yang aku rancangkan hari tu.. aku dengan confident jawab tahun depan.. wakakaka-lawak siot!


ade ke takde jodoh tu..belakang kira,janji mulut orang tutup selepas menyoal. eleh orang nikan satu.. lepas kawen kang.. tanye lagi..'dah ade ke belum?(ngandung)..tak habish dengan soklan.. takpe² i suka euyyyy! nanti leh arr terasa tercabar sikit.. hahahhaa~ iya² lah sudah merepek repuk lak dah.. hiihi


..sambung sikit lagi kisah ni.. lepas je aku basuh pinggan tu.. aku pun balik umah.... hahah aduh larikkkkk mampushh oh kene pang olehhhh dia. ^_^ ehh japppp² sekian makasih ya ibuk²..bapak² kerna sudi baca sehingga habish. luv u ols...

8 Julai 2009

kisah puting????? erkk... ^_^

aku cam tak tau lak nak story pasal ape. cuma rasanya sejak belakangan ini.. aku rasa cam malas sikit nak kuar jenjalan.. =) perubahan tu. serius.. kalu balik kerja.. terus je ke rumah. sampai rumah pulak.. asyik nak makan jer... =) shuke². layan tv,lipat baju.. baring² ..pastu tido. hmm gitu je la aktiviti aku sejak 2 menjak ni. btw,kita layan dulu la pix ni.. ntah ape cerita pasal pix tu kan.. saje je nak bubuh gambar² yang tak terupload b4 ni..

mari pupuk kasih sayang =) itu tangan cecep n me =). nak je dia bila aku nak mbik gambar gini.

ini pulak si comel afiQ lepas mandi.. mata mulattt... tapi tak leh chelen mata akak dia-nurul.


ini dia cik kecik nurul...
kalu nak teman inilah orangnya. sekrang dah tak hisap puting tu lagi.kalu tak.. hazapppp oo nak tengok puting yang dia isap. yang satu tu.. mmg untuk mulut.. satu lagi untuk dia main² kat idung. adoiiyaii.. yang untuk dia main tu lah mmggg kalu bagi kucing pun.. kucing tak nak. mmgggg dah lembik.. kalu kita pegang dah melekit²... ntah ape mimpi masa dia balik cuti sekolah hari tu.. dia buang terus. tapi botol susu still lagi.. =D
budak ini takleh dipisahkan dengan puting ni. tapi masa di tak hisap dia campakkan kat mana² jer. tapi lepas tu kalu rasa mencari tu datang.. huh! mulalah nak menyusahkan hidup orang..*hahaha-nangis merengek²... cian mak aku,org tua tulah yang alert ngan bendalah tu. kalu orang laein cari pakai mulut jer... selagi tak jumpa selagi tulah hidup ko disusahkan.bila dah jumpa..dia kan bagi mula senyum tak tau malu dia. serius... kalu aku disuruh carikan.. masa dah dapat tu.. aku bising arr ngan cecep.word slalu kuar dari mulut aku "kelak tikam² lagik suka ati". memang ikut kata lah cecep ni.. nanti² dia buat lagi.. haha dah ayat aku pun gitu kan.. adoiyaiii..sampai gigi dia kan kalu dimmg ade ruang kalu di suruh tutup... suhh tak cantek sungguh gigi.. =D
imagine eh.. kalu kita besar gini still hisap puting ni. hahah~ lawak² siap ade jantung ngan rantai lagi.. =D terus jadi geng lan petpet.. oiiitt bukan puting gantunglah.. ada daaaa! =D



listening: kau jadikan aku ini+Wanita yang kau pilih+Untuk jadi kekasihmu
wanita yang kau pilih by rossa

7 Julai 2009

at last... ke pasir putih jugak..!

aku nak sambung cerita lak.selepas bawa anak buah aku jalan tu.. aku ikut lak kazen aku g teman mak dia nak cari "umbut nior"- untuk bahasa melayu nye aku tak tau..haha~ maklom aja my kazen-niah itu nak nikah dah bulan 7 ni. haruslah bersiap sedia je telinga aku nak dgr orang tanya "kau bila lagi?" -hmmm standby jawapan ni.. "tahun depan" hahahaha~ iyo² je.

kami ke pasir putih.kat tempat anak buah aku ajak pergi tu la.. aku,niah,dewi dan my untie la..meneruskan perjalanan tak sampai 10minit dari my kampung gitu.masa ni rumah orang tu dekat je ngan pantai... ape lagi layan je la ye.. pix² di bawak ni. kalu rasa nak muntah² sila kan saja... gwa tak kisah ponggg.. =D

cantek gak ye aku edit.. ^_^ vangga.. masa ni sempat guna camera hapon je.

my idea...lawa kan net yang burok tu pun boleh melawakan pix aku.tapi kazen aku yang snap kan.tapi tetiba aku perasan,asal aku kesini je..aku pakai baju ni. hahah~ tapi sah seluar n selipar lain wokeh!

adehhhhh~ korang pejam mata pun tak hal..
ini gaya yang bersahaja je.. tapi kazen aku tersnapkan.. tapi jadi best jugak.

susah sikit nak mbik pix pompuan ni.. tapi aku pun main curi² gak ar...
tapi aku suka. inilah saniah.. yang akan nikah on 25th july..disandingkan in 26th july. rumah dorang kat sebelah je. sebelah umah dorang ni.. pun umah untie aku jugak. ^_^

ado lagi~
suka kan pix ni..

ni dewi my kazen jugak,kakak kepada niah.
cam² ade kat tepi rumah orang ni.. ade jering,adebuah ciku..kelapa.. perghh indahlah. tapi bau taik ayam pun hebat.. huhuhu~ yelah dia ternak ayam kecilan² gitu.sumber rejeki kan.

hmmm. rumah ni banyak kucing...salah sekornya yang ini.. terer gak aku ni mbik gambo. bila snap je.. terus dia pandang... makasih² kerna sporting..kihkihh
depan sikit dari umah orang tu.. na.. pantai ok..syokkk. tapi dulu² kala lagi syok.. pantai dia mmg bersih.skrg ni tak terjaga...dulu asal hujung minggu je.ramailah yang datang kat sini. tapi skrg dah tak gitu...
btw,ini my untie.. mak dorang.adik mak aku.

rasa cam nak buat cerita je bila aku pandang pix ni... touching oh hati ni..
ni pun cam lawakan.. haha adoi matilahh asyik puji je ni...

tapikan afta kitorang g jenjalan kat sini. untie ajak g jalan kampung bako beli ikan. tapi aku tak smepatlah nak snap².cam lupa lak nak mbik gambar. hahha~ok..sekian oh cerita dihari isnin ku.

5 Julai 2009

kenapa perlu cium anak??! sila baca**



Kenapa perlu cium anak?

Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents.
Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu cepat-cepatla kawin…..boleh buat anak. Yang belum ramai anak tu, cepat-cepat la ramaikan anak……



Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium..." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu
."

Wallahualam bissawab
"If you want to succeed, you should strike out on new paths, rather than travel the worn paths of accepted success"

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx