8 Disember 2012

Mengubah kehidupan lebih baik


Hey kawan-kawan. Sebenarnya aku ade satu cerita nak dishare kat korang. 

Nak bagitau pun segan..tapi bila fikir balik apa nak disegankan. Kalu yang kita buat itu adalah benar.


Begini. Aku ni sekarang dah jadi pengganggur. hahah tak seronok pulak bunyinya. Okay aku tukar kepada mencari kerja baru. YERRRRR.. aku dah berhenti kerja kat tempat lama aku bekerja tu. Sekarang ni dah 8hari aku makan tido makan tido kat rumah. Buat takat kat rumah aku jer.. nun aku ke Samarahan jugeeeek, dirumah kakak aku. :P

Taklah semalas itu aku weyhhh.. aku cuba isi kerja itu ini juga. Tapi semalam aku disuruh pergi interview. Harapan aku dapatlah bekerja kat situ sementara tunggu offer yang lebih baik. kan. 

Kenapa dengan kerja lama aku? 
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. malasla nak story dah. yang lepas biarkan jadi pengalaman dan pengajaran gitu. yang penting aku berusaha untuk perbaiki kehidupan baru dan masa depan yang lebih stabil. :)



tapi aku tetap macam dulu.. tak gemok dan tak kurus. haha tak kurus ke?? hahahha...

okay bebeh..selamat berhujung minggu.
Akhirnya aku dpt jugak merasa  indah hujung minggu bersama family ni.



p/s: doakan aku untuk dapat kerja ya.

hugs & love,kiki.

Amin Ya Rabbal A’lamin..

5 Disember 2012

FB lame aku dah takde okay!

Setelah sebulan menyepi... aku kembali. heheh :)

HAAAA.. banyak hal yang tak bisa diceritakan. tapii.. kali ni nak ceritakan pasal FB. FB aku yang lama aku dah deletekan.. semak sangat.hehe takde masalah apa pun cuma adalah lebih baik nak kemaskinikan dengan buat acct baru lagi senang.

klik jer bawah ni k:






p/s : salam kenal :P






Amin Ya Rabbal A’lamin..

31 Oktober 2012

Menemani

Semalam aku sibuk pergi Stadium Perpaduan, Kuching. Temankan kakak aku yang hantar anak dia sukan. 

KARNIVAL 3P ! antara sekolah gitu.


Seawal jam 6 aku dah bangun. Kalu dah set waktu or plan.. confirm terjaga lebih awal :)


 heyyyy budakkkkkk!!! 
suasana didalam stadium ini..


 gelagat kami..  tu la cecep. hehe wakil dari sekolah rendah MUARA TEBAS.

Aku bagi sokongan dari tempat duduk jer.DOrang ni wakil dari rumah hijau. terus teringattt zaman sekolah dulu, Masa sekolah rendah.. tiap tahun aku rumah KUNING! tapi tak ingat dah.. num berapa. haha!

 Tapi around 11am gitu aku keluar kejap jumpa RIZA. nak temankan dia ke Kota Samarahan. Kesian.. barnag yang penting pulak terlupa dalam kereta husband dia. haha jangan salahkan saya. huuh :)

Lepas balik tu.. dapat Bengkel kereta pulak. hadoiiiiiii.............. meraung dalam jiwa ni ha! (tak nak cerita.. otak lagi serabut sangat...semua mau fulus. mampusssss. dah abaikan. errr~

Terus, aku naik kereta abang untuk hantar pulak ke Gersik. pasal ke Kota samarahan naik kereta Riza. then riza turunkan kat area yang dekat ngan bengkel. abang iapr aku jemput kat situ. aaaaa... paham. aku rasa cerita aku ni memang berbelit². haha otak pun dah terbelit ni.. takpe janji paham sikit pun okay dah. :)




 okay.  fizikal mental gwe capek.


Amin Ya Rabbal A’lamin..

22 Oktober 2012

sambut hari jadi bersama

 Semalam birthday my kakak yang ke 34tahun :) 

Tarikh kami beza 2hari jer... aku 19th oct dia 21 thn. Kitorang just makan² kek jer. HAHAHA.. aku tu yang menumpang. Sebenarnya dorang baru jer balik dari keluar jenjalan kat town. Sampai rumah jer.. terus sambut dan makan. Sunyi jer rasanya... mak bapak takde kat rumah. ! ;( kalu tak mesti suara bapak aku kedengaran.. hehee.. sibuk nak panggil anak buah aku yang lain makan. 

 Akak aku umur dah 34th.. anak dah 3orang. BESTnya.. AKU?  14 orang anak buah. okeylah tu. OKBAI!

 heeeee~yeayyy!! esok mak bapak dah balik dari BRUNEI :)) 




Amin Ya Rabbal A’lamin..

21 Oktober 2012

Violet namanya !

kekasih baru.. aka kasut baru! :P

Ini hadiah untuk diri sendiri.sempena HARI JADI :) 
Tetiba rasa cam kaler violet itu menjadi perhatian hati.

Mulanya cam nak simpan saja dulu. tai barang baru memang tak leh nak simpan lelama sangat. bergelora jiwa, asyik jer try².. tengok cermin. Apa salahnya kalu nak pakai. dah memang dibeli untuk dipakai. 

Sekarang ni trend colourfull. asal tak matikan fashion anda sudah. ;)

 Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya suka! ade ribbon lagi ;)

Dulu aku memang tak reti nak pakai kasut yang tapak kaki mendatar ke tapak ni. Ia selalu mengundang sakit tapak kaki dan ke betis. I dont know why oh why? -mungkin sebab tak biasa. Tapi kalu aku beli pun.. harus yang ada tumit sikit tu.  baru rasa selesa sikit. Takdelah menyakitkan kaki :)

wink!
 Selamat hari Ahad korang. Beristirehatlah dengan sebaiknya. Bekerjalah dengan apa adanya. okay.okay! 



Amin Ya Rabbal A’lamin..

20 Oktober 2012

Nasi Briyani Ayam madu memanggil untuk dimadukan. ehhh salahhhhh!! :P


 Tadi aku Lunch bersama Dayang Reen :)

Dah lama tak jumpa dia. 1st time jumpa pun kat TOK JANGGUT. kali ni pun kat situ jugak. RIndu nak makan nasi briyani ayam madu! :) bukan dimadukan daaaaa... tapi ayam madu dia sangat terbaek ;)

 Kalu korang yang datang kuching tu.. try lah :) Penggemar Briyani bolehlah datang ke mari.

Banyak ceritalah korang, masing² dengan cerita masing². hee Cute kan muka reen ni. putih gebu :)
 Dapat jer tempat duduk. terus nak bergambar. wakakaka perempuan² lah sangat!
OH ya.. kebetulan pulak REEN kerja sabtu ni.. tapi dia bekerja halfday jer. Tak macam aku... hingga ke petang. hihihi Kalu dah lame tak jumpa, pasti rasa seronok lepak begini kan. Kalu boleh nak jer tak payah masuk kerja. Bestkan dapat jenjalan hujung minggu. Sian reen, sebab tak leh nak cucuk aku ponteng keje. Tapi kalu kat tempat kerja aku ni halfday pun memang takde hal punya. bukan banyak kerja pun. Buang fasa electrik jer. hahaha! yerla.. tak payah buka ujung minggu pun lagi bagus. Jimat bill electric. betul. tapi nak buat camne.. kalu dah kerja. kenalah ikut arahan BOSS.

 Lepas makan² kitorang balik jer la. tapi aku kene masuk ofis. Cuma aku masuk lewat tadik. sorry boss! :P Nak nak pulak, Bos aku keluar ofis.. aku masuk. haaaah! watudu lah kan.. atleast gua datang balik kerja. 

note: makseh darling teman mek lunch! :)



Amin Ya Rabbal A’lamin..

Rasa sunyi bila Parents takde kat rumah


 Biasanya kalu pepagi nak turun kerja, kalu mak tak nampak dimata..
 sure aku akan tanya.mana mak?? pasti aku akan tanya. heee!

Tapi beberapa hari ni terasa sangat mak bapak takde kat rumah. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis persandingan kazen aku. aku takdapat nak ikut sama. Sebabnya cuti aku tak banyak lagi. Kene simpan untuk pergi bercuti :) heeeee

 Oh balik cerita pasal emak bapak ni. :)


Biasanya balik kerja.. aku memang ready jer nak makan. sebabnya kalu tak mak..kakak aku sudah masak. Kalu aku skip makan tengahari, petang tu balik rumah comfirm terus makan nasi. Terasalah.. masakan emak takde ni. Rumah pun cam sunyi. 

Sebenarnya ini 1st time ditinggalkan. Biasanya.. aku akan meninggalkan dorang. yerla nak turun KL la.. kan! :) Jadi begitulah rasa orang tua kita, kalu kita takde kat rumah. Atau pun... kalu dorang nak pergi pun, aku ade turut serta. pergi beramai² gitu.


18th-23th oct.. kat Brunei. 

Sampai aku termimpi².. Mak masuk bilik kejutkan aku pagi tadi. haaaa... 
rindu lah tu agaknya kan. hehe! mimpi dipagi hari.camne tu... ;)

dah dah.. next month trips ke klate! yeayyy.. tak sabar.. kali ni dengan mak bapak sekali. :)
 tak payah nak rindu² n rasa sunyi :)




Amin Ya Rabbal A’lamin..

19 Oktober 2012

Jumpa FIZO OMAR

 Kebetulan sebelum rehat terima sms dari kazen nak ajak lunch. Jadi saya ni takde masalah. Lagi pula takde janji nak makan tengahari ngan sesiapa. So, nak dijadikan tempat perjumpaan yang dekat bagi 2 pihak. kitorang ketemu kat GIANTS Tabuan. :) sebabnya kazen aku dari Kota Samarahan.


Tak kisah lah nak makan ape, janji makan yang cepat dan pantas untuk dimakan.  SUGARBUN jadi pilihan.

ini kazen aku. sen.. tapi kitorang ade nama panggilan utuk kitorang "wen" haha!
Dah lamak juga rasanya aku tak lepak makan kat sugarbun ni. Asyik tapau jer nasi ayam tak pun KFC. heee~ Kalu ade teman makan baru jer aku pilih kat kedai makan biasa tu. sedap makan kalu berteman. :)

Thanks cuzzie, blanja makan as celebrate birthday gurl yang gurl sangat ni! haha~

Lepas makan² kitorang jalan² la dulu kat dalam mall ni.  tetiba dari kelihatan seperti fizo omar! alahhaiii.. ape lagiiii saya terus mbik gmbar bersama. kahkahkah!!

 Hagak² ler kalu menipu nyer kan. hahha ehhh betullah tu fizo omar. tapi bukan real. heee. gambar semata². Dari jauh senyummm melihat ku. sungguh. manis! awwww awww!apa apa pun kene bagi mukaaaaa show off sikit! hahahhaa ~ mesti rasa nak pang pang jer kan! :P :P
Terus teringat masa lepak kat waterfront dan jom heboh ngan dia masa 2009. Sekarang gila pulak dengan watak AMER dia dalam JULIA kat tv3! hee~


 okay.. masa untuk balik ofis. kang sesak pulak jalan pulang. mana tidaknya friday friday maaa...!! berduyun² kereta nak masuk pekarangan tempat kerja kan. :)


 p/s : HAHA maafkan saya, tittle saje nak kasiiii tiptop punya!mesti rasa nak tutup terus jer website i kan.. janganlah janganlahhh..! kan dah kene oleh birthday girl.. heee jangan mare heee~ :P papaiiiii



Amin Ya Rabbal A’lamin..

TODAY, i'm 30 years old !!

 Bissmillahirrahmannirahim... 

Alhamdulillah.. Terima kasih YA ALLAH, kerna nafas-MU aku masih disini. di Usia yang hari ni ke 30tahun, aku masih menikmati rasa kehidupan. Terima Kasih ya KASIH.. kerna masih memberi aku kekuatan dalam setiap UJIAN dan DUGAAN-MU. 

InsyaALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan dan masalah yang ada. 
TERIMA KASIH KEKASIH SEJATI.:)

******************************************



WEHHHH.. wehhhiiiiiiii.. 

Aku tak tau nak cakap ape. Rasa ini lah yang harus diterima oleh hakikat nya yang aku sudah 30 tahun! Apalah ertinya usia. hanya angka. yang membezakan Daya pemikiran dan Hati serta bagaimana hendak menjadi lebih matang kan :)

 Aku tak leh nak sampok dah kat FB time ni. Dah macam pesta WALL kawan yang tak kenal.. kawan rapat.. kawan² yang dikenali. kawan blogger. kawan-kawan gitu yang bagi wish. thank you semua yang merelakan diri menaip diruang Facebook. bahkan juga ditwitter. mekacehhhh semua! *syukur*

ini sebahagian yang bagi ucapan. tak dapat nak ambik semua.. banyak sangat dah. BTW, terima kasih family, kawan² setia.. kawan alam maya. Terharu hakak :)


Tapi kali ni berbeza, mak bapak takde kat rumah masa birthday aku. Dorang ke Brunei untuk hadir majlis perkahwinan my kazen. *rindu plak kat masakan emak. haha! ambooiii... 

okaylah kengkawanku. Tak kisah hari jadi ini disambut ke tidak.. semoga doa² korang dipermudahkan untuk aku. :) Biar kesedihan atau kegembiraan hanya ALLAH yang lebih mengetahui.


LOVEEEEE always kat korang! *muahhhh*



Amin Ya Rabbal A’lamin..

15 Oktober 2012

petang nan hujan...

 yesterday..14.10.2012

 Jam empat adalah waktu balik kerja. Biasanya aku akan balik terus ke rumah kalu takde janji ngan sapa² untuk minum petang. Sejak 2minggu ni.. hujan sering tiba waktu petang. kan? jadi, semalam aku terkandas lagi.. tapi aku malas nak lepak kat ofis. 

Makanya, aku pergi lepak sendirian bakery yang ada kat ground floor ni.
 @keklapissari ! nama tempatnya.
 Apa lagi layan hotmilo lah.. :) maklumlah hujan.. memang perut nak lapar jer musim ni. Boleh tahan aku duduk situ. melayan diri yang dah bosan. Hampir sejam jugaklah, bertenggek sendirian. senyum sorang². HEY itu tidak.. senyum ambik gambar jer. kangg GILA pulak dikatanya orang. heee!

bila  dah reda sikit hujan.. aku pun blah lah. Nak lepak lelama seorang diri ni tak kuasa i! haha... ini pun terpaksa kerna terkandas hujan yang lebat turun membasahi bumi. Tak elok nak basah kerna air hujan skarang ni.. nanti demam. haa.. ingat tu. jaga kesihatan :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx