4 Ogos 2011

Diet untuk si Vegetarian !!

walaupun saya bukanlah sang vegetarians... tapi sayur tu saya memang tak lepas pandang.. contohnya.. ulam paku pakis/kangkung/asal ada belacan lah.... sayur cangkuk manis.. sayur terong asam.. dan sayur midin+cendawan.. memang mengelabah nye nak cari mangkuk dan sudu! haha okay.. mari kita sama² baca tentang diet untuk pengemar sayuran ni!
sekadar gambar hiasan 

Kebanyakan perempuan menanam impian untuk memiliki tubuh yang sesuai dengan tinggi dan berat badannya. Ini bukan hanya kerana ingin tampil cantik atau sempurna tetapi demi kesihatan juga. Oleh yang demikian, ramai yang menjaga diet hanya dengan memilih untuk makan sayur sahaja. Mereka menganggap dengan menjadi vegetarian tubuh akan bebas dari lemak.

Diakui sayur-sayuran adalah makanan yang rendah lemak, tetapi bukan bererti orang tersebut akan bebas lemak dan perlu diingatkan juga bahawa tubuh kita sebenarnya tetap memerlukan lemak. Oleh itu andai kamu ingin mengamalkan makan sayur-sayuran kamu haruslah tahu aturannya. Misalnya, jika sayuran itu digoreng ataupun ditumis dengan minyak, maka akan mengandungi lemak jauh lebih banyak berbanding makanan yang dipanggang atau ayam tanpa kulit. golongan vegetarian yang makan kekacang dan produk makanan susu berlemak bagi memperoleh proteinnya, tetapi tidak makan buah dan sayur boleh menghasilkan diet dengan lemak lebih tinggi berbanding mereka yang tidak memakan sayur. Sebaliknya hanya mengambil makanan seperti daging ayam atau daging bebas lemak, sayuran yang dikukus, serta buah-buahan segar.

sumber: MajalahRemaja.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx