12 Ogos 2011

Ibu Asyraf Haziq akan dihantar ke London untuk melihat kesihatan anaknya.

Masihkah kau ingat tentang rusuhan yang berlaku di London..sekali gus membabitkan 
pelajar Malaysia kita Asyraf Haziq itu.


Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan supaya supaya satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: "Pay His student fees" (bayar yuran pengajiannya), "Pay for his family to come and visit him in hospital" (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan "Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone" (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.
"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya di sini hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata, mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa. - BERNAMA

 ketika di Hospital Royal London

11.08.11 Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan 
yang baik serta sudah boleh keluar dari hospital."Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita...dan kita tidak mahu ganggu dia sangat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech MMARA Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk menghantar ibu Asyraf ke London untuk melihat keadaan kesihatan anaknya itu di sana. 

**********************************************************************************

semoga Asyraf cepat beransur sembuh.....!

4 ulasan:

  1. lucky him.....nasib tak kene lagi teruk...at least we know he save....

    BalasPadam
  2. tedahnya.tok la ssh blaja jauh di nagara org..p xpa, nsib nya slmat dan sik teruk :)

    BalasPadam
  3. ish ngutik kali jak kejadian mcam ya berlaku...hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri dikpun..=)

    BalasPadam
  4. cian kak vee nangga nya..alhamdulillah nya sik dibelasah sampei teruk gilak..tapi patah rahang ya kira teruk juak owh..cian nya..asa nak nangis nengok

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx