3 Februari 2012

Filem: AZURA NEELOFA VS AZURA OGY AHMAD DAUD

Dengan keputusan yang telah dibuat 2 3 hari bahkan seminggu lebih awal.. saya mesti tengok wayang on 2.2.2012 ! hihik obses nampak!~ 

yer yer.. dengan gagahnya lepas balik keje aku menuju ke THE SPRING. 
terus ke kuanter tiket... tapi dah lepas tengok dalam pukul 4.so.. terpaksa beli yang pukul 6 petang. 

Tak kisahlah. lepas tu.aku kuar masuk kedai.. haha! ada sejam lagi nak tunggu. macam² kawan aku call semuanya menghampakan.Mana tidak time kerja sibuk nak ajak tengok wayang. lainlah macam aku.. asal jam 4 petang jer.. blah lah dari ofis. ngeeeeeeeeee~


OKAY. standby dah dalam panggung. Tak ramai yang tengok tak sampai 10 orang kot. tapi aku yang paling MACHO!duduk sorang okay!~berani nasi briani tue! :)


Dengan ditemani popcorn dan mineral.. aku menjiwai watak AZURA! haha amboi tu dah terlebih tu. Takdelah.. menonton dan memahami jalan cerita -lah. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Apa yang penting, even crita taklah seperti filem opmputeh yang kita suka...(tapi aku cite omputeh memang kurang layan juga) tapi tak rugi duduk dalam menonton movie ni okay.

ada juga pengajaran untuk kita yang berumahtangga.. antara hubungan sesama manusia... gitu kan! 

ape lagi: anda tak tengok anda cakap tak best..dan tak tahu. Tapi terpulang pada anda menilai,sebab kita memang berbeza kehendak diri. :) selamat menonton. bai!


AZURA NEELOFA VS AZURA OGY AHMAD DAUD

azura neelofa vs azura ogy ahmad daud
pasti ada suatu persamaan
jika tidak banyak sekalipun
pasti ada sekelumit bezanya
namun usah cuba bandingkan keduanya
kita kenal siapa dia neelofa
bintang baru mengejar nama
dan kita juga kenal ogy ahmad daud
bintang yang sudah lama bersinar
tidak adil jika keduanya dibanding
azura neelofa vs azura ogy ahmad daud
azura 2012 vs azura 1984
sudah pasti banyak sekali beza
baik dari segi pelakonnya
baik dari segi garapannya
baik dari segi citarasa penonton
baik dari segi aspek penekanan
hayatilah kehadiran azura 2012
dan nilaikanlah sendiri
baik atau setara …
AZURA NEELOFA VS AZURA OGY AHMAD DAUD
Neelofa Minta Tidak Dibandingkan Dengan Ogy
PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa berharap penonton akan lebih bertimbang rasa dalam menilai kemampuannya menggalas watak Azura menerusi filem Azura 2012 berbanding lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dalam filem tersebut terbitan 1984. Neelofa berkata walaupun dia sudah menjangkakan perbandingan pasti akan berlaku, dia tetap berharap penonton akan bersikap adil kepadanya kerana watak itu adalah percubaan sulungnya dalam dunia lakonan.
“Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini. “Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini,” katanya ketika ditemui selepas pra-tonton filem itu di GSC One Utama, di sini, Isnin. Ujar Neelofa, sebagai pendatang baru adalah tidak adil jika penonton menghukum atau memperlekehkan percubaannya menggalas watak itu tanpa memberikan peluang terlebih dahulu.
Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zack, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini. Filem tersebut bukan filem versi baru (remake) tetapi hanya diadaptasi daripada konsep dan idea asal filem 1984 itu dengan olahan berbeza dan mengikut peredaran semasa. Lakonan Neelofa dalam filem tersebut agak mengejutkan apabila beberapa pihak melihat pelakon itu gagal menghayati watak yang diberikan dengan baik. Azura 2012 akan ditayangkan kepada umum bermula Khamis ini di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

sumber petikan :puteraduyong



AKU DAH TENGOK! :)


Amin Ya Rabbal A’lamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx