15 Mac 2012

Fakta Terkejut MR.Bean ~Soya Bean tak baik untuk kesihatan??

Tapi pagi aku upload gambar ni kat FB. 



"KATANYA: soya bean tok mengandungi asid yg boleh memudaratkan tubuh badan kita....semua tok agenda barat....soya ya mmg terbukti sik bgs utk kesihatan....sbb ya org barat sik minum aek soya...coz cdak dah tauk tentang nya....renung2 dan rajin2 lah google... " 


Aku terus ke Google  la mencari artikel ni kan!?
 mungkin ada yang aku tak tau. atau yang aku tau hanya untuk kebaikan. 


cari punya cari... aku jumpa yang lebih segera untuk difahami.
antara keburukannya:(mr.bean dengan rasa terkejut!)

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.



fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sangat FRUST lah bila aku baca semua tu. HAHa~~ air soya bean sangatt holiaw! 
Minum tu boleh lah kot. tapi jangan kerap.. disusuli minum air masak supaya.. supaya mendapat kitaran air yang bersih untuk mencuci dalaman kita. eh eh.. memandai jer. betul la kan! (sadisnya soyaaaaaa bean)


Mungkin betul jugak.. aku punya kitaran haid memang selalu lari seminggu cepat. aneh! hahah~ takpelah.. lepas ni kurang kan minum soya bean :( *susu sebagai ganti!


jangan minum ARAK sudah!  ^_^ Allah Marah!


Amin Ya Rabbal A’lamin..

6 ulasan:

  1. wahhhoo hakak pon baru tauu..thanks for sharing this dear..

    bahaya sehh..tapi kan kalo anak-anak cirit birit kan,doktor akan suggestkan susu soya untuk minum..huhuu..

    BalasPadam
  2. tu la pasal... sebab mungkin anak alah pada susu kot. huhu ada baik buruknya. kalu berlebihan mungkin akan mendatang keburukkan. tapi soya susu.. sangat feveret saya!

    BalasPadam
  3. mmg pernah terbaca pasal ni..

    BalasPadam
  4. biar betul nih cik kiki?mo tnya sumber dr mana dpt ni, bleh bg link?

    BalasPadam
  5. yohhh biar bena. huhuhuh.

    hahahah lucu jak upa mr bean.. dah besar gik muka ya.. terkejut tamek hahhahah

    BalasPadam
  6. Hai! Soy protein memang bagus! Tapi pastikan pilih Non GMO soy protein utk mendapat khasiat sebenar yg diperlukan untuk badan kita! Badan kita kan asasnya protein! Jadi pastikan Soya protein Non GMO,k!

    http://jagabadan.net/protein-kelebihan-dan-kebaikan/

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx