11 Ogos 2012

Labah-labah Dalam Telinga Seorang Wanita



China – Seorang wanita tidak menyangka rupa-rupanya penyakit gatal telinga yang dialaminya adalah disebabkan labah-labah.

Serangga berkenaan bukannya menggigit telinganya, sebaliknya ia menjadikan telinganya sebagai tempat tidur.

Lebih buruk, doktor percaya labah-labah itu telah berada dalam telinganya sejak lima hari lalu.

Namun dia bernasib baik, kerana wanita itu tidak cuba mengorek telinganya.

Jika tidak, kata doktor, keadaan akan bertambah buruk dan serangga itu mungkin akan menggigit telingannya jika ia diganggu.

Pada mulanya, doktor bercadang menggunakan penyepit untuk menarik labah-labah itu, namun bimbang serangga itu akan menggigit mangsa.

Justeru, Dr Liu Sheng dan rakan sekerjanya telah memasukkan air garam ke dalam telinga wanita itu.

Beberapa minit kemudian, labah-labah itu keluar dengan sendirinya.

Nasib baik ia tidak bertelur dalam telinga wanita itu, jika tidak , entah apa yang akan berlaku dalam telinganya.



sumber:labah²



Amin Ya Rabbal A’lamin..

1 ulasan:

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx