hari ni saya busy sikit.. busy?! jarang sekali saya busy dengan kerja. ini pun print report untuk 3 bulan lepas je pun. hehe~ selebihnya saya online blog..facebook.. twitter! dasyat 3 sekali weyh! korang pun same jugakkan.. mungkin lebih lagi.malah.!
21 Jun 2011
Perbatasan 2 Lautan
Kejadian luar biasa perbatasan dua lautan yang amat jarang sekali terlihat oleh manusia. Ini bukan perkara biasa yang berlaku kat muara sungai di mana air masin dan tawar bertemu. Ini terjadi di tengah-tengah lautan di Alaska. Tetapi ini hanya merupakan salah satu dari bukti kekuasan Allah yang tak terjumlah banyaknya. Alhamdulillah kita berjaya menikmati permandangan yang amat jarang berlaku ini (walau dalam gambar pun okay la hehe). Mungkin ini yang diperkatakan dalam Al-Quran, ada pemisah antara laut-laut. Korang pernah dengar tak ayat Quran tentang pemisah lautan ini? Anyway, gi la baca foto artikel kat bawah :
indahnya ciptaan Allah...
Bingkisan
dan ciptaan tuhan,
lautan
Puting Beliung melanda Mersing,Johor.
videonya!
Menurut berita harian.. kejadian ini berlaku disekitar 3.30petang,17 june 2011. kejadian ini berterusan selama 10minit ini merosakkan kurang lebih 10 khemah yang berhampiran dengan pantai.walaubagaimanapun,tiada kematian dilaporkan.
Bingkisan
bencana alam
19 Jun 2011
Tentang Bapak!
-selamat hari bapa buat bapak saya.. En. Bujang Bin Jos (buat bapak² korang juga)
you're my hero.... ;) Terima kasih kerna membesarkan kami.
#Dialah yang selalu cubit saya...bila rimas dengar saya ni asyik nak nangis jer! -kalu tak cubit saya pasti saya makin degil masa kecik.
#Dialah yang selalu buat saya takut untuk bersuara,... sebab bapak memang seorang yang Pendiam masa anak² kecik dulu. errr~~ nak berdengus pun cuak ok!
# Dialah yang membiayai perbelanjaan kami sekolah.
#Dengan sikap yang Tegas dia buat kami tidak berani untuk melawan kata orang tua.
#Dia paling tidak suka anak² dia tidur kat rumah orang lame².. *macam tak de rumah sendirik! katanya- maka itu, even abang saya or adik laki saya memang jarang sangat nak melepak rumah orang suka hati. Paling tidak pun... balik malam pun sebelum 12am gitu. cuma saya masih dihadkan time itu. mereka yang lain.. sudah punya keluarga sendiri.
#Dialah yang sanggup hantar saya pagi isnin untuk masuk ke asrama.. walau hujan atau panasnya cuaca.
#Dia sudah mula bersikap boleh diajak berbual. Dulu takutt weyhhh.. nak mengadu pun tak kan lah!
#Dia masih turun bekerja ke laut walaupun dah pencen dari kerja gov kat hospital.
#Dilah yang suka main badminton. Dalam satu hari memang mesti pegang racket.kecuali tak sihat.
#Dia dah suka dibawak gi jalan²..mungkin sudah masanya untuk luangkan masa dengan anak² kan? ;)
#Dia selalu gado manje ngan mak.. asal mak saya cakap dia bangkang. bila saya dengar saya gelak! memang lucu lah!~ cam budak²
#tapi Kalu Dia marah... ko duduk jer la dalam bilik. tak payah keluar! hahha itu aku punya stail.
#semarah² bapak.. takkan jauh hati nya nak marahkan anak sendiri kan. sayang bapak!
BIla saya kenang sikap saya ke bapak.. ada hal yang sangat saya rasa benci akan diri sendiri.. bila saya guriskan hati mereka.. tapi alhamdulillah..semua dah baik². maaf bapak....! =(
hadoii bila meluah begini laju jer air mata berderai... :P
okay² cukuplah tu kot.. setiap tahun sama jer rasanya ucapan ni.. cuma satu hal yang masih belom sayarasa dari bapak dan mak. hehehe bila bapak jadi wali saat saya kawen nanti. Hadoiiii..
#semoga bapak dipanjangkan usia...dan dijauhkan dari segala penyakit.
#terima kasih jadi bapak yang baik untuk kami.
SELAMAT HARI BAPA!
Kisah Aku dan mesin wang!
Beginilah diriku yang selalu bekerja dihujung minggu... sudah tiada bezanya hari² dalam kehidupan ini. cehh.. poyo bermadah wok! hahha~~
okay² saya nak ceritakan tentang saya dan mesin wang! :P
Bila adik saya khairul @ fizi yang berada di PD kem tentera tu.. sedang merasa kekeringan disana.mulalah nak minta duit saku. As kakak takde duit pun..usaha nak kirimkan jugak. Tak sampai hati woh. Lagi² dia jauh disana. rinduuu jugak ngan mamat tu!
Nak dijadikan cerita ... inilah kali pertamanya saya nak bank in kat mesin PUBLIC bank! nak masuk sana pun bikin saya nervous! gilak. haha! Nak² pulak dah elok² saya merasa teror kan.. tetiba duit kertas tu bikin hal pulak.. tak leh nak masuk.. lagi gilak! hahha! nasiblah uncle kat sebelah yang dok pandang-pandang tu... baik hati tukar kan duit dia. wahhhhhhhhhhhhhhh!! terus cakap "makasih uncle" ;)
![]() |
| hadoii.. paparaziiiii sungguh mereka! #lol |
Tak sia-sia bawa Lina ikut. kalu tak terus saya panik dengan mesin tu! OKay² kami terus gi makan kat Chicago7 .. tak nak makan tadi tapi terkenangkan perut saya ni memang boleh tahan lasak kalu tak dijamu ngan makanan..terus isi perut kat area Batu 2 1/2
ayam buah hatiku!
okay sekian cerita dihari ahad 19june2011 ;)
18 Jun 2011
Cantiknya Jubah yang dipakai Irma Hasmie
Raya nak dekat dah!baju dah siap?? siapa nak jubah² cantek sila lawat blog EZUWAN ISMAIL.siapa?? pereka fesyen yang terkenal juga kat Malaysia ni.. layan dulu jubah yang diperagakan oleh Irma Hasmie.
Bingkisan
artis,
ezuwan ismail,
irma hasmie,
pereka fesyen
Aaron Aziz menyanyi !!
Pelakon idaman semua wanita... fuyoooo
meh layan suara jejaka kacak ni!
YES, i can't help falling in love with you... :P
Bingkisan
aaron aziz,
artis,
lagu
17 Jun 2011
dahi terbentang luas :P
Kali ni nak story pasal rambut depan. boleh...?
Kalu anda nak tahu dari sekolah rendah saya ni kalu takde rambut didepan yang pendek dah rsa bukan kiki lah. ceh. apa hebat sangat dah rasa bukan kiki.. haha! maksudnya disini,saya tak rasa wow lah gitu. sebab dahi rasa cam rata sikit..ntah saya suka lihat dahi mereka yang taklah jendul sangat tapi berbentuk se-pra bulat gitu.Makanya dengan itu saya selalu potong pendek.. tak pun kekadang tu kasi rambut cam belah dri tepi sikit.. untuk lindung dahi.
Tapiii kini... saya cuba untuk luaskan dahi saya ni ha. kot² dapat mengesan rezeki didepan sana. haha **just kidding! saya nak panjangkan dulu... biar nampak lain sikit. lain ke? cam same je.. huh mayb nampak matured sikitlah weyh..
Bingkisan
me
gadis² kecik
dulu saya pernah tunjuk gambar anak buah saya perempuan ni kan..? hehhe tu 4 tahun lalu.. sekarang dah masin² sekolah rendah. besar dah okay. beberapa tahun lagi..dah memang boleh jadi geng melaram lah.. hihi
ini Nurul dan Azah..
eqah.. memang begini.. kalu kumpul ramai² dia mesti hangin diri sendiri. kekadang tu merajuklah.. pendekkata memang dia seorang sensitip dan mudah nak marah. hahaha! tengok muka dia takde mood nak bergambar.. kejap ok kejap tak mood eqah. hehe
ini izza.. tapi kitaorang panggil dia Delima. mak akulah yang kasi nama delima tu. hehhe~ Ini satu²nya anak abang saya. saya belom ada ada lagiii...coming soon.ceh! :P
saya dan basikal..lallaa~ nasib baik masih terer main basikal. ;)
Bingkisan
nephew
Oreo-selamat hari bapa!!

saya pun join.. join buat main game baju tu la... nak tengok? hihi
Kenapa OREN ?
warna oren tu lambang warna kegemaran atau trademark dari sayalah ;)
warna putih wakil dari"we love bapa" itu adalah keikhlasan kami sayang terhadap bapa.Sebab kasih sayang bapa tiada tandingannya.sekalipun berkasar..kasarnya untuk membentuk..walaupun kekadang terpaksa untuk menyimpan segala kesusahannya untuk kesenangan anak².murni sungguh hati seorang bapa. Terima Kasih kerna membesarkan kami walaupun bukan keadaan yang mewah..tapi cukuplah dengan keadaan yang selamat dan selesa..dan yang penting kerna sikap bapa yang diam dalam tegas..kami memang takut nak tinggi suara..atau buat muka marah²..berdengus sana sini.. oleh itu semua jadi anak yang selalu mendengar cakap dan dikalangan orang yang baik².maksudnya tidak degil atau melawan kata!
Oreo pakai cermin mata itu.. lambang bapa saya sudah pakai spek.. tapi waktu tertentu saja. maklum rabun orang tua ni rabun dekat ehh? ;) okay²... yang penting bapa taklah setegas dahulu.. sebabnya masing² dah besar mengatur hidup sendiri.Makanya sekarang bapak dah boleh dibawak gurau².
Selamat Hari Bapa! kami sayang bapak! ;) -19th june 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
























