4 Ogos 2011

Puasa tidak jejas susu ibu

walaupun saya belum berumahtangga.. dan belum mempunyai anak.. meh saya kongsikan tentang susu ibu! hehehe comelnyeee geli-geli! :) okay.. sila ikuti catatan dibawah.



Ibu perlu perbetul tanggapan salah

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.

Ini kerana kerancakan pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.



Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.


Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan tidak ada susu sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya. 



INFO:

Persediaan puasa ibu menyusu

Melewatkan sahur
Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
Moreh(moreh itu apa eh?) 
Memerah susu di awal hari
Berdoa
Bertawakal


Kebaikan menyusu buat ibu

Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak


Kebaikan susu ibu kepada bayi

Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
Mengurangkan masalah alahan
Mengurangkan masalah sistem penghadaman
Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)


Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat

Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mesra alam - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.



1 ulasan:

  1. Lamak dah sik maca berita harian.. NWay, moreh ya sik salah kmk makan lepas terawikh..

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx