4 Ogos 2011

Tak Ada Faedah- Amirulhadi!

kalu semalam safee sali nak isteri shahril mohon maaf.. ini kata amirulhadi pula!








Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti monyet.

Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,-kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.


AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak.

Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut.Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita, katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.


*************************************************

semoga.. bagi pengajaran semua!jangan suka suki nak mgutuk orang kat laman sosial ni..bahayo!

2 ulasan:

  1. Mungkin sebab dia tak kenal dengan Shahril Ishak tu so sebab tu dia tak kisah.
    Kalau Safee ni dia main sekali dalam liga Indonesia sama2, dah mestinya dia terasa + dia pun kenal dengan Shahril tu

    BalasPadam

terima kasih ;)

klik iklan ini..macam² menarik!!

nuffnangx